Keputusan kemasukan ke IPTA hari ini.
BILA PENDAFTARAN PELAJAR BARU UNIVERSITI /IPTA?
TEMERLOH: Sesi pendaftaran penuntut baru Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada minggu pertama bulan depan, akan diteruskan walaupun masih dalam suasana perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata ia bagi memastikan keseluruhan aktiviti dan jadual pengajian pada sesi akademik tersebut
tidak terjejas. "Pada kita (Kementerian Pengajian Tinggi), kita hendak teruskan pada tarikh tersebut sebab sukar juga kalau kita lambatkan nanti, ada yang lain-lain juga.
yang akan lambat," katanya selepas merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan peringkat Pahang di Kampung Paya Luas di sini.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihak universiti boleh menganjakkan sesi berkenaan pada tarikh lain mengikut kesesuaian masing-masing.
"Ada masanya universiti ini kreatif, dia mungkin lambatkan sehari dua, selepas itu ada kelas ganti, ia tidak menjadi masalah besar...terserahlah kepada
universiti masing-masing sama ada teruskan pada jangka masa yang ditetapkan, namun demikian saya rasa kita dah puas berhari raya beberapa hari," katanya.
Saifuddin berkata, setakat ini, pihaknya juga tidak menerima sebarang aduan atau sungutan daripada ibu bapa dan pelajar mengenai tarikh pendaftaran
berkenaan.
Kementerian Pengajian Tinggi sebelum ini mengumumkan penyelarasan kalendar akademik IPTA negara yang menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan
dua minggu ke hadapan pada setiap sesi akademik berbanding pada Jun sebelum ini.
Di bawah kalendar baru, kementerian menetapkan tarikh pendaftaran pelajar baru bagi sesi akademik 2011/2012 pada 25 Julai, namun sedikit perubahan dilakukan di mana sesi pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada minggu pertama September 2011 berikutan tempoh kuliah yang singkat antara sesi pendaftaran sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri.
Sementara itu, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh mengesyorkan perlu diwujudkan etika penggunaan Jalur Gemilang bagi memastikan ia tidak disalahgunakan sehingga menjatuhkan martabat bendera itu.
Beliau berkata, masyarakat Malaysia kini sememangnya bersemangat patriotik, namun mereka terlupa adab tertentu dalam mengibar dan mempamerkan Jalur
Gemilang.
"Kita sudah ada etika memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang, sekarang boleh kita tambah dengan etika bagaimana menggunakannya di tempat lain seperti
di buku cenderamata, pakaian...contohnya, sesuai atau tidak ada benda lain digambarkan Jalur Gemilang seperti tulisan atau gambar tokoh," katanya. - BERNAMA
Status IPTA 2011/2012.
Macamana nak cek?..
Secara ringkasnya:
- menghubungi talian Hotline 03-88835858, Helpline 03-88835848 dan talian am 03-88835801/5802.
- melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my dan http://www.jpt.uum.edu.my
- menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) ke 15888.
Kemudian, apa perlu buat?
- mencetak surat tawaran mulai Sabtu ini melalui laman web rasmi IPTA berkaitan.
- calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei ini.
- mereka yang gagal mendapat tawaran ke IPTA untuk menimbang tawaran belajar ke Tingkatan 6, serta Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA),
- calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA boleh mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi .
- Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 16 Mei dan keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun.
- Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA empat minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA, maka rayuan mereka dianggap gagal.
Semak Status Permohonan Ke IPTA. Pelajar Lepasan SPM.
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/05/semak-status-permohonan-ke-ipta.html
Tapi bukan sekarang.. Nantikan pada jam 12 tengahari nanti.. Pasti 'jammed' line saat itu.
Tapi kalau nak cuba dulu, mana tahu kot-kot ada rezeki, cubala klik 'link' ni..
Semua ni maklumat dari Kosmo. Seraya membaca, terus ingin berkongsi, manalah tahu ada yang tak tahu atau terlepas pandang...
Semak Status Permohonan Ke IPTA.
Pernah Tonton : 3 IDIOTS?; Untuk Pelajar IPT/sekolah..
No Comment.. (Pastu, kenapa buat entry?)
.
.
.
Ni nak komen la ni..
