Nak Souvenier best?

Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts

Untungla Jadi cikgu..

Untungla Jadi cikgu..

Nur~Memang tabik springg la dengan guru-guru sebab boleh hafal nama anak anak murid. Dan lepas tu, dah bertahun tahun tak jumpa siap boleh cam lagi anak murid dia.. siap boleh ingat nama dan siap dengan nama bapaknya sekali kan?..

Selasa depan saya akan memulakan tugas selepas hampir 100 hari bercuti. Nervous betul.. Saya paling risau saya lupa nama cikgu-cikgu di sekolah. Hehehe..teruk btul. Bukan apa..saya ni, dahlah jarang berjumpa dengan diaorang. Nama pula ramai yg sama nama. Nama Rohana ade 3 orang, Anita ade 2 orang. Ada yang sama nama tapi ejaan berbeza. Janganlah salah panggil nama...
Dah tu risaukan terlupa nama anak murid saya. Lebih-lebih lagi kelas yang saya masuk ajar 1 subjek je seperti Muzik dan Seni. Entah-entah mereka yang dah lupa saya..hehe. Dulu cikgu gemuk sekarang dah kurus (perasannya!).~~ petikan dari blog http://miszsephia.blogspot.com/

Penjelasan murid tak dibenar duduki UPSR

Penjelasan murid tak dibenar duduki UPSR


Semalam nur ada post kan tentang cerita budak tak dibenar duduki UPSR: http://nurhafiz2009.blogspot.com/2012/09/takut-prestasi-sekolah-jatuh-ke.html. Skeptikal juga la masa tu. Namun bila dah baca komen beliau kat bawah ni nur rasa sesuatu harus dilakukan supaya perkara macam ni dapat diatasi. Kesian kat pihak sekolah dan kesian juga pada budak tu. Macamana nak buat?



Sufia Mahzan said...

Murid sekolah rendah tak boleh dibuang sekolah :)


Inilah dilema pihak sekolah kerana walaupun murid tu dah berbulan-bulan tak datang, hari dia datang kalau ada exam, dia boleh juga sit for exam(kalau dah register). 

Kesian juga untuk cikgu dan sekolah kerana sikap murid dan ibu bapa yang macam ni. Janganlah terus salahkan pihak sekolah dan kredibiliti guru besar :)

Tak Dibenar ambil UPSR?


~Rasanya tahun lepas dah ada isu budak tak dibenar ambil UPSR.. Tahun ni masih berlaku? Macamana tu?..
RAWANG - Seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) Bukit Beruntung di sini mendakwa telah dilarang daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula semalam kerana dikhuatiri boleh menjejaskan reputasi dan imej sekolah tersebut.
Bapa pelajar berkenaan, Mahadzir Mokhtar, 42, berkata, dia amat terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan guru besar sekolah itu bahawa anaknya, Muhammad Faiz, 12, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut.
"Saya telah menghubungi pihak sekolah semalam (kelmarin) untuk bertanyakan status UPSR anak saya dan berkesempatan berbual dengan salah seorang guru dan kemudian disambungkan kepada guru besar terbabit namun jawapan yang diberikannya itu cukup mengejutkan," katanya ketika ditemui di sekolah tersebut semalam.
Tambah Mahadzir, pada hari yang sama, anaknya juga telah menemui guru besar berkenaan dan diberitahu tidak perlu hadir ke sekolah.
Disebabkan sikap guru besar tersebut, anak ketiganya itu katanya, enggan hadir menduduki UPSR meskipun telah beberapa kali dipujuk.
"Perkara ini jelas menafikan hak anak saya menduduki UPSR namun lebih mengecewakan adalah sikap guru besar tersebut yang seolah-olah anak saya sahaja yang akan menjejaskan imej sekolah berkenaan.
"Saya akui Muhammad Faiz kerap tidak hadir ke sekolah kerana menghadapi beberapa masalah termasuk masalah kesihatan namun itu tidak boleh dijadikan alasan melarangnya daripada menduduki UPSR," tegasnya.
Kecewa dengan insiden tersebut, Mahadzir yang juga seorang perunding tuntutan di sebuah firma guaman telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Sentosa dan mengemukakan aduan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran Selangor, Mahmud Karim ketika dihubungi memberitahu, beliau telah dimaklumkan berkenaan isu tersebut tetapi masih menunggu laporan lanjut mengenainya.
Pada tahun lepas, lima pelajar dari Sekolah Kebangsaan Teluk Sara, Baling, Kedah dilarang menduduki UPSR oleh guru kerana bimbang prestasi sekolah akan terjejas.
Kejadian yang sama turut berlaku di Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor, Sarawak apabila tiga orang pelajar telah dilarang untuk mengambil peperiksaan tersebut.

