Nak Souvenier best?

Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

Perlawanan Piala Malaysia 2012. 14 September 2012.

Perlawanan Piala Malaysia 2012. 14 September 2012.


DEBARAN beberapa pasukan untuk menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik dalam saingan suku akhir Piala Malaysia akan terjawab apabila masing-masing akan berentap di setiap lokasi yang berbeza di seluruh negara, malam ini.

Adakah enam pasukan pilihan iaitu Lions XII dan Johor FC (Kumpulan A), Kelantan (Kumpulan B), Negeri Sembilan (Kumpulan C) serta Pahang dan Selangor dalam Kumpulan D akan mengiringi kemaraan Angkatan Tentera Malaysia dalam saingan suku akhir?

Atau pasukan yang menduduki tangga ketiga dalam setiap kumpulan mampu bangkit dan mencipta kejutan sekali gus menyambar slot ke suku akhir.

Justeru, beberapa pasukan dilihat berdepan misi ‘hidup dan mati’ bagi menentukan pasukan mana yang berhak menempah slot ke suku akhir.- newsonline-

Bahang Piala Malaysia 2011 makin Terasa.


IRFAN (kanan) menyampaikan sesuatu kepada para pemain Terengganu ketika sesi latihan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.






















TERENGGANU BOLEH MENANG?
NEGERI SEMBILAN PUN KUAT JUGE TAU.
LEPAS 90 TAHUN TAK BERSUA..
DI GELANGGANG AKHIR.

Perlawanan Separuh Akhir Piala malaysia?


DI sebalik pujian melambung, jurulatih T-Team, Yunus Alif mula merasai debaran apabila anak-anak buahnya akan turun melayan kunjungan Negeri Sembilan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia malam ini.
Tanpa sebarang harapan di awal musim, pasukan yang berpengkalan di Kuala Terengganu itu mula melakar kemasyhuran dengan layak ke separuh akhir, sekali gus menjadi satu-satunya wakil kelab yang berada dalam kelompok empat terbaik.
Kini, T-Team hanya selangkah untuk merasai nikmat final Piala Malaysia dengan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu bakal menjadi saksi kepada cabaran pertama pasukan itu.
Menurut Yunus, tahap keyakinan pemain-pemainnya kini berada pada tahap seratus peratus dan hanya menunggu peluang untuk menjadikan impian mereka satu realiti.
Namun katanya, para pemain juga diingatkan agar tidak terlalu leka di sebalik kejayaan melangkah ke separuh akhir kerana misi menentang Negeri Sembilan bukanlah satu tugas mudah.
“Berada di separuh akhir sudah memberi kepuasan kepada saya, tetapi kami perlu teruskan usaha kami kerana pejuangan pasukan belum selesai.
“Kami sentiasa menghormati Negeri Sembilan kerana mereka merupakan lawan yang kental dengan barisan pemain penuh bakat. Sejarah juga sudah membuktikan pasukan lawan begitu menyerlah di pentas Piala Malaysia sejak beberapa tahun lalu,” kata Yunus kepada Kosmo! semalam.
Apa yang dijanjikan kata beliau, adalah sebuah pasukan yang mampu menyerap tekanan dan dalam masa sama memberikan kemenangan.
Jelasnya, satu-satunya peluang T-Team untuk melakar sejarah mara ke final Piala Malaysia adalah dengan memenangi perla- wanan di Kuala Terengganu malam ini.
“Jika kami lepasi aksi di sini (Kuala Terengganu) dengan keputusan membanggakan, maka ia akan memberi semangat baharu kepada kami pada pertemuan kedua di Paroi nanti,” jelasnya.
Yunus turut menekankan corak bermain secara menyerang akan dipraktikan pada perlawanan malam ini dalam misi memburu jaringan besar.
“T-Team memang dikenali sebagai sebuah pasukan yang menyerang dan kami perlu gunakan kelebihan ini. Namun, kami juga perlu berhati-hati agar tidak terperangkap dengan corak permainan lawan yang dibarisi ramai pemain berpengalaman.”
#CINTAELYSSA.

Jejaka Hot Masa kini.. blogger ke?

BUKAN BLOGGER LA..


















SAFEE tetap bertekad untuk mengembangkan karier bola sepaknya.

TAHNIAH.. SIAPA?

TAHNIAH SAFIQ..


