Nak Souvenier best?

Showing posts with label Mawi. Show all posts
Showing posts with label Mawi. Show all posts

Ekin (Mawi) Hamil!!!

TIADA momen paling menggembirakan buat juara program realiti Akademi Fantasia musim ketiga, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani dan isteri yang dinikahinya pada 20 Disember 2008, Nor'ashikin Rahmat atau Ekin apabila mereka kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata sulung.

Senyuman bahagia sentiasa meleret di bibir kedua-dua mereka ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Astro di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur baru-baru ini. Ramai yang menyapa wajah Ekin makin berseri dan badannya sedikit berisi.

Tidak kurang juga ada rakan-rakan artis yang tidak lokek memberikan petua buat Ekin supaya dia melalui kehamilan kali ini dengan selamat dan tenang.

Baik Mawi mahupun Ekin, kedua-dua mereka enggan terlalu kecoh mengenai kehamilan kali ketiga ini selepas melalui pengalaman keguguran kandungan sebanyak dua kali sebelum ini.

Justeru, bagi memastikan kesihatan Ekin dan kandungannya, Ekin telah dihantar untuk menetap bersama ibunya di Johor selama tiga bulan untuk dikuarantin sehingga kandungannya benar-benar kuat.

“Saya sudah ada dua pengalaman keguguran, jadi bila dapat tahu mengandung kali ketiga, bukan saya sahaja tetapi seluruh keluarga mengambil langkah berjaga-jaga. Saya tinggal bersama ibu di kampung selama tiga bulan kerana waktu itu kandungan masih belum kuat.

“Ibu saya juga tidak mahu ambil risiko, jika kandungan sebelum ini, saya jaga diri saya sendiri, ibu hanya datang pada hujung minggu sahaja.

Perlu Ke Tagline?..

~Suka dengan tagline ni.. Menarik dan bermotivasi.. Perlu ke tagline-tagline ni bagai?.. Tak perlu?.. Mungkin pendapat ada yang berbeza.. Biasala.. Manusia.. rambut sama hitam- hati lain - lain. (Ada kaitan kah?)

Ada yang best dan ada yang biasa- biasa sahaja. Sesetengah mungkin suka dengan tagline ini, tak kurang juga pasti ada yang kurang menggemarinya kan?.. Blog kawan-kawan ada tagline tak? Apa tagline kawan-kawan ye..

Boleh ke dikategorikan tagline ni sebagai motto.. Bukan motosikal HONDA CBR 250 tu ye.. ini motto hidup. Mungkin ada yang sesuai dan mungkin ada yang tidak sesuai. Dan apa tagline yang kawan-kawan selalu dengan, maksudnya yang senang terelkat kat memori tu?..

Contoh maca MAWI:WORLD.. hehe..

You cannot dream yourself into a character; you must hammer and forge yourself one. http://rosyur.blogspot.com/


~thanks kay are bagi header siap dengan tagline ye..

Menuju Puncak / Akademi Fantasia 9 AF9/ Nak Audition!

Menuju Puncak!!!
Tettt.. sape tak minat AF?.. Ramai yang minat kan? Tak kurang juga yang tak minat... Uniknya kali ni siap ada edisi online untuk ujibakat ye.. Memang sesuatu yang baru.. Dan khabarnya Akademi Fantasia 9 ( AF9) ni yang terakhir ye.. Frustle peserta peserta yang nak masuk AF tapi blm cukup umo lagi tahun ni.. Masa AF1 dulu tu tak layan sangat.. Cuma yang menarik tu mungkin masa Mawi tu.. Maklumla masa tu kan gempak dengan Mawi World.. Then selepas tu takde yang boleh celen Mawi ye.. Yang perasan, juara2 AF tu takdela glamer sangat.. Yang lagi awal tersingkir lagi cepat glamer.. Siap boleh jadi pelakon pengacara bagai, sedang kengkawan sibuk training lagi.. Jadi, mana yang lebih untung..?

Okela.. Since AF9 ni yang terakhir.. Harapnya adala kelainan.. Siapa Pengetua Baru AF9? Ada nama nama yang disebut sebut ke? Ana Raffali? Andy Flop Poppy?.. Anda fikir siapa layak? Datuk Siti Nurhaliza??..

Jom layan promo AF kat bawah.. Agak agak ada tak kawan kawan blogger yang masuk AF9 ni.. Kalau terpilih, habaq sini.. mana tau leh dapat undi ye...

Akademi Fantasia ke-9

Setelah 8 tahun bersiaran, Akademi Fantasia sentiasa mendapat sokongan kuat daripada para peminatnya. Walaupun Akademi Fantasia musim ke-9 merupakan program AF terakhir terbitan Astro. Namun jangan berdukacita kerana AF9 bakal menjanjikan pelbagai kejutan yang pasti mengejutkan para peminat.

Sesi ujibakat bermula

Klik di sini untuk maklumat lokasi-lokasi uji bakat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...