Senarai Jalan KL ditutup sempena Sambutan MERDEKA.
KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka di sini akan ditutup kepada semua kenderaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia, bermula dari 10 hingga 16 Sept ini.
Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata jalan terbabit akan ditutup secara berperingkat mulai 6 pagi, 10 Sept bagi tujuan persiapan dan latihan serta sambutan sebenar pada 16 Sept.
"Terdapat jalan yang akan ditutup seawal 4 pagi bagi tujuan persiapan dan penutupan jalan akan dilakukan pada setiap tarikh itu dan akan dibuka semula setelah acara selesai," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.
Jalan berkenaan ialah Jalan Travers, Jalan Mahameru, Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara), Jalan Lembah, Jalan Perdana (Masjid Negara), Bulatan Hishamuddin, Jalan Hishamuddin Jalan Tembusu, Jalan Cenderasari, Jalan Kinabalu, susur Bukit Aman dan Jalan Raja.
Jalan lain turut ditutup ialah Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Lebuh Ampang dan Jalan Tun Perak, Bulatan Dato Onn, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Dang Wangi dan Jalan Mahkamah Persekutuan. - BERNAMA
TALIAN UNTUK MAKLUMAT PERHIMPUNAN BERSIH 2.0, 9JULAI 2011.
O3 2146 0524 atau
2146 0525.
Semoga dapat membantu kawan kawan semua yang memerlukan maklumat .
Selain itu boleh rujuk;
PETA LALUAN UNTUK JALAN DI KL DAN STESEN LRT SERTA KTMB YANG BEROPERASI SEBAGAI PUSAT HENTIAN TEKSI DAN BAS:
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/gambar-peta-untuk-hentian-lrt-yang.html
SENARAI JALAN YANG DITUTUP: BERMULA TENGAH MALAM INI..
RM300,100.. Serius ke?
~Apakah nombor pendaftaran kereta kawan kawan? Atau berangan untuk dimiliki suatu hari nanti? Atau pernah ada pengalaman bida nombor pendaftaran?
KUALA LUMPUR - Keputusan penuh tender nombor pendaftaran MCA akan dipamerkan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dan boleh disemak melalui laman web JPJ di www.jpj.gov.my mulai pagi ini.
Sebanyak 965 permohonan tender telah diterima oleh JPJ bagi pendaftaran kenderaan 'MCA', siri nombor 1 hingga 9999 bermula 24 November hingga 14 Disember lepas.
"Antara nombor pendaftaran yang ditender pada harga tertinggi adalah nombor pendaftaran 'MCA 1' pada harga RM300,100, 'MCA 2' pada harga RM101,000 dan 'MCA 8' pada harga RM88,168," menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan di sini semalam.
Katanya, tender nombor pendaftaran terbanyak diterima oleh JPJ adalah 'MCA 888' dengan 15 bidaan tender yang ditawarkan pada harga RM15,400.
Nombor pendaftaran siri 'MCA 1' merupakan nombor pendaftaran yang mendapat bidaan tender harga tertinggi diikuti dengan siri 'TAY 1' yang ditender pada harga RM242,000 dan 'TAN 1' yang ditender pada harga RM200,900, katanya.
Katanya, menerusi bidaan proses tender dan tempahan nombor pendaftaran siri 'MCA', JPJ dijangka mengutip sebanyak RM1.5 juta sebagai hasil kerajaan.

