~Apakah nombor pendaftaran kereta kawan kawan? Atau berangan untuk dimiliki suatu hari nanti? Atau pernah ada pengalaman bida nombor pendaftaran?
KUALA LUMPUR - Keputusan penuh tender nombor pendaftaran MCA akan dipamerkan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dan boleh disemak melalui laman web JPJ di www.jpj.gov.my mulai pagi ini.
Sebanyak 965 permohonan tender telah diterima oleh JPJ bagi pendaftaran kenderaan 'MCA', siri nombor 1 hingga 9999 bermula 24 November hingga 14 Disember lepas.
"Antara nombor pendaftaran yang ditender pada harga tertinggi adalah nombor pendaftaran 'MCA 1' pada harga RM300,100, 'MCA 2' pada harga RM101,000 dan 'MCA 8' pada harga RM88,168," menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan di sini semalam.
Katanya, tender nombor pendaftaran terbanyak diterima oleh JPJ adalah 'MCA 888' dengan 15 bidaan tender yang ditawarkan pada harga RM15,400.
Nombor pendaftaran siri 'MCA 1' merupakan nombor pendaftaran yang mendapat bidaan tender harga tertinggi diikuti dengan siri 'TAY 1' yang ditender pada harga RM242,000 dan 'TAN 1' yang ditender pada harga RM200,900, katanya.
Katanya, menerusi bidaan proses tender dan tempahan nombor pendaftaran siri 'MCA', JPJ dijangka mengutip sebanyak RM1.5 juta sebagai hasil kerajaan.
9 comments:
salam nur
plat no istimewa memang jadi rebutan,org byk duit sanggup byr
dasat betul..bole beli keta sebijik dah tu..
New Topic: "Coupling" Trend
uishkk..giler haper...
dni nak plat DNI ado tak :D
kalo betui2 kaya ..pun rasanya membazir je.
kalu beli rumah dapek bungalow tu
Boss saya byr beratus ribu hnya kerana ingin memiliki no pendaftaran yg cantek. hehe ..
Nur salam kenal
Org duit terlebeh, buang2 mcm tu jer bknnyer nak campak kat kita.
Gila kah kah...
no plat lagi mahal kot dari kereta
banyak sungguh duit depa..mai bagi sini sket...
Langkawi
Post a Comment