Nak Souvenier best?

Showing posts with label gambar Tiz Zaqyah Razak. Show all posts
Showing posts with label gambar Tiz Zaqyah Razak. Show all posts

Sara Ali / Nur Kasih The Movie.

Baru je selesai membaca kisah atau SINOPSIS NUR KASIH THE MOVIE ni. Memang penangan cerita ni kuat betul kan. Kalau yang update blog, pasti ada je tentang cerita ni.. Sebab apa?.. Sebab best la kot.

Penghargaan buat h-n-idot blogspot.com dengan entry yang menarik itu.. Kalau dah baca cerita tu mesti mau nengok kan?..  Kalau kawan-kawan lebih suka seprais.. boleh je baca .. tak rugi pun.. Lepas tu bila dah tengok bolehla buat kesimpulan sendiri kan?..

Haritu ada menonton kat tv.. bukan cerita NUR KASIH THE MOVIE, tapi rancangan bual bicara MHI kot. Masa Hari Wesak tu.. Ada wartawan yang dijemput untuk komen cerita NKTM NI.. Katanya dia suka lakonan Sara Ali ni.. Siapa Sara Ali?.. Mengikut info dari blog h-n-i tu, gambar kat atas tu la Sara Ali. Berbakat ke dia?.. Tak sabar nak menontonnya.. Jom..

Lagi seorang, selain Muhsin, yang dapat pujian adalah Munif.. Tak tau siapa.. Boleh bagi info tak?

~Melayan lagu NKTM ni, best juga ye.. Dah lama tak layan lagu nyanyian Yassin.. Dulu, masa nama memuncak, memang banyak lagunya yang memikat hati.. Betulke OST NKTM ni Tiz Zaqyah yang nyayi ye?

Lirik Lagu Nur Kasih The Movie.

~Promo dah start dengan hebatnya ni.. Nak tengok ke tak nak?.. Nak tengok ke tak nak?

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih



-kredit: liriklagu.blogspot.com

SINOPSIS EPISOD AKHIR DRAMA GEMILANG.

Tamat sudah..

Antara isi kandungan episod terakhir tadi:

  • Pertemuan Lah dan adiknya Siddiq yang telah ditangkap polis akibat dituduh membunuh. Cukup tersentuh kerana dipertemukan sebegini rupa. Siddiq menceritakan tentang bagaimana dia boleh terjebak dengan gangsterism.
  • Pelajar-pelajar institut GEMILANG berjaya menamatkan peperiksaan mereka
  • Ana bertemu dengan ayahnya, dan keluarga yang menyisihkannya.
  • Cikgu (Jalaludin Hasan) bersemuka dengan Lah dan Asma, dan menyatakan tentang pengetahuan beliau terhadap percintaan mereka berdua dan diketahui dari Halim sendiri, dan kedatangan Ana sebagai penghasut turut diceritakan kepada mereka berdua.
  • Ana memutuskan hubungan dengan Umar.
  • Setelah 3 bulan kemudian pelajar-pelajar kembali untuk mengambil keputusan cemerlang mereka dan saat ini Rizal baru mengetahui bahawa Cikgu Saif langsung tidak mengambil geran tanah mereka.
  • Akhirnya ramai yang menghubungi Institut GEMILANG untuk melabur setelah berita kecemerlangannya keluar paper.
  • Adik Lah aka Cikgu Saif iaitu Siddiq juga mendaftar di INSTITUT GEMILANG.
  • Last sekali: KINI.. Dah tua pun Cikgu-Cikgu tu, dan bekas pelajar mereka telah berjaya dan menyelamatkan bangunan INSTITUT GEMILANG dari dimusnahkan.
~Semoga cerita lepas ini lebih best ya..

Drama Gemilang / Biodata Tiz Zaqyah Razak

NAMA:Siti Zaqyah Abdul Razak

NAMA GLAMOR:Tiz Zaqyah
TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988
ASAL: Kuala Lumpur
STATUS: Bujang
KARIER: Pelakon
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

MULA BERLAKON: 2006

DRAMA: Gol & Gincu, Impian Illyana & Nur Kasih
TELEFILEM: Bernafas Dalam Lumpur & Puaka Topeng Putih
PERWATAKAN DIRI: Mesra dan Ceria
WATAK IMPIAN: Seram, psiko & gila

Yang ni dapat dari SINI.

Google kan ni sebab semangat ingin tahu . Tak perasan pula yang dia berlakon juge dalam drama Gol & Gincu tu..

Nak tahu sinopsis Cerita Gemilang?.. SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...