Nak Souvenier best?

Makan Cicak Tokek?

MANA BOLEH MAKAN?

KUALA LUMPUR – Kepada mereka yang memiliki cicak yang popular dengan panggilan cicak tokek dan berhasrat untuk menjual kepada pelanggan beragama Islam mungkin boleh berfikir dua kali kerana ia adalah haram dimakan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan baru-baru ini menetapkan cicak besar tersebut tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan serta mengandungi racun.
Bagaimanapun dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web e-fatwa itu berkata, pengecualian diberi untuk tujuan perubatan dengan hukumnya adalah harus.
“Namun sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa cicak itu mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu,” katanya.

3 comments:

bspotgurl said...

Gelinya

Unknown said...

baru dgr pasal ni pagi tadi dekat hot fm..*_*
tu,lah belum sahih lagi cicak ni boleh ubatkan penyakit aids kan..

eiela said...

menakutkan nak makan cicak. huhu, cicak rumah pun geli, terjerit-jerit kalau dia jatuh, nihkan besar.

Latest Entri :
Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...