EPISOD AKHIR GEMILANG.
Tentang Gemilang..
- Kepulangan Halim iaitu tunang kepada Asmah- seorang jurutera.(anak Cikgu).
- Kepulangan Din.. Adik kepada Saif.. (Rasanya inilah part yang paling menyentuh hati... boleh banjir airmata kalau betul-betul mnghayati.)
- Konflik Saif dan bestfriendnya Umar tentang Ruhana. (pandai betul si Ruhana tu bermuka-muka.. melagakan kawan karib hingga putus persahabatan.. di alam realiti pun pasti ada juga senario sebegini kan?)
- Suzanne (anak murid) yang gila bayang dengan Saif..( kat sekolah mesti ada yang minat2 cikgu kan? Kalau murid pompuan, mesti minat cikgu lelaki yang bujang.. nak nak pula kalau hensem.. Tapi, ada ke murd lelaki yang minat2 kat cikgu lady ni ye?). Saif menolak..
- Kisah cinta Saif dan Asmah yang masing-masing sanggup berkorban demi Paklong.
Sinopsis Asmara 2/ Slot Lestary TV3.
Kemudian barule jalan cerita tu yang diikuti.. Agaknya macamana jalan cerita Asmara 2 ni ye? Ada sesiapa nak cerita tak?.
~~~
Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.
Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.
Lagi SINOPSIS ASMARA 2.
Sinopsis Cerita Asmara 2.
Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya).
Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.
Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.
Suatu hari, Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya.
Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawa si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?
kredit-mstar.
KLIK UNTUK HADIAH iPAD PERCUMA!!!
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Hani: Episod Akhir / Asmara 2?
Tadi, cerita Hani mengisahkan akhirnya Hani tu bertemu kembali dengan Irfan yang sudah lama sebenarnya menolong bapanya untuk merawat Hani. Episod tadi juga menyaksikan kecembburuan isteri Irfan terhadap Ummu Hani, bekas kekasih Irfan tu. (Sehingga Aliah tu pernah mempersoalkan keprofesionalism nya untuk tidak mahu merawat bekas kekasih suaminya..-sampai begitu sekali..)
Manakala Hani dan kawan- kawan meneruskan usaha menyempurnakan projek AlQuran Braille mereka sehingga berjaya. Pada saat -saat akhir, Ummu Hani bersetuju untuk di scan kembali otaknya.. Dan, hasil dari pemeriksaan lanjut itu, Ummu Hani disahkan masih mempunyai tumor otak dan semakin membesar.
Hasrat Ummu Hani untuk mengerjakan umrah bersama ibu bapanya tidak kesampaian apabila dia menemui ajal di stesen erl disaksikan Irfan dan ibubapanya.
Paling best bila ada dialog akhir: Irfan akan menamakan bayi mereka yang bakal lahir dengan nama Ummu Hani. Yang ni agaknya ada sambungan tak?.. Mungkin tidak la kan.. Minggu depan sambung cerita Asmara 2 pulak ke?
