Nak Souvenier best?

Showing posts with label slot lestary tv3. Show all posts
Showing posts with label slot lestary tv3. Show all posts

#JUVANA EPISOD AKHIR.

Sape tengok cerita JUVANA EPISOD AKHIR tadi? Best tak? Ceciter ceciter. Meh nak citer.. Tapi tak tau nak start dari mana.. Kira kita cerita apa yang ingat je la ye.. Oh ye, bagi yang belum pernah tonton cerita ni, rasanya kalau tengok EPISOD AKHIR JUVANA tadi tu pun mungkin boleh faham keseluruhan cerita. Hehe.. Itu betterla dari tengok dari awal, tak pernah miss tetiba tak berkesempatan nak tengok CERITA JUVANA EPISOD AKHIR tadi kat TV3.. frust la kan..

Baiklah, tanpa berterusan melalut, marilah meringkaskan cerita JUVANA yang telah berjaya menaikkan nama ZAHIRIL ADZIM dan CIKGU ZAKIAH.
- mula mula tunjuk budak2 juvana kena kurung manakala Cikgu Zakiah juga diikat.
Cikgu Ameer taknak bersubahat dgn en Warden , cuba selamatksn Cikgu Zakiah tapi akhirnya ditikam.(tercedera).
Berjaya melarikan diri tapi akhirnya semua ditangkap kembali oleh warden dan gengnya- Daim ditikam oleh Botak.
Mereka dikurung kembali- En Raja telefon polis kononnya budak2 juvana bikin rusuhan.
Bila polis datang, akhirnya En Raja ditangkap sbb cikgu Ameer berjaya selamatkan diri dan minta bantuan Polis.
Botak ditangkap dan meminta maaf.
Daim dilepaskan dari RUMAH WIRA BAKTI.
Kembali selepas 10 tahun untuk menjadi pengajar disitu bersama cikgu Zakiah...
Ayam - menjadi ayah yang berjaya dengan 8 orang anak ( tu pun kira pencapaian)
Botak - Peninju Asia

EPISOD AKHIR JUVANA! (video promo). ZAHIRIL ADZIM.

Video promo cerita EPISOD AKHIR JUVANA ni boleh ditonton kat blog sis Dahlia ye.. Kat bahagian bloglist blog ALL IN ONE ini.

Kejap je lagi kan nak start CERITA JUVANA EPISOD KE 13 ni. Memang kebanyakan cerita ada 13 episod je ek. Apapun, cerita JUVANA dah disiarkan lepas cerita GEMILANG haritu ye?.. Sepanjang yang kawan kawan ikuti cerita ini, part mana yang paling best?.. Oke oke.. Tidak termasukle episod yang akan ditonton kejap lagi yer..

Mutu lakonan Zahiril Azim macamana?.. Berbanding dulu dulu dia hanya watak sampingan.. Kini dah start dibeti watak watak utama. Apa yang boleh disimpulkan adalah lakonan ZAHIRIL ADZIM ni tak mengecewakan.., (mesti dia bangga kalau baca ni- hehe; manala tau kan.. Sebab dia pun blogger juga tau.. Jangan taktau ye kawan kawan.

Apakah yang kawan kawan harapkan dari episod yang terakhir ni?.. Happy ending? Sad ending atau hanging ending?..

Kalau ending yang hanging nanti pasti ada rentetan JUVANA 2.. nak ke tak nak?

Sinopsis Asmara 2/ Slot Lestary TV3.

Kejap lagi cerita Asmara 2 akan ke udara.. (skema tak ayat). Kalau dah tonton yang pertama dulu perlu tak tonton yang ni pula ye?.. Bukan apa, nak juga tengok kesudahannya nanti. Dah boleh agak juga la kan jalan ceritanya.. Tapi, apa yang menarik sangat kat cerita ni ye?.. Sebab pelakon dia la kot.. Maklumla hensem.. Mula-mula sekali kalau nak tengok sesuatu cerita, pastila pilihan pelakon tu yang utama ditengok dulu kan.

