Nak Souvenier best?

MARI MENDERHAKA

Seorang Pak Pandai sedang meyalin resepi dari blog CMG untuk dimasaknya nanti.. Sambil Masak sambil baca blog Ben Ashaari yang glamer tu.. Sedang menyalin.. Lagi ligat otak otaknya berputar..

AYAM DARA GORENG KUNYIT....
fewitt.. nama tajuk pun dah sodap.. mesti sedap masakanku nanti..

BAHAN-BAHANNYA :-) Nak kena pergi beli awal awal pagi nanti.. Kat Pasar Mat Gebu- sebab barang2nya murah..

1 ekor ayam kampung "dara", dipotong 8 atau 10 bahagian
- Ekor ayam je ke?.. oh senang sangat ni.. tunggu je kat tempat orang jual ayam tu mintak ekornya..jimat le duit.. ramai yang tak suke makan ekor ayam a.k.a tongkeng ayam ni..
-Nak kerat 8?.. Mak ai.. halusnye.. resepi ni nak bagi makan kat orang2 kenit ke apa ni?

4 inci kunyit hidup*
-Camno la nak tau kunyit tu hidup lagi ke dah mati.. agaknya rendam dalam air kot nak bagi hidup.. ala macam ikan emas tu..

3 ulas bawang putih*
- bawang putih da habis stok.. pinjam kat citarasa rinduan la.. dia bukak restoren.. tentu banyak stok dia

3/4 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk halus)
-hitam itu menawan.. hmm.. kalau merah lagi ceria.. gantikan aje dengan lada merah macam redmummy

Garam secukup rasa
-garam?.. nak guna garam bukit la.. bukit mana ye?.. bukit tinggi ke bukit merah laketown resort?

Secubit gula halus
-Kesian gula tu kene cubit.. Tapikan kempen kat TV suh masukkan 'hanya sesudu gula'.. Nak ikut kempen ke nak ikut CMG ni?

CARA MEMBUATNYA :-)
Ayam dibersihkan, tak payah buang kulit. Perap dengan garam dan jus lemon selama 15 minit, cuci kembali, toskan dan cucuk ayam tadi dengam garfu. Ketepikan.

-kulit jangan buang.. tapi bulu bulunya jangan lupa buang ye.. kang sangkut kat tekak.. sapa yang susah nanti.. CMG juga.. sebab dia yang wat resepi ni..

Lumur ayam tadi dengan bahan tumbuk halus, perasakan dengan garam secukupnya dan tambah secubit gula halus, gaul rata dan perap semalaman atau sekurang2nya 10 jam dalam peti sejuk.

-Bahan lumuran ini juga sesuai untuk dilumurkan pada wajah anda untuk kelihatan menawan bak Shahazrin , Syafiq Rosli , Dauspozi , Ujang9897, zaMir.. (jangan marah ye.. saje gurau2)

Goreng dalam minyak panas menggunakan api sederhana hingga ayam empuk. Kemudian besarkan api sekejap untuk menggaringkan bahagian luar ayam. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Hidangkan panas..

-Kalau nak hidangkan sejuk pun boleh juge.. Letakla ice.. hehehe.. atau simpan dalam freezer semalaman..


~rekaan semata.. pihak terlibat jangan kecik ati yer.. credit to Ben & CMG
My Photo

7 comments:

Dauspozi said...

ahahaha... daus menawan ye.. kah3

Shahazrin said...

WAH!!! mesti best nie...

Syafiq Rosli said...

ahak..2 times myname..hehe

Mat Gebu said...

Tuu diaa..menderhaka tahap dewaa!!

Kalamhati said...

ahaks!..gud luck ye..=)]

Lachata Love said...

wahhh..best menderhaka nie..he3

Pendekar Berkuda said...

derhakanya dia...haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...