Nak Souvenier best?

Showing posts with label nur kasih. Show all posts
Showing posts with label nur kasih. Show all posts

Sara Ali / Nur Kasih The Movie.

Baru je selesai membaca kisah atau SINOPSIS NUR KASIH THE MOVIE ni. Memang penangan cerita ni kuat betul kan. Kalau yang update blog, pasti ada je tentang cerita ni.. Sebab apa?.. Sebab best la kot.

Penghargaan buat h-n-idot blogspot.com dengan entry yang menarik itu.. Kalau dah baca cerita tu mesti mau nengok kan?..  Kalau kawan-kawan lebih suka seprais.. boleh je baca .. tak rugi pun.. Lepas tu bila dah tengok bolehla buat kesimpulan sendiri kan?..

Haritu ada menonton kat tv.. bukan cerita NUR KASIH THE MOVIE, tapi rancangan bual bicara MHI kot. Masa Hari Wesak tu.. Ada wartawan yang dijemput untuk komen cerita NKTM NI.. Katanya dia suka lakonan Sara Ali ni.. Siapa Sara Ali?.. Mengikut info dari blog h-n-i tu, gambar kat atas tu la Sara Ali. Berbakat ke dia?.. Tak sabar nak menontonnya.. Jom..

Lagi seorang, selain Muhsin, yang dapat pujian adalah Munif.. Tak tau siapa.. Boleh bagi info tak?

~Melayan lagu NKTM ni, best juga ye.. Dah lama tak layan lagu nyanyian Yassin.. Dulu, masa nama memuncak, memang banyak lagunya yang memikat hati.. Betulke OST NKTM ni Tiz Zaqyah yang nyayi ye?

Lirik Lagu Nur Kasih The Movie.

~Promo dah start dengan hebatnya ni.. Nak tengok ke tak nak?.. Nak tengok ke tak nak?

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih



-kredit: liriklagu.blogspot.com

Rahsia Cinta?..


Apa yang boleh diceritakan oleh gambar ni ye?.. Silala buat cerita sendiri masing-masing.

Drama Gemilang / Biodata Tiz Zaqyah Razak

NAMA:Siti Zaqyah Abdul Razak

NAMA GLAMOR:Tiz Zaqyah
TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988
ASAL: Kuala Lumpur
STATUS: Bujang
KARIER: Pelakon
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

MULA BERLAKON: 2006

DRAMA: Gol & Gincu, Impian Illyana & Nur Kasih
TELEFILEM: Bernafas Dalam Lumpur & Puaka Topeng Putih
PERWATAKAN DIRI: Mesra dan Ceria
WATAK IMPIAN: Seram, psiko & gila

Yang ni dapat dari SINI.

Google kan ni sebab semangat ingin tahu . Tak perasan pula yang dia berlakon juge dalam drama Gol & Gincu tu..

Nak tahu sinopsis Cerita Gemilang?.. SINI

nur kasih difilemkan

awaiting.....


Cinta tragis


Barisan pelakon Nur Kasih, (depan) Tiz Zaqyah dan Remy Ishak, (belakang dari kiri) adik Ilyas, Liza Othman, Fizz Fairuz dan adik Miasara.


PENANGAN sentuhan hebat pengarah prolifik, Kabir Bhatia dan tulisan skrip isterinya, Mira Mustaffa menerusi drama Nur Kasih masih terpahat di ingatan setiap penonton setia siri itu.

Tempiasnya, barisan pelakon yang membintangi drama itu seperti Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Ayu Raudhah menerima impak hebat apabila berjaya melonjakkan populariti mereka.

Atas permintaan ramai, siri itu meneruskan kesinambungannya tetapi bukannya di kaca televisyen lagi, bahkan ke layar lebar.

Baru-baru ini, Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) selaku penerbit bersama filem Nur Kasih mengundang wartawan ke Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang, Kuala Selangor untuk menyaksikan sendiri pembikinan filem itu.

Filem yang menelan kos pembikinan dan pemasaran sebanyak RM2.8 juta itu sudah pun selesai penggambaran pada 24 Julai lalu.

Menurut Kabir, proses penggambaran filem itu berjalan lancar.

Katanya, keadaan cuaca seakan-akan menyebelahi mereka tatkala penggambaran sedang berlangsung.

Penggambaran yang bermula pada 20 Jun itu dimulakan di lokasi tersebut selama empat hari sebelum berangkat ke Jordan selama 12 hari.

Selepasi Jordan, kata Kabir, penggambaran disambung di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur sebelum kembali semula ke Tanjung Karang.

Di Jordan katanya, penggambaran berjalan dengan lancar walaupun ada kekangan bahasa di kalangan krew di sana.

"Tidak semua krew di Malaysia mengikuti penggambaran di sana.

"Jadi, ketika di sana, kami menggunakan khidmat krew tempatan. Mujur ada di antara mereka yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris," ujar sutradara itu lagi.

Memandangkan Jordan merupakan sebuah negara padang pasir yang amat jarang turunnya hujan, Kabir menjangkakan ia peluang terbaik untuk menyiapkan penggambaran tanpa menghadapi masalah.

Sambil berseloroh, Kabir memberitahu, walaupun terselamat daripada hujan, dia terlupa dengan kejadian ciptaan tuhan yang dinamakan ribut pasir.

"Bagaimanapun, tiada apa yang serius berlaku ketika ribut pasir melanda. Kami akan berhenti sekejap sementara menunggu ribut tersebut reda.

"Bila keadaan kembali seperti sedia kala, penggambaran diteruskan," katanya berkongsi pengalaman di negara itu.

Dalam filem Nur Kasih, babak kemalangan yang melibatkan pelakon yang dirahsiakan wataknya merupakan antara yang agak mencabar untuk dilakonkan.

Kata Kabir, ia memerlukan kesabaran dan kepakaran yang tinggi. Tidak ada pelagak ngeri digunakan. Pelakon memberikan komitmen tinggi untuk menjayakan babak itu.

"Namun, babak itu akan dicampurkan dengan bantuan imej janaan komputer (CGI) bagi menambahkan lagi tarikannya," jelasnya.

Filem yang dijangka menjengah pawagam pada Mac 2011 itu akan menampilkan dua pelakon baru iaitu Sarah Ali dan Munif.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...