Nak Souvenier best?

Showing posts with label universiti. Show all posts
Showing posts with label universiti. Show all posts

Perang dengan rasuah.

Perang dengan rasuah.
~Kalau tak bersalah bagusle..


JOHOR BAHRU – Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Antarabangsa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Se- syen di sini semalam atas dua pertuduhan rasuah pada 2010 dan 2011.
Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Samad (gambar kecil), 52, didakwa meminta dan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM15,000 daripada seorang kontraktor, Mohammad Anal Talhah, 41, kononnya sebagai dorongan untuk membantu kontraktor itu mendapatkan kerja-kerja dari Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Harta Bina UTHM.

UPU / upu.mohe.gov.my :

Kini musim menyemak keputusan ye kawan=kawan...
so, uolls dah semak ke?..

BAGI YANG BELUM BOLEH KLIK KAT LINK NI YE,,
http://upu.mohe.gov.my/
 semoga menjadi mahasiswa yang cemerlang dunia akhirat,,
ikhlas dari..
ALL IN ONE.


  • Bahagian ini dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) pada awal 1970-an hingga 10 Oktober 1995.
  • Mulai 10 Oktober 1995 hingga 31 Disember 2004 UPU dinaiktaraf dan dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar IPT (BPKP IPT), Jabatan Pendidikan Tinggi.
  • Mulai 01 Januari 2005 - dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP).
  • Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) adalah satu Bahagian dalam Sektor Pengurusan IPTA, Jabatan Pengurusan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan.
  • Perubahan ini adalah selaras dengan penyusunan semula struktur organisasi Kementerian Pengajian Tinggi pada 01 Januari 2005.




Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan..






NUMed: Newcastle United eh University Medicine Malaysia.

NUSAJAYA – Putera Andrew hari ini merasmikan pembukaan kampus Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed) di Educity di sini.

Dalam ucapan ringkasnya, Duke of York itu berkata, pembukaan kampus berkenaan akan menjadi galakan kepada pelajar jurusan perubatan di seluruh dunia untuk memilih belajar di institusi itu.

Turut hadir pada majlis berkenaan Canselor Universiti Newcastle Sir Liam Donaldson.

Kira-kira 80 pelajar perubatan sedang mengikuti pengajian selama lima tahun bermula September lalu di kampus berkenaan.

Pihak universiti menyasarkan pengambilan penuntutnya kepada seramai 900 orang menjelang 2017.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dalam ucapannya pula berkata, pembukaan universiti itu mampu menjadi pemangkin untuk melahirkan lebih ramai doktor bagi memenuhi keperluan negara selain membantu meningkatkan tahap kesihatan rakyat. – Bernama

KEPUTUSAN UPU ONLINE.

Tahniah buat mereka yakni para lepasan MATRIKULASI yang berjaya menempatkan diri di UNIVERSITI PILIHAN masing masing. KEPUTUSAN UPU ONLINE dah boleh disemak rupanya ye. Sejak tengah malam tadi lagi para lepasan Matrikulasi dan STPM dapat SEMAK KEPUTUSAN UPU masing masing. Macam mana halnya pula dengan kawan kawan pembaca? Dah SEMAK UPU ke belum? Atau ada yang taknak semak takut kaciwa.. Excited?..

Jadi, cemane CARA NAK SEMAK KEPUTUSAN UPU ONLINE 2011 ni? Mungkin pergi sahaja kat laman web UPU ONLINE ye.CARA SEMAK MELALUI SMS ada tak ? Ada kawan- kawan yang nak bagitahu cara nak cek melalui sms ni? Sudi sudi lah berkongsi kat sini.

Wah.. Tak lama je lagi kan dah nak masuk universiti . Dah bersedia ke nak masuk universiti ni? Nanti bergelar mahasiswasiswi nanti, pandai2 jaga diri no..

UPDATE; thanks cheriteraku..
BOLEH JENGUK SINI:http://kisahtaksempurnadariku.blogspot.com/2011/07/semakan-upu-untuk-program-ijazah-2011.html
SEMAKAN MELALUI SMS :

TAIP UPU RESULT [NO KP] DAN SMS KE 15888

SEMAKAN MELALUI LAMAN WEB RASMI UPU :upuonline.com.

UPM bukan UUM.

