Nak Souvenier best?

Kuatkah Tulang Anda? 6

Pencegahan

Gen anda menentukan potensi ketinggian dan kekuatan rangka anda. Walau bagaimana pun, amalan cara hidup yang sihat, seperti pemakanan dan senaman boleh mempengaruhi kesihatan tulang anda. Mengamalkan cara hidup sihat melambatkan berlakunya kejadian osteoporosis dan tulang lambat menjadi rapuh. Senaman yang berkala amat diperlukan. Cuba lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu.

Dua jenis senaman yang penting untuk mengukuhkan kepadatan tulang bagi mencegah osteoporosis - senaman menggunakan pemberat dan senaman yang berterusan. Senaman penampung berat adalah senaman melibatkan kaki yang ditampung oleh berat badan sendiri. Bagi remaja senaman lompat tinggi menggunakan pemberat adalah sesuai. Jogging, lompat tali (skipping), menari aerobik dan melompat atas dan bawah ( up and down ) baik untuk kekuatan tulang.

Bagi mereka yang berusia , senaman ringan dan selamat, seperti berjalan, main tenis, berenang amat berguna tapi bukan senaman yang menggunakan pemberat. Untuk orang yang lebih tua, senaman menggunakan pemberat yang sederhana perlu bersesuaian dan selamat, seperti berjalan perlahan, kelas mengekalkan kecergasan, menaiki tangga 10 kali sehari, permainan tenis yang sederhana.

Berenang dan berbasikal bukanlah aktiviti senaman penampung berat. Senaman ketahanan adalah penggunaan kekuatan otot. Tarikan tendon pada tulang mampu meningkatkan kekuatan tulang. Sebagai contoh, tekan tubi, angkat berat atau menggunakan peralatan berat di gimnasium. Juga termasuk senaman mudah seperti mengangkat tin mengandungi makanan yang membantu menguatkan tulang di pergelangan tangan.

Amalan cara hidup yang boleh membantu mencegah osteoporosis termasuk:

  • makan makanan yang mengandungi zat kalsium yang tinggi - sekurang-kurangnya 1,000 mg sehari.
  • berhenti merokok -menghisap rokok berkaitan dengan peningkatan risiko osteoporosis.
  • hadkan jumlah pengambilan minuman alkohol. Disyorkan had 21 unit seminggu untuk lelaki dan 14 unit untuk wanita.

Mereka yang berusia dengan tulang yang rapuh boleh melakukan sesuatu bagi mengurangkan risiko tulang retak atau patah. Satu tindakan yang baik untuk memeriksa dan mengenalpasti perkara yang mendedahkan anda kepada bahaya seperti lingkaran wayar . Pastikan anda sentiasa memeriksa tahap penglihatan dan pendengaran. Sesetengah warga emas memakai pelindung khas pada pinggul untuk mengelakkan kecederaan semasa jatuh.

7 comments:

Pinky Pixie said...

minum susu pun dpt buat tulang jadi kuat kan. huhu

Anonymous said...

lepas nyusukan maira n pas beranak wat pertama kali baru terasa tulang sakit nak2 pinggang.kali nie preggy 2nd lagi teruk huhu

attyfir said...

minum susu anlene..nak kuat kan tulang..hihiihihi

mira_nas said...

tulang rapuh selalunya yang kena perempuan kan? eee.. takutnya

Unknown said...

nasib baik aku tiap2 hari minum susu.. :)

Miss PIJAOSIX said...

den tgh gigihkan diri minum susu tiap2 hari..almaklum la dah masuk 30 an...huhuuu

azzey said...

nur: beberapa bln sblm ni pnh cek tulang...so far okay...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...