Sekolah Menengah 4 Tahun je?

Sekolah Menengah 4 Tahun je?

Itu antara perkara yang dibentangkan dalam pelan pendidikan yang terbaru tu kan. Untungla budak-budak sekolah menengah ni nanti ye.. 

Whoops, jangan salah faham. Bukan SEMUA pelajar tetapi hanya mereka yang berkelayakan. Iaitu mereka yang terlebih bijak dari rakan-rakan lain. Maksudnya ayat yang betul adalah, 'pelajar sekolah menengah boleh menamatkan pengajian dalam masa 4 tahun".. Ada faham?

Ini macam dulu yang mana budak sekolah rendah yang boleh lompat-lompat kelas tu kan.. Oh ya.. ada yang boleh tamatkan pengajian sekolah menengah lebih awal? setahun ? dua tahun?.. ha.. ada.. dengan syarat mereka berhenti sekolah la.. haha.. (lawak je tu..)

Okeyla. 
Apa pandangan kawan-kawan dengan pelan terbaru ini? Bila mula nak laksana?

Untungla Jadi Cikgu vs Untungla Jadi Housewife.

Untungla Jadi Cikgu vs Untungla Jadi Housewife.

Sejak dua menjak ni heboh tentang betapa beruntungnya jadi cikgu ye?.. Siapa kata gitu? Ada la kan Nur terbaca beberapa entry yang mengupas tentang tu. Nur malas nak debat debat kat sini. Setiap kerjaya tu semua ada pros dan kontras. Kebaikan jika kita buka minda dan jadikan ia positif dan begitu juga sebaliknya. Lu pikirlah sendiri kan. Cuba fikir betapa Untungnya Jadi Cikgu bila ilmu yang diajar itu akan berganda pahalanya walaupun cikgu tu dah tiada di dunia ini.. 

Apa kes dengan housewife pula?.. Untungla jadi housewife ye? Duk rumah goyang kaki rilek rilek aja?.. Siapa cakap gitu.. Helloooo.. Housewife pun kerjaya juga tau..Lagi hebat lagi penat kerja sebagai housewife. Tapi kemanisannya bila dapat uruskan sendiri rumahtangga dan anak-anak, maka segala kepentan itu tidak terasa. Bila dah setel kerja, bolehla update blog ye?.. Kalau kat tempat kerja waktu rehat je boleh berblogging.. Nanti kalau tak dilabel curi tulang pulak ye..

Ada guru yang melarikan diri..

kosmo:

Pelbagai pengalaman ditimba Haji Mat sepanjang khidmatnya dan rata-ratanya merupakan kenangan indah yang membuatkannya bertambah sayang kepada Kuala Mu.
Namun, sudah tentu ada beberapa kisah pahit yang masih belum luput daripada ingatan, antaranya ialah berdepan kerenah guru-guru yang ditugaskan di kawasan tersebut.
Menurut Haji Mat, ada guru yang melarikan diri pada waktu tengah hari selepas melaporkan diri pada waktu pagi dan ada juga yang hanya mampu bertahan selama seminggu ataupun sebulan sahaja.
Namun baginya, bertugas di Kuala Mu tidak sukar sekiranya seseorang pendidik itu memiliki kekuatan fizikal dan mental sama rata. Paling penting, menurutnya, adalah semangat survival yang tinggi.
Murid-murid Orang Asli di sekolah itu sememangnya istimewa pada pandangan Haji Mat. Walaupun mereka tidak sehebat anak-anak di bandar, namun mereka tidak buta huruf malah amat mendengar kata dan mudah dibentuk.
KETAHUILAH JASA GURU TIDAK TERNILAI..

UCAPAN HARI GURU.

~Walau dah lepas masih belum terlambat untuk menghayati perutusan ini...

