Nak Souvenier best?

Jom Tonton Piala Suzuki AFF 2010 LIVE

PUTRAJAYA: Orang ramai dijemput ke Dataran Putrajaya untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF menerusi Skrin LED Gergasi antara Malaysia dan Indonesia pada Ahad ini.

Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Samsudin Osman berkata perlawanan itu boleh disaksikan bermula 8 malam.

"Pemasangan skrin LED gergasi ini memberi peluang kepada warga Putrajaya untuk sama-sama menunjukkan semangat dan sokongan kepada pasukan bola sepak negara sewaktu berlangsungnya perlawanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad ini," katanya dalam satu kenyataan.

Perlawanan akhir kedua bagi merebut Piala Suzuki AFF, yang akan berlangsung di Jakarta pada 29 Dis, akan turut disiarkan menerusi skrin gergasi di Dataran Putrajaya mulai 8 malam.

"Memandangkan inilah kali pertama pasukan Malaysia mara ke perlawanan akhir bagi merebut Piala Suzuki, warga Putrajaya turut bergembira dan berpeluang menyokong pasukan negara di tempat sendiri," katanya. – BERNAMA

~Ada ke sesiapa akan ke sana?. Jom meriahkan.. Mana lagi best.. Tonton live kat stadium ke, live kat warung mamak ke, live kat rumah?

9 comments:

mimmie said...

jom ..jom.jom..sy ke stadium esokk...baru semangat...

ardinihumaira said...

cik abang dni ke stadium besok :D

kay yea said...

sy ke stadium~ wpn uma kat putrajya..hee :D

Rohani Hashim said...

uuuu,
hany for sure takkan dapat ke stadium.

pastuh bile ajak hubby tgk kat mana2 kan...jawapan dia mcm ni

baek tgk kt umah, buleh guling2...

maka kat romah je la yer...heheh yg pasti WAJIB TONTON hehehe

atien said...

nur ?: atien cadng pon nk tengok jugk .. he3 ..
just nak jalan2 .. jom3 .. =)

apdm said...

salam

hoho...minatnya dia :)

Mama Zharfan said...

Mr hubby sibuk nak tgk live kat tenet ajer ni :)

aidillah HAIMI said...

tak dapat pergilah pulak. tunggu je la keputusan kat berita. hehehe

Sharinginfoz said...

yes malaysia mendahului indonesia 1-0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...