Nak Souvenier best?

Showing posts with label drama gemilang TV3. Show all posts
Showing posts with label drama gemilang TV3. Show all posts

SAIFUL NITA.

Saiful Nita?

Sedap nama tu.. Mula mula masa layari tonton nak tengok cerita-cerita kat tv3 (biasala selalu terlambat je dan akhirnya tengok kat tonton., maka ternampakla tajuk drama ni. Serius tak pernah tengok pulak cerita ni. Rupanya baru dua episod ditayangkan. Sebab baru lagi episod tu, maka klik la nak tengok kan.

Makanya, sinopsis cerita Saiful Nita ni lebih kurang tipikal je maca cerita-cerita yang pernah tayang. Mungkin tukar pelakon je. Kisahnya melibatkan dua keluarga, Tan sri Sulaiman dan Dato Mahmud, yang memang baik sejak dulu. Masing-masing mempunyai kompeni besar. Lepas tu satu kompeni menang tender, pastu lagi satu nak bankrap. 

So, Dato mahmud ni plan untuk kahwinkan anak lelakinya dengan anak perempuan keluarga Tan sri tadi tu.. ha itula setakat dua episod. Mungkin kalau tonton lagi akan diupdate cerita itu.. (Dalam realiti ada tak kisah camtu?)

CERITA JUVANA : EPISOD AKHIR malam ni. Jgn lupa.!

CERITA JUVANA EPISOD AKHIR akan ditayangkan jam 9 malam nanti. Jangan lupa menonton ye.. Ada mesej yang baik dari cerita ni.. ZAHIRIL ADZIM ni makin lama makin glamer ye.. Malam ni juga khabarnya PELAKON CERITA JUVANA ZAHIRIL ADZIM akan berCHATTING dengan peminatnya selepas tamat CERITA JUVANA EPISOD AKHIR di TV3 tu nanti .. Samala menunggu..

Jom layan sinopsis cerita ni sikit;

“Kejayaan akademik dan pengetahuan moral yang tinggi akan memberi jaminan kepada masa depan anda. Itulah yang ingin disampaikan oleh kami menerusi drama bersiri Juvana ini,” katanya.

Drama ini berkisarkan perjalanan seorang remaja berusia 17 tahun yang tidak bersalah tetapi dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak atas tuduhan membunuh.

Drama terbitan Filmscape ini menyaksikan gandingan hebat antara penerbit Kabir Bhatia, Pengarah Faisal Ishak dan penulis skrip Alfie Palermo dan membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Bront Palarea, Zahiril Adzim, Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Khusairy, Kuswadinata dan Hariry.

STANZA CINTA.

Kalau kita ditimpa musibah?

Diuji dengan diberi khabar yang tidak gembira?..
Contohnya macam dalam kisah STANZA CINTA malam ni?
Mengenai diberitakan yang dia ditimpa penyakit Kanser?

Lupakan STANZA CINTA.
Dalam alam realiti juga sering berlaku perkara sebegini.
Setiap hari pasti ada yang menerima berita sebgini.
Anda disahkan mengidap kanser!
Dush.. Tamparan hebat..

Kata orang, yang tak berada pada situasi si pesakit, pasti tidak dapat menggambarkan perasaan tersebut.
Jika katakan kawan atau saudara mara kita diberitakan berita mencabar ini.. Maka apa yang harus dilakukan?
Biasanya.." sabarlah kak/ abang/ pakcik/ makcik.. ujian.ada hikmah disebaliknya"..

Tapi.. apa yang sebenarnya sang pesakit ni harapkan?..
Ada yang nak kongsi?..
Silakan..

Tersasar pula dari tajuk ni STANZA CINTA.. Erk.. STANZA tu maksudnya apa ye?

SINOPSIS EPISOD AKHIR DRAMA GEMILANG.

Tamat sudah..

