Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya).
Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.
Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.
Suatu hari, Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya.
Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawa si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?
kredit-mstar.
KLIK UNTUK HADIAH iPAD PERCUMA!!!
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
5 comments:
akak nora bukan layan sgt citer asmara dulu, tapi kan..tak pernah miss...hahahaha
tengok jugak dulu..nak kena tengok lagi la nih..
wow!cite ni makin best la..sure kena follo cite nie..heee..
cerita asmara sgt best tp xsuke ending cite asmara 1.. tak sabar nak tgk sambungannye..
Tak cuka Asmara kawin ngan Melati...huuu hopefully endingnya nanti Zalia terus dgn Asmara. Rasanya watak Melati tu mati masa bersalin dan Zalia lak take turn jaga anak Melati...hihi :)
Post a Comment