Nak Souvenier best?

Argh! Period pain! Senggugut.. 1


Pengenalan

Pendahuluan

Senggugut kerap dialami oleh golongan wanita yang masih datang haid. Ia sering kali menjadi keluhan kerana ia menganggu kerja-kerja seharian, dan menjadi sebab utama mereka tidak pergi ke sekolah atau kerja.

Definisi Apakah itu Senggugut?

Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.

Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.

Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea". Terdapat dua jenis senggugut.

Senggugut Primer

Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula.

Senggugut Sekunder

Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:

  1. Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
  2. Cyst Ovari dan tumor
  3. Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  4. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  5. Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  6. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.

12 comments:

fefiqah said...

oh! period pain.. skt kot!.
cmner nk bg ilang period pain 2?

cacing said...

period ni macam bom jangka tuk perempuankan... fuh... bahaya tu.... =)

atien said...

nur : Ohhh ,,, senggugut menyakit kan bg atien !!!! .................

cik lya said...

benci ngan senggugut :(

Mama Zharfan said...

kebykan tp tak semua ladies mengalami..me dulu2 ada sikit2, now dh tak de..syukur

teratai said...

salam nur,

memang senggugut amat menyakitkan,tp nasib baik kak boleh pulih dgn makan panadol atau panadol mentrual.

turial dropdown untuk tajuk2 entry tu yg nur maksudkan ialah scrollbox utk blog archive ke? Yg tu nur boleh lihat di link ini

meletak scroll box di blog archive

harap2 membantulah ya..:)

teratai said...

salam nur,
ni satu lg tutorial utk dropdown menu bagi label..

dropdown menu utk label

Hairun Azmi said...

OOOOOOOOOOOO.....

Sheherazade said...

PMS oh PMS

baincardin said...

*Jom 'belasah Part 5' plak! ^_^

Ibu Muda 30series said...

dah lama x kena senggugut ni..hihi..sejak kawen ni, ada p'od "2 kali je"

Nak hadiah Beads Blouse? Jom Join GiveAway ni

Entry Terkini:

Ragam Keluarga Inchik Moza - Bila kakak pakai baju melayu
Dunia Aku Ibu Muda - Orang lain pon nak smayang jugak

armouris said...

lagi info tentang senggugut di SIHAT SELALU - Kurangkan Sakit Senggugut Dengan Bertungku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...