Nak Souvenier best?

Showing posts with label pelajar universiti. Show all posts
Showing posts with label pelajar universiti. Show all posts

Bangun awal nak study?

Bangun awal nak study?


Baguihle kalau bangun awal nak study.. Jangan nak asek update blog saja!! eh eh.. terasa ke?.. Ketuk kepala sendiri. Oke la.. satu entry je.. Pasni sambung study la.. Exam is around the corner!.. (ditujukan buat orang lain) bukan diri sendiri.

Bagus study awal awal pagi ni. Ilmu mudah nak diserap.. Suasana pun sunyi aje.. Kurang gangguan persekitaran. Tapi kalau study depan laptop, muzik berkumandang, facebook terbentang, kat phone tengah timeline Twitter.. alamatnya misi terbengkalai..

Tipsnya.. jauhkan dari anasir nasir gangguan itu.. (boleh ke?..) Harini tak boleh la.. esok plak oke.

UPU / upu.mohe.gov.my :

Kini musim menyemak keputusan ye kawan=kawan...
so, uolls dah semak ke?..

BAGI YANG BELUM BOLEH KLIK KAT LINK NI YE,,
http://upu.mohe.gov.my/
 semoga menjadi mahasiswa yang cemerlang dunia akhirat,,
ikhlas dari..
ALL IN ONE.


  • Bahagian ini dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) pada awal 1970-an hingga 10 Oktober 1995.
  • Mulai 10 Oktober 1995 hingga 31 Disember 2004 UPU dinaiktaraf dan dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar IPT (BPKP IPT), Jabatan Pendidikan Tinggi.
  • Mulai 01 Januari 2005 - dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP).
  • Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) adalah satu Bahagian dalam Sektor Pengurusan IPTA, Jabatan Pengurusan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan.
  • Perubahan ini adalah selaras dengan penyusunan semula struktur organisasi Kementerian Pengajian Tinggi pada 01 Januari 2005.




Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan..






Jatuh..

~ADUHAI.. MALANG MEMANG TIDAK BERBAU.
SUNGAI BULOH –
Kegembiraan seorang pelajar perempuan yang baru selesai menonton Anugerah Juara Lagu 2011 (AJL 2011) berakhir dengan tragedi apabila dia cedera parah selepas terjatuh dari tingkat empat blok asramanya di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) di sini semalam.
Ketika kejadian pada pukul 12 malam itu, mangsa, Nurul Lisda Baharudin, 20, terjatuh dari tangga sehingga menyebabkan dia merempuh cermin tingkap yang terletak berhadapan dengan tangga tersebut lalu terjatuh ke tanah.
Akibat kejadian itu, kedua-dua belah tangan pelajar terbabit patah dengan tangan kanannya terkoyak manakala tulang pinggulnya retak akibat hentakan kuat ketika jatuh ke tanah selain mengalami kecederaan pada bibir.
Menceritakan kembali kejadian tersebut, Nurul Lisda berkata, kakinya tiba-tiba tersadung ketika dia menuruni anak tangga untuk pulang ke biliknya yang terletak di tingkat tiga selepas menonton AJL 2011 terbitan TV3 menerusi Internet di bilik rakannya yang terletak di tingkat lima blok berkenaan.
Pelajar jurusan farmasi di kolej berkenaan mendakwa, ketika kejadian dia terjatuh kerana penglihatannya terbatas ekoran keadaan di kawasan tangga itu agak gelap.
“Lampu yang digunakan di kawasan tangga itu agak malap menyebabkan saya tidak dapat melihat dengan baik.
“Akibat momentum yang terlalu kuat, badan saya terhempas ke cermin tingkap lalu terjatuh ke tanah,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
Ekoran kejadian itu, mangsa yang cedera parah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan ditempatkan di Wad Ortopedik hospital berkenaan

KEPUTUSAN UPU ONLINE.

Tahniah buat mereka yakni para lepasan MATRIKULASI yang berjaya menempatkan diri di UNIVERSITI PILIHAN masing masing. KEPUTUSAN UPU ONLINE dah boleh disemak rupanya ye. Sejak tengah malam tadi lagi para lepasan Matrikulasi dan STPM dapat SEMAK KEPUTUSAN UPU masing masing. Macam mana halnya pula dengan kawan kawan pembaca? Dah SEMAK UPU ke belum? Atau ada yang taknak semak takut kaciwa.. Excited?..

