Nak Souvenier best?

Menyediakan Kelas Seks Serta Menayangkan Video Lucah

JOHOR BAHRU: Seorang guru tuisyen yang mengajar mata pelajaran Matematik ditahan polis kerana dikatakan turut menyediakan kelas seks serta menayangkan video lucah kepada seorang pelajarnya.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan sejak bertahun lalu dan ia terbongkar apabila pelajar lelaki terbabit yang berusia 17 tahun dari Skudai di sini, menceritakan perkara berkenaan kepada keluarganya, kelmarin.

Berikutan itu, bapa pelajar berkenaan membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Skudai di sini semalam dan bertindak atas laporan itu, polis menahan guru tuisyen lelaki terbabit yang berusia 30 tahun pada jam 11 pagi.

Dalam laporan berkenaan, bapa mangsa mendakwa guru terbabit dikatakan melakukan gangguan seksual dengan menayangkan video lucah serta meliwat mangsa sebanyak dua kali iaitu pada November 2008 dan Mei 2009.

Dia juga didakwa pernah melakukan seks oral dan mengajar teknik beronani kepada remaja terbabit yang kini sudah menamatkan pengajian tingkatan lima.- metro

~Terkejut bila baca berita ni! Harapkan pagar, pagar makan padi. Macamana seorang guru tergamak melakukan perbuatan begitu kepada pelajarnya.. Guru adalah profesion mulia.. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. Rasanya selepas ni semua bakal guru kena tapis betul betul.. Bayangkan kalau jadi kat anak anak kita? Dapat pengajar yang macam ni.. Sanggupkah kita?  Semoga dia mendapat hukuman yang adil..

9 comments:

MOMMY CGG said...

upss...

spechless trus

Encik MamaT said...

waduh2.... macam2 zaman sekarang ni

Mustaffa Khairul Azzam said...

erk...takot..sekolah mane la nie..
dah la dekat Skudai...

Cikpuan Qiqi said...

cmno la kes buang bayi nakstop kalo cikgu pon ajar bende xsnonoh ni....

tu cmne la 2 kalo yg subjek nk diajar kat skolah tu..hope de pemantauan dr pihak atsan..jgn bio je cikgu2 ni ajar tnpa pemantauan..cam nur kate..

Harapkan pagar, pagar makan padi..huh

Afiq Din said...

huyyo.. cikgu2 pon dah makin extreme..

Qaseh Dalia said...

ni bukan mengajar ni kurang ajaran

azzey said...

nur: mmg kurang ajar punya cikgu nih....

Zali said...

cikgu tusyen la tu!!! bukan cikgu sekolah!!! tolol betul la. ni la akibatnyep bila orang bukan bidang pendidikan jadi cikgu. padahal takde kelulusan cikgu pon nak ngajar tusyen. tolol!!

Anonymous said...

Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

- Daniel

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...