~Sinopsis drama Gemilang dari tv3, Untuk yang belum mengetahui sinopsis drama Gemilang ini sila baca berikutnya,
Gemilang menyingkap kembali nostalgia Malaysia di lewat 70’an, di mana pembangunan dan kemajuan tanah air masih berada di peringkat pelancarannya. Selepas tamat universiti, Saifullah (Shahz Jaszle), seorang pemuda yang berwawasan telah menubuhkan Institut Gemilang, sekolah swasta yang pertama di kawasan pedalaman yang pernah didiami sewaktu kecil dahulu. Saifullah bertekad mahu mengubah nasib anak-anak remaja yang gagal dalam pelajaran menerusi Institut Gemilang yang menjadi satu platform dan juga peluang kedua untuk menjamin masa depan yang lebih baik.
Teman-teman rapat seperti Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla) turut serta menyokong perjuangan Saifullah dengan menjadi tenaga pengajar di Institut Gemilang membantu membimbing para pelajar yang telah gagal atau tidak dapat menduduki peperiksaan MCE (SPM) dan HSC (Tingkatan Enam). Saifullah yakin dengan kemampuan dirinya dapat mengubah hidup dan masa depan pelajar-pelajarnya. Kalau bukan semua, sekurang-kurangnya sebahagian daripada mereka. Dia berjanji tidak akan berputus asa terhadap mereka asalkan mereka tidak berputus asa ke atas diri mereka sendiri.
Antara salah satu episod menarik drama Gemilang juga menampilkan kisah seorang wanita miskin yang datang berjumpa Saifullah dan merayu supaya anak lelakinya dapat menjadi pelajar di Institut Gemilang. Melihatkan anak muda itu yang langsung tidak mempunyai minat dalam pelajaran, Saifullah meminta geran tanah daripada wanita tersebut sebagai ganti yuran pembelajaran. Apabila anak muda itu melihat ibunya sanggup mengorbankan satu-satunya harta mereka di dunia, barulah dia memahami erti pengorbanan serta kepentingan ilmu sebagai jaminan masa depan.

8 comments:
erm..cite ni best...
bnyk pengajaran..sempat tgk episod 2 ari tu...dah blk ni kne tgk on9 jela..huhu
ceta ni mmg best...semangat yang kuat dari pengalaman masa kecil utk memajukan anak2 bangsa...
Salam nur,
rajin juga ye menonton tv. kakak tak boleh menonton sebab takut nanti ada yg mengikut hingga lupa buku dalam beg.
sedang nonton cite ni skrg
baru tgk sekali je...tupun masa balik kampung..so tumpang baca sinopsis je sini :)
Assalamualaikum Nur
tak sempat nak layan tv
Wassalam
xsempat tgk...
Ibu kata cerita ni best..
Nanti lah sy tengok:)
xada masa lah:)
Post a Comment