Jadi, cemane CARA NAK SEMAK KEPUTUSAN UPU ONLINE 2011 ni? Mungkin pergi sahaja kat laman web UPU ONLINE ye.CARA SEMAK MELALUI SMS ada tak ? Ada kawan- kawan yang nak bagitahu cara nak cek melalui sms ni? Sudi sudi lah berkongsi kat sini.

Wah.. Tak lama je lagi kan dah nak masuk universiti . Dah bersedia ke nak masuk universiti ni? Nanti bergelar mahasiswasiswi nanti, pandai2 jaga diri no..

UPDATE; thanks cheriteraku..
BOLEH JENGUK SINI:http://kisahtaksempurnadariku.blogspot.com/2011/07/semakan-upu-untuk-program-ijazah-2011.html
SEMAKAN MELALUI SMS :

TAIP UPU RESULT [NO KP] DAN SMS KE 15888

SEMAKAN MELALUI LAMAN WEB RASMI UPU :upuonline.com.

UPM bukan UUM.

KONTINJEN Universiti Putra Malaysia (UPM) terus mempamerkan penguasaan pada karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) 2011.
Semalam, mereka membawa pulang dua pingat emas bagi acara badminton berpasukan yang berakhir di Pusat Sukan BSC, Serdang Raya.
Kedua-dua pingat itu dimenangi menerusi kategori lelaki dan wanita.
Dalam saingan bagi kategori lelaki, mereka menepis cabaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kemenangan 3-2.
Mata pertama UPM diperoleh menerusi pemain perseorangan pertama, Cheah Leak Hou yang menewaskan pemain UiTM, Nik Ahmad Arsyad Nik Mazlan 21-14, 21-17.
UiTM kembali menyamakan kedudukan 1-1 menerusi kemenangan beregu pertamanya, Halif Asro Ramzi Sulaiman-Mohamed Akif Farhan Abdu Mahat yang menewaskan gandingan UPM, Muhammad Firdaus Ayob-Muhammad Asyraff Mat Sadan 21-15, 21-17.
UPM kembali mendahului dengan kemenangan pemain perseorangan kedua, Loo Yik Xiang yang menewaskan Mohd. Fairuz Mohammad Fauzi 21-14, 22-20.
Saingan bertambah sengit apabila kedudukan terikat 2-2 selepas pasangan beregu kedua UiTM Ahmad Nasa’I Mohd. Nor-Mohd. Zamrishal Mohd. Yusoff menewaskan Tung Jian Kai-Zamri Mohd. Jalil 21-17,17-21, 21-16.
Begitupun, Teh Sheng Lai menjadi penyelamat pasukan tuan rumah apabila dia menghadiahkan mata kemenangan kepada UPM selepas mencatat kemenangan ke atas Nur Akmal Mohamed Rumsani 21-16, 21-18.
Dalam kategori wanita, UPM turut diberi tentangan sengit oleh UM sebelum menang tipis 3-2.
Mata pertama UPM diperoleh menerusi kemenangan pemian perseorangan pertamanya, Yeow Mie Xi yang mudah menewaskan Nadia Mohd. Saruan 21-5, 21-5.
Meneruskan kehebatan Mie Xi ialah Stephanie Shalini yang menewaksan Daphne Ng Chiew Yen 21-11, 21-8.
Mata kemenangan UPM diperoleh menerusi Tiffany Chase-Currier yang menewaskan Nik Noor Nabilah Ibrahim 21-10, 21-11.
Menurut Tiffany, dia hanya memikirkan untuk mencatat kemenangan kerana mata berharga itu terletak di tangannya ketika kedudukan 2-2.
Gangsa acara badminton berpasukan lelaki menjadi milik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan UiTM membawa pulang gangsa kategori wanita.

Khas buat Student Student U

Rasa down dalam belajar? Kenapa takde mood nak belajar?.. Dah dapat masuk U?.. Syukurla.. Teruskan belajar..

Masa blogwalking pagi ni terjumpa entry yang sangat menarik.. Kisah benar seorang mahasiswi universiti IPTA.. Jemput baca.. sebab rasa cerita ni sangat menarik dan menyentuh hati..

Macam mana berbekalkan RM50 sebulan....aku boleh belajar dekat 'U'


ALL IN ONE

Zaman sekarang ni agak agakla kan, berapa RM yang perlu dibelnajakan sebulan.. Kalau kita berkemampuan tu panjatkan rasa Syukur sebab lagi ramai yang kurang mampu dari kita.. Lagi ramai yang lagi susah dari kita.. Kadang kadang bila kita kat 'atas' sudi sudi la jenguk ke bawah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...