Nak Souvenier best?

Showing posts with label semak kemasukan IPTA. Show all posts
Showing posts with label semak kemasukan IPTA. Show all posts

Keputusan kemasukan ke IPTA hari ini.

TAHNIAH BUAT YANG BERJAYA..


Keputusan kemasukan ke IPTA hari ini
KUALA LUMPUR - Keputusan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, matrikulasi dan asasi untuk calon yang tidak ditawarkan dalam pemilihan awal boleh diketahui hari ini mulai pukul 12 tengah hari.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Dr. Rujhan Mustafa berkata, calon boleh mendapatkan maklumat itu melalui hotline 03-8870 6767, helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766 atau laman web http://upu.mohe.gov.my., http://www.jpt.utm.my, http://jpt. uum.edu.my, https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my.
"Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata, calon yang terpilih merupakan calon yang tidak mendapat tawaran ke IPTA dalam pemilihan awal kerana tidak bersetuju ditawarkan program pengajian luar pilihan dan melibatkan mereka yang mendapat PNGK 2.8 ke atas.
"Proses pemilihan dilaksanakan mengikut pilihan calon atau rayuan atau pilihan bidang calon atau mengikut program pengajian yang mempunyai kekosongan dan bersesuaian dengan bidang pilihan calon," katanya.
Beliau berkata, keputusan tawaran ini adalah muktamad dan calon tidak dibenar mengemukakan rayuan terhadap tawaran itu.
Calon yang berjaya akan mendaftar pada 1 dan 2 September. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di talian 03-8870 6767 dan 03-8870 6777.


Permohonan UPU Sesi 2012/2013.

Permohonan UPU Sesi 2012/2013.

Sekarang ramai yang tengah mencari maklumat untuk ISI BORANG UPU ONLINE atau CARA MOHON UPU ONLINE. Jadi anda semua bolehlah rujuk laman web untuk UPU ONLINE kat link ini:  http://upu.mohe.gov.my.

Sedikit Peringatan untuk pemohon:

  • Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan.
  • Pastikan anda membaca setiap manual pengguna bagi pengisian borang permohonan.
Anda semua boleh baca lebih lanjut pada laman web yang tersebut.

~INI PESANAN LAIN:
SILA BACA DENGAN TELITI SEBELUM ISI BORANG.
PILIH KURSUS YANG DIRASAKAN SESUAI DENGAN DIRI SENDIRI.
BUAT PERSEDIAAN YANG TELITI SEBELUM ISI BORANG TU YE.

SEMOGA BERJAYA DALAM MENJEJAKKAN KAKI KE MENARA GADING...

Status IPTA 2011/2012.

Tahniah bagi yang berjaya!!!..

Macamana nak cek?..
Secara ringkasnya:

  • menghubungi talian Hotline 03-88835858, Helpline 03-88835848 dan talian am 03-88835801/5802.
  • melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my dan http://www.jpt.uum.edu.my
  • menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) ke 15888.



Kemudian, apa perlu buat?

  • mencetak surat tawaran mulai Sabtu ini melalui laman web rasmi IPTA berkaitan.
  • calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei ini.
  • mereka yang gagal mendapat tawaran ke IPTA untuk menimbang tawaran belajar ke Tingkatan 6, serta Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA),
  • calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA boleh mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi .
  • Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 16 Mei dan keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun.
  • Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA empat minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA, maka rayuan mereka dianggap gagal.

Semak Status Permohonan Ke IPTA. Pelajar Lepasan SPM.

CARA- CARANYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/05/semak-status-permohonan-ke-ipta.html

Tapi bukan sekarang.. Nantikan pada jam 12 tengahari nanti.. Pasti 'jammed' line saat itu.
Tapi kalau nak cuba dulu, mana tahu kot-kot ada rezeki, cubala klik 'link' ni..

Semua ni maklumat dari Kosmo. Seraya membaca, terus ingin berkongsi, manalah tahu ada yang tak tahu atau terlepas pandang...

Semak Status Permohonan Ke IPTA.

~Semoga kawan-kawan semua berjaya ke Menara Gading!


KUALA LUMPUR - Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf Sesi Akademik 2011/2012 boleh diperoleh mulai pukul 12 tengah hari -6 Mei).
Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata semakan boleh dibuat dengan menghubungi talian Hotline 03-88835858, Helpline 03-88835848 dan talian am 03-88835801/5802.
Menurutnya calon-calon juga boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my dan http://www.jpt.uum.edu.my atau menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) ke 15888.
Calon boleh mencetak surat tawaran mulai Sabtu ini melalui laman web rasmi IPTA berkaitan dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei ini.
Menurut kenyataan itu, Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melaksanakan “dasar tawaran terbuka”, yang akan membolehkan ramai calon cemerlang SPM 2010 menerima lebih daripada satu tawaran.
"Pemohon yang berjaya perlu membuat keputusan yang bijak dan tepat serta mendaftar ke program yang dipilih mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan.
Bagi pemohon yang tidak berjaya ke IPTA tetapi menerima tawaran ke institusi lain, mereka dinasihatkan mendaftar ke program berkaitan kerana tawaran tempat ke IPTA adalah terhad,” katanya.
Kementerian itu turut menggalakkan mereka yang gagal mendapat tawaran ke IPTA untuk menimbang tawaran belajar ke Tingkatan 6, serta Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) seperti Diploma di Politeknik, sijil-sijil di Kolej Komuniti dan ILKA lain, bagi mengikuti Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang juga menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada pelajar lepasan SPM.
Menurutnya hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA boleh mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan, melalui Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.
Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 16 Mei dan keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun.
Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA empat minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA, maka rayuan mereka dianggap gagal. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...