Walaupun ketinggalan keretapi sebab lambat menonton cerita ni, namun berbaloi juga la sebab boleh tonton dengan aman damai. Maksudnya, tonton sorang-sorang la.. Menikmati jalan cerita...
Best sangat ke?.. Cerita ni, biasa- biasa saja.. Cuma yang bestnya apabila melihat sisi-sisi positif dari cerita ni.. Banyaaak pengajaran positif yang boleh lihat.. Kena tengok, fikir dan akhirnya.. oh betul jugak ni..
Yang menambat hati adalah situasi Aamir Khan sebagai Rancho yang tidak berkemampuan untuk belajar, tapi minat yang mendalam terhadap ilmu yang membuat dia terus berusaha. Bagi yang berkemampuan, tidak pula timbul minat yang macam tu..
Dan cara pembelajaran Rancho(Aamir Khan ) ni adalah secara kritis.. Iaitu secara berfikir.. Yang kebanyakan pelajar buat adalah dengan menghafal, jadi pemahaman itu kurang.. Memang best!.. Ambil pengajaran dari situ ye.. Pelajar-pelajar sekalian..
Khas buat Student Student U
Masa blogwalking pagi ni terjumpa entry yang sangat menarik.. Kisah benar seorang mahasiswi universiti IPTA.. Jemput baca.. sebab rasa cerita ni sangat menarik dan menyentuh hati..
Macam mana berbekalkan RM50 sebulan....aku boleh belajar dekat 'U'
ALL IN ONE
Zaman sekarang ni agak agakla kan, berapa RM yang perlu dibelnajakan sebulan.. Kalau kita berkemampuan tu panjatkan rasa Syukur sebab lagi ramai yang kurang mampu dari kita.. Lagi ramai yang lagi susah dari kita.. Kadang kadang bila kita kat 'atas' sudi sudi la jenguk ke bawah..
Lepasan SPM Boleh Mula Mohon IPTA Secara Online
~Sila ambil perhatian ye semua Lepasan SPM yang nak masuk U.. Sila ambil tindakan sepatutnya!
KUALA LUMPUR — Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setarafnya boleh membuat permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi pengajian 2011/2012 secara talian di www.upu.mohe.gov.my.
Menurut Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) , permohonan kemasukan ke TEVT dan ILKA adalah terbuka kepada lepasan SPM atau setaraf, lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau lepasan Sekolah Menengah yang akan dilaksanakan secara serentak dengan permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM.
Institusi yang terlibat dalam kemasukan ke program sijil dan diploma di TEVT dan ILKA adalah Politeknik, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST).
Ia termasuk di Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan Kolej Komuniti.
Menurut JPT, permohonan ke IPTA pula dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori A untuk lepasan SPM tahun ini, kategori B untuk lepasan SPM tahun lepas atau 2008, kategori C untuk lepasan SPM pada 2007 atau sijil setaraf yang diiktiraf IPTA.
Kategori D pula untuk pemohon yang menggunakan keputusan SPM 2008 dengan sijil ulangan SPM tahun lepas atau SPM 2008 dengan sijil ulangan SPM tahun ini atau SPM tahun lepas dengan sijil ulangan SPM tahun ini.
Memandangkan jumlah permohonan adalah tinggi daripada kalangan pelajar lepasan SPM tahun ini, maka permohonan akan dilaksanakan secara dua fasa di mana fasa pertama melibatkan pendaftaran permohonan yang dibuka kepada pemohon melalui 1 November hingga 31 Disember ini manakala fasa kedua ialah pengesahan permohonan yang akan dibuka mulai 10 Januari mulai 12 tengah hari dan ditutup pada 4 April tahun depan.
JPT berkata, sehingga 3 Disember lepas, sejumlah 46,127 permohonan telah diterima bagi fasa 1, dan jabatan itu menyasarkan 70 peratus daripada 467,766 calon lepasan SPM tahun ini akan mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup fasa 1 pada 31 Disember.
Manakala selebihnya adalah pemohon selepas keputusan rasmi SPM 2010 iaitu dalam fasa kedua yang akan berakhir pada 4 April 2011.
Orang ramai boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di talian 03-88835801 atau 03-88835802 atau e-mel di upu@mohe.gov.my untuk sebarang pertanyaan. - Bernama
