IPOH – Dua puluh tujuh orang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di KM 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan seorang di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Katanya, bas dua tingkat milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah itu membawa 37 pelancong Thai, manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.
Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.
Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.
Zakaria berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang. – Bernama
~Sempat tengok sikit je sedutan berita kat tv3 tadi.. Jadinya mencari di kosmo.. dan jumpa la ni.. Gambar kemalangan belumm agi di gugel.. Nanti mesti ada orang yang update ye..

2 comments:
huhuhu..jumaat ni nk g cameron..
mia
berhati hati
Post a Comment