Nak Souvenier best?

Datuk Lee Chong Wei Menang di Hong Kong

~daripada kosmo.. Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei yang memenangi perlawanan badminton itu.. Bangga kan ada Wira Negara macam dia ni.. Lagi satu Datuk Nicol David.. Emm bila Azizul Hasni nak dapat gelaran Datuk pula ye?..

HANYA memerlukan 31 minit, satu tempoh singkat sebelum menyaksikan Datuk Lee Chong Wei mudah merangkul kejuaraan acara perseorangan lelaki Siri Super Terbuka Hong Kong semalam.

Lawannya dari Indonesia, Taufik Hidayat hanya mampu memberikan saingan sengit pada set pertama sahaja sebelum longlai menyerah kalah kepada Chong Wei yang menang 21-19, 21-9.

Ini merupakan kejuaraan kelapan Chong Wei tahun ini selepas berjaya menawan Terbuka Korea, Terbuka Malaysia, Seluruh England, Terbuka Macau, Terbuka Jepun, Terbuka Indonesia dan Grand Prix Malaysia.

Manakala daripada rekod pertemuan, ini merupakan kemenangan ke-10 Chong Wei ke atas Taufik daripada 16 perlawanan yang dilalui sepanjang karier mereka.

Kejayaan di Terbuka Hong Kong ini sekurang-kurangnya berjaya mengubati kekecewaan Chong Wei, 28, yang tewas pada perlawanan akhir penentuan pingat emas perseorangan lelaki Sukan Asia Guangzhou kepada Lin Dan, bulan lalu.

Cuma hasrat Chong Wei untuk membalas dendam di sini dan mengulangi kejayaan menewaskan pemain China itu di Terbuka Jepun pada September lalu tidak kesampaian.

Ini kerana Lin Dan turut menyertai Terbuka Hong Kong kali ini tetapi tiba-tiba menarik diri daripada beraksi di suku akhir menentang pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh atas alasan mengalami kecederaan pinggang.

Chong Wei menewaskan Nguyen di separuh akhir selepas itu.

Seperti berpakat, turut menarik diri daripada beraksi di suku akhir adalah seorang lagi pemain China, Chen Jin yang sepatutnya menentang Chong Wei.

8 comments:

Miss PIJAOSIX said...

nur,

tak sabr nak tgk bola pulak..:)

Aida Tamrim said...

Taufik Hidayat dah tak brapa nak power ker skrg ni..hehehhe

Nmpknye, tnggal Lin Dan je la lawan yg tak terlawan dek Dato' LCW ni kan... :D

|| NaFiRaa || said...

tahniah buat datuk.. tapikan~ teringin sgt nak tengok datuk kalahkan lin dan..:)

lady-D said...

nsb baik lin dan & chen jin trk diri kalo x kene keje keras la sket..dah rezeki LCW..tahniah2..msia boleh !

nur said...

pija- harap ada can le menang ye
ALL IN ONE

nur said...

adialuze
ha ah kan.. taufik makin tak berupaya la

nur said...

nafira.. di lain hari kot

nur said...

d la.. betul3.. rezeki dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...