KONTINJEN Universiti Putra Malaysia (UPM) terus mempamerkan penguasaan pada karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) 2011.
Semalam, mereka membawa pulang dua pingat emas bagi acara badminton berpasukan yang berakhir di Pusat Sukan BSC, Serdang Raya.
Kedua-dua pingat itu dimenangi menerusi kategori lelaki dan wanita.
Dalam saingan bagi kategori lelaki, mereka menepis cabaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kemenangan 3-2.
Mata pertama UPM diperoleh menerusi pemain perseorangan pertama, Cheah Leak Hou yang menewaskan pemain UiTM, Nik Ahmad Arsyad Nik Mazlan 21-14, 21-17.
UiTM kembali menyamakan kedudukan 1-1 menerusi kemenangan beregu pertamanya, Halif Asro Ramzi Sulaiman-Mohamed Akif Farhan Abdu Mahat yang menewaskan gandingan UPM, Muhammad Firdaus Ayob-Muhammad Asyraff Mat Sadan 21-15, 21-17.
UPM kembali mendahului dengan kemenangan pemain perseorangan kedua, Loo Yik Xiang yang menewaskan Mohd. Fairuz Mohammad Fauzi 21-14, 22-20.
Saingan bertambah sengit apabila kedudukan terikat 2-2 selepas pasangan beregu kedua UiTM Ahmad Nasa’I Mohd. Nor-Mohd. Zamrishal Mohd. Yusoff menewaskan Tung Jian Kai-Zamri Mohd. Jalil 21-17,17-21, 21-16.
Begitupun, Teh Sheng Lai menjadi penyelamat pasukan tuan rumah apabila dia menghadiahkan mata kemenangan kepada UPM selepas mencatat kemenangan ke atas Nur Akmal Mohamed Rumsani 21-16, 21-18.
Dalam kategori wanita, UPM turut diberi tentangan sengit oleh UM sebelum menang tipis 3-2.
Mata pertama UPM diperoleh menerusi kemenangan pemian perseorangan pertamanya, Yeow Mie Xi yang mudah menewaskan Nadia Mohd. Saruan 21-5, 21-5.
Meneruskan kehebatan Mie Xi ialah Stephanie Shalini yang menewaksan Daphne Ng Chiew Yen 21-11, 21-8.
Mata kemenangan UPM diperoleh menerusi Tiffany Chase-Currier yang menewaskan Nik Noor Nabilah Ibrahim 21-10, 21-11.
Menurut Tiffany, dia hanya memikirkan untuk mencatat kemenangan kerana mata berharga itu terletak di tangannya ketika kedudukan 2-2.
Gangsa acara badminton berpasukan lelaki menjadi milik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan UiTM membawa pulang gangsa kategori wanita.

Dilema Universiti Study Week, Belajar di Uni atau belajar di Rumah?

Kalau kawan-kawan, mana satu yang menjadi pilihan?.. katakan diberi seminggu dua sebagai break sebelum menghadapi peperiksaan, Apa yang akan kawan-kawan lakukan? Maksudnya disini:
  • Adakah pulang ke rumah dan belajar dirumah untuk menghadapai peperiksaan , atau
  • Tinggal di UNIVERSITI/ Kolej dan pulun habis-habisan belajar?

Mana satu menjadi pilihan anda?

Kalau tanya kat diri sendiri, rasanya lebih elok tinggal sahaja di Asrama dan belajar kerana kurang gangguan itu. Kalau balik kampung/ balik rumah alamatnya buku yang dibawa balik tu akan kekal dalam beg kat situ juga. Lagi beberapa jam nak balik kolej balik, baru terkocoh nak buka buku. Tu belum sambung baca depan Dewan Peperiksaan lagi kan?..

Situasi kat atas tu biasanya bagi yang suka study Last Minute kan. Kalau yang memang konsisten tu, tak payah risau.. (Mudah ke nak jadi konsisten begitu.. Aduhai.. banyak godaan..)

Khas buat Student Student U

Rasa down dalam belajar? Kenapa takde mood nak belajar?.. Dah dapat masuk U?.. Syukurla.. Teruskan belajar..

Masa blogwalking pagi ni terjumpa entry yang sangat menarik.. Kisah benar seorang mahasiswi universiti IPTA.. Jemput baca.. sebab rasa cerita ni sangat menarik dan menyentuh hati..

Macam mana berbekalkan RM50 sebulan....aku boleh belajar dekat 'U'


ALL IN ONE

Zaman sekarang ni agak agakla kan, berapa RM yang perlu dibelnajakan sebulan.. Kalau kita berkemampuan tu panjatkan rasa Syukur sebab lagi ramai yang kurang mampu dari kita.. Lagi ramai yang lagi susah dari kita.. Kadang kadang bila kita kat 'atas' sudi sudi la jenguk ke bawah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...