KOSMO:
Siapa Nak Meniaga Barangan Sukan.. Silalah..
KOSMO:
biasalah. kalau menang disambut bak wira. kalau kalah di kutuk bak katak puru
Keputusan Bola Sepak 28 Julai 2011: Kelayakan Piala Dunia: Singapura vs Malaysia: 1 - 1.
28 Julai 2011:
Meh tengok komen kat TWITTER.. random pick..
Kenapa Facebook Haramkan Kulit Album Nirvana, Nevermind?
Perlawanan Bola Sepak : Malaysia vs Singapura.. Siapa Kapten?
PENYERANG sensasi negara, Mohd. Safee Sali hampir pasti menggalas tugas sebagai kapten skuad Harimau Malaya pada aksi menentang Singapura pada aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Biarpun bekas kapten, Aidil Zafuan Radzak turut menjadi calon untuk menjadi pemimpin di atas padang, Safee dianggap sebagai calon yang lebih layak berdasarkan beberapa kriteria.
Safee, 27, merupakan pemain paling tua di kalangan 24 pemain negara dan satu-satunya pemain yang berpengalaman luas beraksi di liga luar negara iaitu bersama kelab Pelita Jaya di Indonesia.
Selain itu, Safee turut memakai lilitan lengan setelah kapten, Safiq Rahim dilayangkan kad merah pada minit ke-49 ketika aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu lalu.
"Kita tahu Aidil merupakan kapten sebelum Safiq. Tapi Aidil tak main pada dua perlawanan terakhir. Safee pula memiliki karakter, kesungguhan dan bertanggungjawab.
"Tapi hanya selepas sesi taklimat pasukan pagi esok (hari ini), saya akan buat keputusan rasmi siapa kapten," kata jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal selepas sesi latihan di Stadium Nasional petang semalam.
Sementara itu, Safee berkata: "Sebagai pemain paling senior, kalau dipilih saya sedia pikul tanggungjawab selaku kapten. Saya tak rasa ia akan menjadi beban."
Aidil pula berkata: "Siapa kapten tak penting. Saya mahu lebih beri fokus untuk perlawanan, mahu beraksi baik dan menang. Tapi jika diberi tanggungjawab kapten, saya akan terima dengan positif."
Dalam pada itu, Rajagobal turut memberitahu: "Kami akan pakai jersi biru. Ia memberi tenaga. Tapi penyokong bebas nak pakai jersi kuning atau biru."
Keputusan Pusingan Pertama Bola Sepak : MALAYSIA vs SINGAPURA 2011.
Berikut link link sepanjang Perlawanan tadi:
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/keputusan-bola-sepak-malaysia-vs.html
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/kad-merah-untuk-harimau-malaya.html
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/siaran-langsung-malaysia-vs-singapura.html
Maka Tahniah lah buat Pasukan HARIMAU MALAYA yang telah bertungkus lumus merapatkan jurang dari SINGAPURA 4 MALAYSIA 1 kepada Malaysia 3 dan Singapura 5.
Apakah faktor faktor yang menewaskan Malaysia?
Adakah sebab REFEREE yang tidak adil?
Permainan yang kurang bertenaga?
Atau
Nak salahkan KAD MERAH yang dilayangkan oleh Referee itu tadi? (salah player tu juge kan, siapa suh melawan..)
Ataupun..
Sebab rumput tiruan di STADIUM JALAN BESAR Singapura yang menjadikan Pasukan Harimau Malaya kalah TERUK kepada THE LIONS?..
Walhal pasukan Harimau Malaya tu dah lawan 3 GERGASI EROPAH oke.. ARSENAL, LIVERPOOL dan CHELSEA.. Jadi, mungkin kena friendly match dengan PELITA JAYA atau MENCESTER kot..
KAD MERAH UNTUK HARIMAU MALAYA!!
Tahniah le HM.
Kasihan..
Bukan sahaja game ni takleh main..
Next GAME kat STADIUM BUKIT JALIL pun tak boleh..
Aduii..
Boleh ke menang ni?..
GO HARIMAU MALAYA..
eh Siapa yang kena tadi?
Siapa ref tu?
Keputusan Bola Sepak : MALAYSIA VS SINGAPURA 2011. Kelayakan PIALA DUNIA.
singapura 4 Malaysia 1..
Atau nak salahkan PADANG TIRUAN SINGAPURA di stadium JALAN BESAR tu ke?
ibarat komen dari entry ini:
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/keputusan-bola-sepak-malaysia-vs.html
2 comments:
- Santri T.P.I.N.I said...
- 4-1 ? byk jgk tu...hrpla seri pun jd la tp menang lg baik...
- July 23, 2011 8:33 PM

- redzuan23 said...
- Padang rumput tiruan... kita sudah biasa dengan padang rumput asli..itu memberi kelebihan kepada pasukan singapura utk mencatat keputusan awal.. apa pun ,doakan kejayaan malaysia..
- July 23, 2011 8:34 PM

Keputusan Bola Sepak : MALAYSIA VS SINGAPURA 2011. Kelayakan PIALA DUNIA.
