KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa Tasik Kenyir, Terengganu, tidak dicemari dengan bakteria Escherichia coli (E-Coli) sebagaimana didakwa beberapa akhbar awal bulan ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, tinjauan serta siasatan terhadap tahap pencemaran tasik itu dibuat pada hari Ahad lepas dan air mentahnya didapati berada dalam julat yang biasa.
Beliau berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu mengambil sampel air mentah dari tujuh 'Houseboat' dan dua pusat peranginan di kawasan itu, dan ia dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri untuk dianalisis.
"Keputusan dua hari lepas mendapati tahap pencemaran E-Coli adalah pada tahap 2 hingga 920 MPN/100ml, di mana ia adalah jauh di bawah tahap maksimum kesesuaian sebagai air mentah iaitu pada 5000 MPN/100ml berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, penemuan bakteria E-Coli adalah satu kelaziman di dalam permukaan seperti tasik dan sungai kerana ia tersebar luas. - Bernama
~Haritu ada post tentang berita ni.. Jadi ni sebagai susulan berita yang tersebut... So, bolehla pergi bercuti2 ke sana atau memancing ke sana..
4 comments:
sebut pasal E. Coli..wah!! x sabar nak start kelas lusa..huhu..belajar bio!! yippie!!
tak pernah sampai ke tasik tu..
eyack..ecoli..ehehe
salam nur,
Alhamdulillah Tasik Kenyir bebas dripd bakteria tu...sbb air tasik tu merupakan pembekal air bersih kpd pduduk di Trengganu nih!
Post a Comment