Drama Vanila Coklat.
Drama Vanila Coklat mengisahkan tentang seorang pelajar perempuan dan pelajar lelaki yang saling membenci antara satu sama lain tetapi dipaksa berkahwin atas permintaan keluarga. Mereka terpaksa akur, tetapi menetapkan perjanjian selepas enam bulan berkahwin mereka akan bercerai
Tajuk cerita memang menarik.
Sedap..
Rasa macam nak makan aja..
Kebanyakan cerita drama kini banyak yang berplotkan kahwin paksa. Kontrak.. lepas dah nak habis kontrak.. mula jatuh cinta.. Tipikal kan?.. Tapi tetap juga ramai yang minat.. KENAPA AGAKNYA?
EPISOD AKHIR GEMILANG.
Tentang Gemilang..
- Kepulangan Halim iaitu tunang kepada Asmah- seorang jurutera.(anak Cikgu).
- Kepulangan Din.. Adik kepada Saif.. (Rasanya inilah part yang paling menyentuh hati... boleh banjir airmata kalau betul-betul mnghayati.)
- Konflik Saif dan bestfriendnya Umar tentang Ruhana. (pandai betul si Ruhana tu bermuka-muka.. melagakan kawan karib hingga putus persahabatan.. di alam realiti pun pasti ada juga senario sebegini kan?)
- Suzanne (anak murid) yang gila bayang dengan Saif..( kat sekolah mesti ada yang minat2 cikgu kan? Kalau murid pompuan, mesti minat cikgu lelaki yang bujang.. nak nak pula kalau hensem.. Tapi, ada ke murd lelaki yang minat2 kat cikgu lady ni ye?). Saif menolak..
- Kisah cinta Saif dan Asmah yang masing-masing sanggup berkorban demi Paklong.
Drama Gemilang / Biodata Tiz Zaqyah Razak
NAMA:Siti Zaqyah Abdul Razak
NAMA GLAMOR:Tiz Zaqyah
TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988
ASAL: Kuala Lumpur
STATUS: Bujang
KARIER: Pelakon
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
DRAMA: Gol & Gincu, Impian Illyana & Nur Kasih
TELEFILEM: Bernafas Dalam Lumpur & Puaka Topeng Putih
PERWATAKAN DIRI: Mesra dan Ceria
WATAK IMPIAN: Seram, psiko & gila
Yang ni dapat dari SINI.
Google kan ni sebab semangat ingin tahu . Tak perasan pula yang dia berlakon juge dalam drama Gol & Gincu tu..
Nak tahu sinopsis Cerita Gemilang?.. SINI
One Night Malaysian Wedding: Chef Wan. Sekarang!!
Jom Layan rancangan ni..
wiki:
Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-peserta. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan.
Dalam satu bentuk atau lain, perkahwinan didapati di hampir setiap masyarakat. Rekod-rekod tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan adalah satu adat resam yang mantap. Walaupun ahli-ahli antropologi telah mencuba mengesan asal perkahwinan, umpamanya hipotesis persetubuhan primitif secara rambang, mereka telah gagal memperoleh sebarang bukti.
Sinopsis Drama Gemilang TV3,
Gemilang menyingkap kembali nostalgia Malaysia di lewat 70’an, di mana pembangunan dan kemajuan tanah air masih berada di peringkat pelancarannya. Selepas tamat universiti, Saifullah (Shahz Jaszle), seorang pemuda yang berwawasan telah menubuhkan Institut Gemilang, sekolah swasta yang pertama di kawasan pedalaman yang pernah didiami sewaktu kecil dahulu. Saifullah bertekad mahu mengubah nasib anak-anak remaja yang gagal dalam pelajaran menerusi Institut Gemilang yang menjadi satu platform dan juga peluang kedua untuk menjamin masa depan yang lebih baik.
Teman-teman rapat seperti Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla) turut serta menyokong perjuangan Saifullah dengan menjadi tenaga pengajar di Institut Gemilang membantu membimbing para pelajar yang telah gagal atau tidak dapat menduduki peperiksaan MCE (SPM) dan HSC (Tingkatan Enam). Saifullah yakin dengan kemampuan dirinya dapat mengubah hidup dan masa depan pelajar-pelajarnya. Kalau bukan semua, sekurang-kurangnya sebahagian daripada mereka. Dia berjanji tidak akan berputus asa terhadap mereka asalkan mereka tidak berputus asa ke atas diri mereka sendiri.
Antara salah satu episod menarik drama Gemilang juga menampilkan kisah seorang wanita miskin yang datang berjumpa Saifullah dan merayu supaya anak lelakinya dapat menjadi pelajar di Institut Gemilang. Melihatkan anak muda itu yang langsung tidak mempunyai minat dalam pelajaran, Saifullah meminta geran tanah daripada wanita tersebut sebagai ganti yuran pembelajaran. Apabila anak muda itu melihat ibunya sanggup mengorbankan satu-satunya harta mereka di dunia, barulah dia memahami erti pengorbanan serta kepentingan ilmu sebagai jaminan masa depan.