Kemudian barule jalan cerita tu yang diikuti.. Agaknya macamana jalan cerita Asmara 2 ni ye? Ada sesiapa nak cerita tak?.
~~~
Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.

Lagi SINOPSIS ASMARA 2.

Perhatian Warga SHAH ALAM../ Cerita HANI..

Semalam kawan-kawan ada menonton cerita HANI tak? Slot Lestary di TV3 tu. Episod semalam best la juga.. Tenang aje menontonnye ye.. Cuma betulke AlQuran Braille di Malaysia ni cuma ada satu?..

Lepas tu pula nak buat Al Quran Braille dengan Komputer?.. Tak faham sangat ni.. Kot kot pembaca blog ni yang tahu.. Bolehla dikongsi dengan semua disini info tu kan..

Apa kaitan warga Shah Alam dengan entry ni ye.. Sebenarnya nak promote blog ni:
http://gulamelati.blogspot.com/2011/02/kelas-mengaji-masjid-shah-alam.html mengajak sesiapa yang berminat.. Jadi masa baca entry ni terus teringat cerita HANI semalam..

Sedikit cerita Hani semalam
- Hani masuk Darul Quran dan berjaya hafal sebahagian Alquran
- Irfan dah balik Malaysia dan sudah bekerja dengan ayahnya serta sudah berkahwin dengan Aliyah
-Yang kawan Hani lagi 2 orang tu bakal kahwin dan kerja dalam bidang IT dan akan tolong Hani dlm menghasilkan AlQuran Braille..

Rupanya Piala Suzuki AFF 2010

Malam tadi tv telah di conquer oleh sang penggemar bolasepak. Jadi misi nak menonton cerita Hani- Slot Lestary tv3 telah dikalahkan oleh Piala Suzuki AFF 2010. Dengan berbekalkan jaringan 3 berbalas 1.. makanya si peminat Slot Lestary ini terpaksa la akur dengan keputusan pengadil.. Bagi can le kat mereka mereka nak menonton Perlawanan Bolasepak Piala Suzuki AFF 2010. Kang menangis teresak esak.. kesian pula.

Join sekaki?.. Hehe.. Paksarela la.. dah keputusan macam tu. Apapun tahniahla Malaysia layak ke Separuh Akhir Piala AFF Suzuki ye.. (Suzuki tu kanke motor.. dah boleh taja perlawanan Bolasepak pula ye..)

Syok juga ke layan bolasepak ni?.. Bersukan?.. ui.. dah lama bersara sukan sukan ni.. Nak kena bersenam balikla camni.. Penting untuk kesihatan. Pandai Cakap Kenala Buat..

Hani- Slot Lestary tv3 / Nur Fathia

Ada ke sesiapa yang menonton cerita terbaru Hani di slot lestary tv3 malam tadi?. Cerita tentang apa ye? Dalam iklan tunjuk tentang budak budak sekolah.. Cerita tentang budak sekolah ke?. Ada yang belum tahu ke, yang Hani ni menggantikan cerita Asmara yang endingnya tergantung tak bertali tu. Agak agaknya best tak cerita Hani ni ye?.

Jadi, setelah di google sedikit sebanyak, makanya terjumpa la site yang ceritakan sinopsis Hani ni. Hani , watak yang dilakonkan oleh pelakon baru- Nur Fathia: adalah seorang pelajar yang ada penyakit yang menyebabkan dia buta. Dan percintaan yang terhalang oleh parents kekasihnya. Tu je.. ringkas.. nak tahu lebih lanjut boleh la melawat ke sinopsis cerita Hani

Lepas tu, bila blogwalking lagi, maka terjumpa la site yang boleh pula download episod 1 tu. Menarik kan?.. Apalagi.. jom layan.. slot lestary episode 1

Dah layan nanti, berula syok sikit nak bercerita ye...

episod asmara malam tadi

siapa yang menonton cerita asmara malam tadi?apa komen anda.. ada ke yang tak tengok? ringkaskan je la ek.. zalia dah sedar dan boleh discharge dari hospital.. malangnya dia tak sembuh seperti asal.dia tak boleh cakap(agaknya balasan sebab mulut sangat laser) dan tak boleh jalan. so, diorang balik rumah sewa asmara. dan ayah zalia mendapat kesedaran untuk menjadi baik = insaf perbuatan, so dia report kejahatan raziq.then polis g cari raziq, unfortunately tengah bergelut and tertembak diri sendiri.zalia n asmara n adam balik rumah ayah zalia,tetapi mengalami halusinasi on & off.(mak zalia ada suggest asmara untuk kahwini melati tapi melati refused and terima offer ke france ).one fine day zalia terjatuh dari balkoni sebab nampak bayangan raziq nak threat adam, pecah kepala?then scene kat kubur, asmara tengah sedih2 & melati datang bawa surat yang zalia minta melati jagakan asmara dan adam.tetapi rupa rupanya zalia belum mati, sebaliknya terlantar di hospital, ayah zalia berkomplot untuk rahsiakan sebab nak asmara kahwini melati.. dot.. what's next?

Shahz Jaszle- nak tengok asmara ni

jom layan cerita asmara.. rupanya shahz jaszle ni belajar dalam bidang masak memasak ye.. tup tup jadi pelakon.. terbaru lakonan asmara memang menarik perhatian.. popular dia sekarang ni.. pastu ada kontroversi pula dengan pelakon maria farida.. gossip ke apa? tak tahula.. moh kita layan cerita asmara ni..

Asmara? anyone



~pasti ada antara anda yang menonton cerita ni kan?slot lestary kat tv3.sekarang ni banyak pula menonton cerita-cerita drama ni.isu yang nak ditimbulkan adalah tentang kahwin masa tengah belajar lagi.
Ada yang setuju dan lebih ramai ibubapa yang tak setuju bila anak-anak yang berkahwin ketika masih lagi bergelar student.tapi sebenarnya lebih baik mereka dikahwinkan daripada berlaku fenomena buang bayi dan sebagainya.
Pernah ada kenalan yang cepat jodoh, kahwin masa belajar dan tamat pengajian sama-sama- bahagia sampai sekarang.ada juga yang berpisah setelah beberapa ketika.. dan ramai juga yang masih belum mendapat jodoh..
-jodoh,ajal dan maut di tanganNYA- anda bagaimana

kena kahwin paksa??

masih berlaku ke dalam masyarakat kita harini?
tajuk ni tentang slot lestary kat tv3
tajuk cerita pun - asmara.. nama lelaki yang dipaksa kahwin sebab ayahnya terhutang nyawa dengan kawannya.. lalu anak nya kena kahwin itupun sebab si gadis dah ter mengandung.

sesuai la cerita ni dengan isu semasa sekarang ni kan..
tapi nanti apa risikonya kalau kahwin paksa macam ni..
kalau dapat lelaki yang baik- mungkin ok.. tapi langit tak selalunya cerah..

anak dan isteri tu pula mungkin akan jadi mangsa penderaan- tapi kalau tak kahwin, anak yang dilahirkan tu mungkin jadi bahan buangan?.. kena fikir sendiri la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...