10. Pertama, menyedari betapa mustahaknya anak-anak kita mempunyai tahap kesihatan dan kecergasan yang tinggi untuk membolehkan mereka menjadi manusia yang cerdas, maka saya telah memperkenalkan Dasar 1Murid 1Sukan. Dasar ini memberi peluang kepada setiap murid untuk melibatkan diri dalam acara sukan yang digemari dengan tujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan mereka. Seperti kata pepatah Arab, “Al-‘aqlu al-salim, fi al-jismi al-salim”, yang bermaksud akal yang sihat terletak pada badan yang sihat.
11. Kedua, saya juga telah memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kita sedar bahawa penguasaan bahasa Melayu adalah amat penting untuk memastikan setiap murid dapat menguasai ilmu yang diajar dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa Kebangsaan negara kita dan bahasa pengantar di sekolah. Usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu dimulakan di sekolah lagi supaya anak-anak kita mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada bahasa Kebangsaan yang merupakan bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di negara kita.
12. Pada masa yang sama, kita juga sedar bahawa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid adalah amat penting untuk membolehkan mereka berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa utama di dunia. Maka, di bawah dasar MBMMBI ini, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menambahbaik pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah. Ini termasuklah dengan menggunakan khidmat kepakaran guru penutur jati bahasa Inggeris yang ditempatkan di Institut Pendidikan Guru dan di zon-zon tertentu untuk melatih guru-guru meningkatkan ilmu dan kemahiran mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris.
13. Ketiga, selaras dengan keperluan untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif untuk memacu kemajuan negara, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang memberi penekanan kepada pemupukan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya yakin transformasi kurikulum yang dilaksanakan pada tahun ini akan membuka lembaran baru kepada guru-guru untuk meneroka kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif untuk mengasah bakat dan daya kreativiti murid secara lebih berkesan.
14. Keempat, untuk memastikan pendidikan negara mampu melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, maka saya telah memberi tumpuan khusus kepada program transformasi pendidikan teknik dan vokasional. Sebagai langkah untuk memastikan murid mendapat pendidikan vokasional dan kemahiran yang berkualiti, maka KPM akan mengambil guru vokasional dan kemahiran baru yang diiktiraf dari pasaran terbuka seperti pusat latihan kemahiran tinggi dan universiti teknikal awam. Proses pengambilan guru-guru tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka mencecah 10,000 orang menjelang penghujung 2015. Dengan pelbagai usaha yang dilaksanakan untuk memperkasa pendidikan teknik dan vokasional, insyaAllah, kita akan berjaya meningkatkan peratusan pelajar aliran teknikal dan vokasional daripada 10 peratus kepada 20 peratus menjelang tahun 2015.
-mstar.

Menyediakan Kelas Seks Serta Menayangkan Video Lucah

JOHOR BAHRU: Seorang guru tuisyen yang mengajar mata pelajaran Matematik ditahan polis kerana dikatakan turut menyediakan kelas seks serta menayangkan video lucah kepada seorang pelajarnya.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan sejak bertahun lalu dan ia terbongkar apabila pelajar lelaki terbabit yang berusia 17 tahun dari Skudai di sini, menceritakan perkara berkenaan kepada keluarganya, kelmarin.

Berikutan itu, bapa pelajar berkenaan membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Skudai di sini semalam dan bertindak atas laporan itu, polis menahan guru tuisyen lelaki terbabit yang berusia 30 tahun pada jam 11 pagi.

Dalam laporan berkenaan, bapa mangsa mendakwa guru terbabit dikatakan melakukan gangguan seksual dengan menayangkan video lucah serta meliwat mangsa sebanyak dua kali iaitu pada November 2008 dan Mei 2009.

Dia juga didakwa pernah melakukan seks oral dan mengajar teknik beronani kepada remaja terbabit yang kini sudah menamatkan pengajian tingkatan lima.- metro

~Terkejut bila baca berita ni! Harapkan pagar, pagar makan padi. Macamana seorang guru tergamak melakukan perbuatan begitu kepada pelajarnya.. Guru adalah profesion mulia.. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. Rasanya selepas ni semua bakal guru kena tapis betul betul.. Bayangkan kalau jadi kat anak anak kita? Dapat pengajar yang macam ni.. Sanggupkah kita?  Semoga dia mendapat hukuman yang adil..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...