Antara isi kandungan episod terakhir tadi:

  • Pertemuan Lah dan adiknya Siddiq yang telah ditangkap polis akibat dituduh membunuh. Cukup tersentuh kerana dipertemukan sebegini rupa. Siddiq menceritakan tentang bagaimana dia boleh terjebak dengan gangsterism.
  • Pelajar-pelajar institut GEMILANG berjaya menamatkan peperiksaan mereka
  • Ana bertemu dengan ayahnya, dan keluarga yang menyisihkannya.
  • Cikgu (Jalaludin Hasan) bersemuka dengan Lah dan Asma, dan menyatakan tentang pengetahuan beliau terhadap percintaan mereka berdua dan diketahui dari Halim sendiri, dan kedatangan Ana sebagai penghasut turut diceritakan kepada mereka berdua.
  • Ana memutuskan hubungan dengan Umar.
  • Setelah 3 bulan kemudian pelajar-pelajar kembali untuk mengambil keputusan cemerlang mereka dan saat ini Rizal baru mengetahui bahawa Cikgu Saif langsung tidak mengambil geran tanah mereka.
  • Akhirnya ramai yang menghubungi Institut GEMILANG untuk melabur setelah berita kecemerlangannya keluar paper.
  • Adik Lah aka Cikgu Saif iaitu Siddiq juga mendaftar di INSTITUT GEMILANG.
  • Last sekali: KINI.. Dah tua pun Cikgu-Cikgu tu, dan bekas pelajar mereka telah berjaya dan menyelamatkan bangunan INSTITUT GEMILANG dari dimusnahkan.
~Semoga cerita lepas ini lebih best ya..

EPISOD AKHIR GEMILANG.

Rupanya malam ini merupakan EPISOD AKHIR DRAMA GEMILANG ni ye kawan-kawan. Salah satu cerita yang penuh mesej kemanusiaan. Lain dari yang lain dan memang garapan dari Khabir Batia yang tak mengecewakan. Rasanya cerita-cerita dari KB ni memang best-best semuanya..

Gemilang menyingkap kembali nostalgia Malaysia di lewat 70’an, di mana pembangunan dan kemajuan tanah air masih berada di peringkat pelancarannya.

Antara salah satu episod menarik drama Gemilang juga menampilkan kisah seorang wanita miskin yang datang berjumpa Saifullah dan merayu supaya anak lelakinya dapat menjadi pelajar di Institut Gemilang. Melihatkan anak muda itu yang langsung tidak mempunyai minat dalam pelajaran, Saifullah meminta geran tanah daripada wanita tersebut sebagai ganti yuran pembelajaran. Apabila anak muda itu melihat ibunya sanggup mengorbankan satu-satunya harta mereka di dunia, barulah dia memahami erti pengorbanan serta kepentingan ilmu sebagai jaminan masa depan.

Kawan-kawan nak baca lagi SINOPSIS CERITA GEMILANG ni tak?.. Baca kat SINI :http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/02/sinopsis-drama-gemilang-tv3.html ye. Adakah akan ada sambungan untuk GEMILANG 2 tu nanti macam cerita ASMARA 2 tu?. Dan harapnya cerita yang bakal menggantikan DRAMA GEMILANG ni akan lebih best juga.

Oke.. jom sama-sama layan cerita GEMILANG ni.

Tentang Gemilang..

Siapa yang terlepas episod cerita Gemilang malam tadi? Atau ada yang tak minat pun tengok?. Dalam banyak-banyak drama, Gemilang ni antara yang best juga la. Penuh mesej..

Semalam kisahnya tentang
  • Kepulangan Halim iaitu tunang kepada Asmah- seorang jurutera.(anak Cikgu).
  • Kepulangan Din.. Adik kepada Saif.. (Rasanya inilah part yang paling menyentuh hati... boleh banjir airmata kalau betul-betul mnghayati.)
  • Konflik Saif dan bestfriendnya Umar tentang Ruhana. (pandai betul si Ruhana tu bermuka-muka.. melagakan kawan karib hingga putus persahabatan.. di alam realiti pun pasti ada juga senario sebegini kan?)
  • Suzanne (anak murid) yang gila bayang dengan Saif..( kat sekolah mesti ada yang minat2 cikgu kan? Kalau murid pompuan, mesti minat cikgu lelaki yang bujang.. nak nak pula kalau hensem.. Tapi, ada ke murd lelaki yang minat2 kat cikgu lady ni ye?). Saif menolak..
  • Kisah cinta Saif dan Asmah yang masing-masing sanggup berkorban demi Paklong.


~Adegan yang Saif kena tolak dengan Umar tu macam real aja sebab sampai kemik dinding zinc tu ye..

Kalau nak tau sinopsis penuh cerita Gemilang, boleh baca kat: SINOPSIS CERITA GEMILANG.

One Night Malaysian Wedding: Chef Wan. Sekarang!!

Malam tadi terlepas sebab tegok Gemilang kat tv3. Jadi sekarang ni nak tengokle.. Kat AFC ye saluran Astro.. Haritu tengok Apa Chef.. Talkshow/ rancangan masakan Chef Wan yang ada Fizo Omar dan Kamal Adli tu..

