Nak Souvenier best?

1Malaysia Privilege Card. Apa tu?

~untungla mereka kan..


PUTRAJAYA - Sebagai menghargai sumbangan jasa serta bakti anggota polis dan tentera, kerajaan memperkenalkan satu lagi inisiatif terbaharu bagi meringankan beban mereka dengan melancarkan 1Malaysia Privilege Card khusus untuk 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian.
Beliau berkata, ia bertujuan memberi manfaat kepada warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, yang dirujuk beliau sebagai kumpulan 'Wira Yang Tidak Didendang'.
Ia merupakan lanjutan kepada strategi NBOS 6 yang berkisar kepada kerjasama unik antara pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang diperkenalkan Malaysia, khusus untuk manfaat rakyat dan negara.
"Mudah-mudahan kad ini dapat digunakan untuk menambah lagi kuasa membeli atau pendapatan boleh guna rakyat," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran kad itu serta portal 1Malaysia Privilege Card www.1mprivilege.my di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...