Skim Amanah Rakyat 1Malaysia.
KUALA LUMPUR - Sebanyak 100,000 isi rumah yang berpendapatan di bawah RM3,000 di seluruh negara berpeluang untuk membuat pelaburan melalui Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1M) yang akan dibuka mulai Isnin ini.
Golongan tersebut boleh membuat pelaburan dengan membuat pinjaman sehingga RM5,000 melalui empat buah bank yang dilantik iaitu Maybank, CIMB, RHB dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, skim tersebut tidak boleh dianggap sebagai skim cepat kaya namun, ia dilihat langkah terbaik mendidik mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk melabur demi masa depan.
Menurut beliau, Sara 1M tidak membebankan pelabur kerana mereka boleh membuat pinjaman di bank-bank terpilih tanpa perlu membayar faedah untuk tempoh lima tahun pinjaman berkenaan.
"Pulangan pelaburan bagi skim ini pula sebanyak 32.16 peratus memandangkan peminjam hanya perlu membayar RM84 daripada pulangan sebanyak RM124 sebulan yang bakal diperoleh dan mereka bakal untung sebanyak RM50," katanya.
ASB? Banyak nya Dapat..
KUALA LUMPUR : Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.
Agihan pendapatan ini meningkat sebanyak 0.20 sen seunit berbanding yang dibayar tahun lalu (2009: 7.30 sen seunit)
Peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM5.93 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 22% berbanding dengan RM4.86 bilion yang dibayar pada tahun 2009.
Peruntukan bagi pembayaran bonus pula membabitkan jumlah sebanyak RM603.34 juta oleh PNB.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji berkata, pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 7.04 juta pemegang unit yang kini melanggan lebih daripada 82.72 bilion unit ASB.
~Macamana ye nak kira.. Kalau ada RM50.00(bila la nuffnang nak bagi ni).. so kalau agihan pendapatan 7.50 dengan bonus 1.25 tu akan jadi berapa?.. Siapa pandai kira?..