Jom Layan rancangan ni..

wiki:

Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-peserta. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan.

Dalam satu bentuk atau lain, perkahwinan didapati di hampir setiap masyarakat. Rekod-rekod tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan adalah satu adat resam yang mantap. Walaupun ahli-ahli antropologi telah mencuba mengesan asal perkahwinan, umpamanya hipotesis persetubuhan primitif secara rambang, mereka telah gagal memperoleh sebarang bukti.

Sinopsis Drama Gemilang TV3,

~Sinopsis drama Gemilang dari tv3, Untuk yang belum mengetahui sinopsis drama Gemilang ini sila baca berikutnya,

Gemilang menyingkap kembali nostalgia Malaysia di lewat 70’an, di mana pembangunan dan kemajuan tanah air masih berada di peringkat pelancarannya. Selepas tamat universiti, Saifullah (Shahz Jaszle), seorang pemuda yang berwawasan telah menubuhkan Institut Gemilang, sekolah swasta yang pertama di kawasan pedalaman yang pernah didiami sewaktu kecil dahulu. Saifullah bertekad mahu mengubah nasib anak-anak remaja yang gagal dalam pelajaran menerusi Institut Gemilang yang menjadi satu platform dan juga peluang kedua untuk menjamin masa depan yang lebih baik.

Teman-teman rapat seperti Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla) turut serta menyokong perjuangan Saifullah dengan menjadi tenaga pengajar di Institut Gemilang membantu membimbing para pelajar yang telah gagal atau tidak dapat menduduki peperiksaan MCE (SPM) dan HSC (Tingkatan Enam). Saifullah yakin dengan kemampuan dirinya dapat mengubah hidup dan masa depan pelajar-pelajarnya. Kalau bukan semua, sekurang-kurangnya sebahagian daripada mereka. Dia berjanji tidak akan berputus asa terhadap mereka asalkan mereka tidak berputus asa ke atas diri mereka sendiri.

Antara salah satu episod menarik drama Gemilang juga menampilkan kisah seorang wanita miskin yang datang berjumpa Saifullah dan merayu supaya anak lelakinya dapat menjadi pelajar di Institut Gemilang. Melihatkan anak muda itu yang langsung tidak mempunyai minat dalam pelajaran, Saifullah meminta geran tanah daripada wanita tersebut sebagai ganti yuran pembelajaran. Apabila anak muda itu melihat ibunya sanggup mengorbankan satu-satunya harta mereka di dunia, barulah dia memahami erti pengorbanan serta kepentingan ilmu sebagai jaminan masa depan.

Rupanya Drama 'Gemilang"

Gambar gambar tentang cerita 'Gemilang' yang abru start tayangan minggu lepas kat TV3.. Penuh dengan mesej masyarakat...

Tak sabar nak tengok drama ni nanti.. Sambungan cerita 'Gemilang"..

Rasanya dulu dah ada movie denagn tajuk 'Gemilang' juga kan.. Siapa yang berlakon?.. Rasanya jalan cerita memang berbeza..

owh.. INILAH GAMBAR MAJLIS RAMAH MESRA DRAMA GEMILANG..

Gemilang / Farid Kamil dan Tiz Zaqyah..



Mereka akan berlakon bersama dalam drama arahan Khabir Batia.. Tajuk cerita adalah 7 lagu.. Sekarang suka layan cerita cerita Khabir Batia juga sebab jalan cerita yang menarik.. ditambah pula dengan kehadiran Tiz Zaqyah yang cantik tu kan..

Naluri manusia sukakan sesuatu yang cantik.. Meski ia subjektif...............

Cerita tentang drama Melayu ni, hari Isnin yang lepas ada menonton drama tajuk 'Gemilang'. Biasanya kalau hari Isnin tu memang rancangan kat TV3 (ya penggemar channel ini) kurang menawan hati. Biasanya cerita aksi kan.. Jadi bila ada cerita baru, nak la tengok.. Tajuk gemilang dan preview pun macam seronok aja..

Daripa pemerhatian tu, mengisahkan pengorbanan seorang abang sulung yang terpaksa bekerja menoreh getah bersama ayahnya setelah kematian ibu meskipun dia seorang yang bijak.. Kisah ni ala ala flashback dan di flashback lagi.. Memang menawan jiwa la esp kalau melibatkan kisah keluarga macam ni kan..

Tak sabar tengok sambungannya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...