Nak Souvenier best?

Showing posts with label Piala Suzuki AFF 2010. Show all posts
Showing posts with label Piala Suzuki AFF 2010. Show all posts

Durian Runtuh Lagi!!. / Pemain Bola Terima Insentif

~Entry bergembira bagi pihak je.. Takde kaitan pun dengan diri sendiri.. Tapi turut rasa happy bila orang lain happy.. (Macam drama lak). Banyak tu dapat duit

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian insentif saham amanah serta wang tunai berjumlah RM65,000 setiap seorang kepada 25 pemain dan jurulatih skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala Suzuki AFF pada bulan lepas.

“Setiap pemain dan jurulatih diberikan unit Amanah Saham Wawasan 2020 berjumlah RM50,000 yang bagaimanapun tidak boleh dikeluarkan sehingga tempoh 10 tahun,” kata Perdana Menteri ketika meraikan skuad itu di kediaman rasminya, Seri Perdana di Putrajaya semalam.

Pada majlis yang turut dihadiri Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan menteri-menteri Kabinet itu, Najib berkata, imbuhan wang tunai RM10,000 adalah daripada kerajaan dan RM5,000 lagi melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) Majlis Sukan Negara (MSN).

Safee Dilamar? Empat Kelab Tu

~Bertuah badan penyerang Negara ni.. Dilamar 4 kelab tu.. SEmoga yang terbaik buat dirinya.. Kita sokong sokong aja. Majulah sukan untuk negara..

Penyerang Selangor, Safee dilamar empat kelab luar negaraselepas beraksi cemerlang membantu Malaysia menamatkan kemarau 14 tahun dengan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Di antara empat kelab yang berminat ke atas penyerang berusia 26 tahun itu, tiga daripadanya ialah kelab dari Indonesia manakala satu lagi kelab dari Vietnam.

Tengku Abdullah menjelaskan bahawa FAM tidak menghalang mana-mana pemain Malaysia untuk berhijrah bagi menyertai saingan liga negara lain, namun jelas baginda, biarlah kelab atau liga tersebut terbukti lebih bagus dan kompetitif daripada saingan Liga Malaysia (Liga M).

“FAM tidak akan mengha- lang mana-mana pemain dari Malaysia menyertai atau berhijrah ke kelab atau liga di luar negara,” kata Tengku Abdullah ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM semalam.

“Terpulang kepada pemain itu sendiri yang menentukannya. Tetapi kalau boleh biarlah kelab atau liga yang dipilih itu lebih bagus atau kompetitif lagi daripada Liga M. Kalau tidak, tiada guna pemain itu pergi jika ia hanya kerana wang dan bukan demi kariernya sendiri.

Safee jaringkan gol Malaysia 1 Indonesia 0

Dalam keadaan terpaksa rela.. duduk je depan tv ni.. Sambil online.. Pastu pada minit ke 59 ni.. Safee.. Ala yang pakai jersey no 10 tu, pasukan Malaysia berjaya meneerobos gol Indonesia..

Bayang bayang untuk Malaysia menggondol Piala Suzuki AFF Suzuki 2010 ni mungkin cerah.. Apapun, mesti peminat bola Malaysia ni tengah hepi2 ye..

Siapa yang g Indon?.. Ada tak Julia Perez?

Hot Keyword

keyword                                     

Apa tujuan keywords ni sebenarnya?.. Daripada pemeratian sendiri, key word ni adaah words yang akan memudahkan pencarian kita terhadap sesuatu artikel.. Contohnnya nak cari tajuk berita ke gosip ke.. taipkan aje word yang kita maksudkan tu then,, Nah jawapan pilihan hanya beberapa saat. Almaklumla ada google.. semua benda tak tahu terus google kan aja. Menarik kan.. Dunia dihujung jari..

Macam haritu google tentang pancaran laser.. Saja nak tahu apekebenda nya laser ni.. Laser hijau lak tu kan.. (Penyokong Malaysia amacam dah bersedia?)

Lepas tu ter rajin pula nak cek keyword kat blog ni.. Nah tu dia.. Tapi apa dia / web apa tuh? Belum google lagi.. www sammy boy.com// . Nanti bila terlebih tenaga lepas ni g google balik.Atau ada sesiapa boleh tolong googlekan?

Jom Tonton Piala Suzuki AFF 2010 LIVE

PUTRAJAYA: Orang ramai dijemput ke Dataran Putrajaya untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF menerusi Skrin LED Gergasi antara Malaysia dan Indonesia pada Ahad ini.

Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Samsudin Osman berkata perlawanan itu boleh disaksikan bermula 8 malam.

"Pemasangan skrin LED gergasi ini memberi peluang kepada warga Putrajaya untuk sama-sama menunjukkan semangat dan sokongan kepada pasukan bola sepak negara sewaktu berlangsungnya perlawanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad ini," katanya dalam satu kenyataan.

Perlawanan akhir kedua bagi merebut Piala Suzuki AFF, yang akan berlangsung di Jakarta pada 29 Dis, akan turut disiarkan menerusi skrin gergasi di Dataran Putrajaya mulai 8 malam.

"Memandangkan inilah kali pertama pasukan Malaysia mara ke perlawanan akhir bagi merebut Piala Suzuki, warga Putrajaya turut bergembira dan berpeluang menyokong pasukan negara di tempat sendiri," katanya. – BERNAMA

~Ada ke sesiapa akan ke sana?. Jom meriahkan.. Mana lagi best.. Tonton live kat stadium ke, live kat warung mamak ke, live kat rumah?

Final Piala Suzuki AFF2010: Malaysia bertemu Indonesia

Pertandingan akhir itu akan dilaksanakan dua kali masing-masing di gelanggang tuan rumah iaitu di Kuala Lumpur pada 26 Dis dan di Jakarta 29 Dis.

"Pertandingan akhir ini nanti agak sulit. Meskipun pada babak penyisihan, kami pernah mengalahkan Malaysia 5-1 tetapi sekarang keadaannya agak seimbang sehingga peluang Indonesia menjadi 50 peratus dalam kejuaraan ini.

"Pasukan Malaysia pada masa ini bermain lebih baik sedikit dan lebih yakin diri," katanya.

Pasukan Indonesia akan berangkat ke Kuala Lumpur pada 24 Disember ini.-BERNAMA

~ Pastinya satu perlawanan yang dinantikan bagi kedua dua buah negara berjiran ni kan.. Selamat berjaya pasukan negara!!! Semoga membawa pulang Piala AFF Suzuki2010

Betul La Tu: Malaysia Layak Ke Final Piala AFF SUZUKI2010

~Malam tadi sebelum habis separuh akhir dah update blog. Masa tu belum tau full result... Lepas tu dah habis maka konfem la Malaysia layak ke Final AFF SuzukiCup 2010. Tahniah buat Malaysia. And, Kay Yea.. thanks juga sebab bagitau yer..


LAYAK KE FINAL...Jurulatih bola sepak negara, K.Rajagobal dijulang pemain-pemain negara selepas keputusan pusingan kedua separuh akhir memihak kepada Malaysia secara agregat 2-0.GLENN GUAN/The Star

Malaysia ke Final?

Rupa rupanya ada lagi separuh akhir untuk Piala AFF SuzukiCup 2010 ni ye.. INgatkan Malaysia dah layak ke final.. Kelakar pula bila dah bagi info salah kat 'orang orang terdekat'.

Keputusan terkini?.. Dua kosong? Apa yang dua apa yang kosong.. Dua adalah dua orang.. Kosong adalah kosong info.. Taktahu lagi situasi terkini.. Kena berjalan jalan tengok blog lain la pasni.. Terdengar juga kat TV tadi.. Tapi sayup sayup je.. Jadi tak mau le memberi maklumat yang kurang tepat..

Jom sama sama cari jawapan..

Rupanya Piala Suzuki AFF 2010

Malam tadi tv telah di conquer oleh sang penggemar bolasepak. Jadi misi nak menonton cerita Hani- Slot Lestary tv3 telah dikalahkan oleh Piala Suzuki AFF 2010. Dengan berbekalkan jaringan 3 berbalas 1.. makanya si peminat Slot Lestary ini terpaksa la akur dengan keputusan pengadil.. Bagi can le kat mereka mereka nak menonton Perlawanan Bolasepak Piala Suzuki AFF 2010. Kang menangis teresak esak.. kesian pula.

Join sekaki?.. Hehe.. Paksarela la.. dah keputusan macam tu. Apapun tahniahla Malaysia layak ke Separuh Akhir Piala AFF Suzuki ye.. (Suzuki tu kanke motor.. dah boleh taja perlawanan Bolasepak pula ye..)

Syok juga ke layan bolasepak ni?.. Bersukan?.. ui.. dah lama bersara sukan sukan ni.. Nak kena bersenam balikla camni.. Penting untuk kesihatan. Pandai Cakap Kenala Buat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...