Dah separuh masa pertama ni.. Nampaknya HARIMAU MALAYA kurang bermaya. Buat masa ni SINGAPURA atau THE LIONS ni nampaknya menguasai perlawanan. Kenapa berlaku banyak sangat KESILAPAN dari PASUKAN MALAYSIA menentang SINGAPURA ini?.. Mungkinkah MALAYSIA bakal TEWAS kepada pasukan SINGAPURA dalam perlawanan KELAYAKAN PIALA DUNIA ini?.. Wahai HARIMAU MALAYA.. berjuanglah hingga ke NGAUMAN terakhir. Walaupun semakin banyak GOAL yang dihasilkan.. diharapkan PASUKAN MALAYSIA dapat MENGUTIP semula SEMANGAT YANG HILANG.
Semoga selepas ini, di SEPARUH MASA YANG KEDUA, perlawanan SECARA LANGSUNG MALAYSIA vs SINGAPURA ni dapat memberi satu persembahan yang lebih baik dan tidak mengecewakan. At least dapat le merapatkan jurang JARINGAN gol nanti. Apapun, ulasan dari JURUHEBAH menyatakan MALAYSIA HM hilang tumpuan.
GO HARIMAU MALAYA!!
Keputusan Bola Sepak : MALAYSIA VS SINGAPURA 2011. Kelayakan PIALA DUNIA.
TERKINI: SINGAPURA 4 MALAYSIA 1
Siaran Langsung MALAYSIA vs SINGAPURA 2011.
Boleh menontonnya SEKARANGG!! kat ASTRO ARENA 801 ye.
Kawan-kawan sokong mana satu? Harimau ke Singa?
Ye adakah THE LIONS atau THE TIGERS akan mengaum dengan hebatnya pada malam ini?.. Mestila sokong TANAH air sendiri kan.. HARIMAU MALAYA pasti dihati. Tak gitu kawan kawan. Menonton tu jangan terlalu ashik ye.. INgat ingatle kewajipan kita..
Sedikit petikan entry petang tadi di SINI:
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/taiwan-sindir-harimau-malaya.html
“Saya tidak perlu untuk memberi motivasi tambahan kepada pemain kerana mereka sudah tahu tugas masing-masing malah semangat juang mereka lebih tinggi apabila menentang Singapura kerana ini pertemuan membabitkan negara jiran berbanding dengan perlawanan menentang negara lain,” katanya kepada pemberita pada sidang media sebelum perlawanan semalam.
Malaysia melangkah ke pusingan kedua bertemu Singapura selepas menewaskan Taiwan menerusi peraturan gol di tempat lawan apabila kedua-dua pasukan terikat 4-4 dalam aksi timbal balik.
Ketika diminta mengulas komen pedas, Tae Ho yang melabel aksi pemain Harimau Malaya kurang mantap berbanding Singapura, Rajagobal menegaskan, beliau lebih mengenali anak buahnya berbanding jurulatih dari Korea Selatan itu.
“Ia kenyataan yang tidak adil kerana beliau tidak lihat dan tidak kenal pemain-pemain saya,” katanya.
JOM MENGAUMM..
Rasa Nak Pegi Universal Studio Singapore?
~Selesai baca berita ni, terus rasa teruja nak pergi sini.. Nak simpan cita-cita g sini la.. Impian dulu.. kemudian, boleh la menjadi kenyataan.. mestila ada usaha. contohnya, simpan duit ke.. bagitau mak ayah ke(usaha juga tu..), bodek suami ke, bodek bos ke(wat family day kat situ..)..
KUALA LUMPUR – Resort World at Sentosa Pte. Ltd. (RSW) melihat tahun 2011 sebagai satu tahun yang rancak dengan pembukaan pelbagai tarikan terbaru di Resort World Sentosa, Singapura.
Sehubungan itu, Penolong Pengarah Komunikasinya, Robin Goh optimis terhadap bilangan pengunjung ke destinasi popular itu akan bertambah lebih daripada 15 juta orang yang dicapai pada tahun ini.
Menurutnya, antara faktor pendorongnya ialah pembukaan dua buah hotel, dua tarikan di taman tema, Universal Studios Singapura (USS) dan Muzium Xperimental Maritim yang dijadualkan dibuka menjelang akhir tahun ini.
“Tarikan Madagascar dijangka dibuka dalam masa terdekat, manakala Muzium Xperimental Maritim dan tarikan Transformers masing-masing menjelang pertengahan dan akhir tahun ini.
“Kami juga akan membuka Hotel Equarius dan Spa Villas pada akhir tahun ini atau awal tahun depan yang seterusnya akan melengkapkan enam hotel di sana yang mana masing-masing menawarkan pengalaman unik kepada para pengunjung Resort World Sentosa,” katanya pada satu taklimat media di sini baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai Muzium Xperimental Maritim, Goh berkata, ia menyediakan pengunjung pengalaman merasai laluan dagangan, Laluan Sutera, Laksamana Cheng Ho dalam empat dimensi (4D).