KAPTEN skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim bakal mencipta nama di bumi Eropah. Dia akan mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama beraksi di saingan Liga Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan.
Semalam, pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu telah menerima surat tawaran rasmi daripada Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan (trial) selama tiga minggu pada penghujung Oktober depan.
“Saya sangat gembira apabila mendapat peluang keemasan seperti ini. Saya akan cuba melakukan yang terbaik sepanjang ujian percubaan itu nanti.
“Saya telah menerima surat tawaran dan dokumen berkaitan hari ini (semalam). Pada 5 September depan, saya akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Datuk Chan Tien Ghee (Pengerusi Cardiff City).
“Insya-Allah kalau ada rezeki dan terpilih, dapatlah saya menyarung jersi Cardiff City pada musim perpindahan Januari nanti,” kata Safiq ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan yang membesar di Kuala Selangor itu turut lega apabila pihak Cardiff City memberi ruang untuknya memberi tumpuan kepada aksi Piala Malaysia terlebih dahulu.
“Mereka (Cardiff City) tidak mahu ganggu tugasan saya bersama Selangor dalam Piala Malaysia. Mereka mahu saya beri tumpuan penuh terhadap saingan itu terlebih dahulu sebelum menghadiri ujian percubaan tersebut.

SAFIQ RAHIM SAH KE INDONESIA?

SAFIQ RAHIM SAH KE INDONESIA?

DIA KATA KALAU ADA TAWARAN MEMANG DIA AKAN TERIMA.. TAWARAN DARI KELAB BOLA SEPAK INDONESIA LA KAN.. IKUT JEJAK SAFEE SALI LA YE WAHAI KAPTEN MALAYSIA..

KAWAN-KAWAN SOKONG ATAU TIDAK DIA MUNGKIN KE PERSIB.

LANJUT KAT SINI: http://www.zonbola.com/safiq-rahim-dan-amirulhadi-ke-isl.html

Safiq Rahim dikhabarkan menerima tawaran daripada kelab Indonesian Super League (ISL), Persija Jakarta untuk musim 2012. Pemergian Safiq Rahim ke ISL direstui pengurus pasukan Selangor, Dato’ Hamidin. Manakala, Amirulhadi dikhabarkan dilamar pasukan J-League dan Persib Bandung (ISL)...

KALAU GAJI KAT SANA LAGI BEST, APA SALAHNYE KAN.. MACAM ENTRY SEMALAM- RAMAI PROFESIONAL MALAYSIA YANG BERHIJRAH KE LUAR NEGARA SEBAB GAJI YANG JAUH LEBIH LUMAYAN..

Singapura, yang menyingkirkan Malaysia..

SINGAPURA – Singapura, yang menyingkirkan Malaysia pada pusingan kedua Piala Dunia 2014 zon Asia Khamis lalu, akan berdepan dengan China, Jordan dan Iraq pada pusingan ketiga pusingan kelayakan tersebut.
Undian perlawanan pusingan awal Piala Dunia Brazil 2014 diadakan di Rio de Janeiro, semalam.
Singapura, yang menewaskan Malaysia dengan agregat 4-6, diletakkan dalam Balang 4 pusingan ketiga zon kelayakan Asia bersama Thailand, Indonesia, Korea Utara dan Lebanon.
Legenda bola sepak Brazil, Zico, bersama bintang baru Lucas dari Sao Paolo, mengendalikan undian bagi kumpulan zon Asia itu.
Semasa undian itu, Singapura diletakkan dalam Kumpulan A bersama China, Jordan dan Iraq. – Bernama

~redha JE LA Kann

Siapa Nak Meniaga Barangan Sukan.. Silalah..

BUKIT JALIL JADI BANDAR SUKAN.. BOLEH TANDINGI ATHENS TAK?.. (TINGGI NYE CITA CITA..)

KOSMO:

KAWASAN Kompleks Sukan Negara (KSN) di Bukit Jalil akan dibangunkan sebagai sebuah bandar sukan.
Demikian tegas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam.
Katanya, pihaknya telah mengemukakan kertas cadangan bagi tujuan itu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) sejajar dengan usaha menjadikan sukan sebagai satu industri.
Menurutnya, sekiranya cadangan itu dapat direalisasikan, maka peminat sukan bukan sahaja datang ke Bukit Jalil untuk menyaksikan pertandingan, sebaliknya dapat juga membeli pelbagai produk sukan.
"Kita mahu KSN dilihat bukan sekadar penyedia kemuda- han stadium tetapi juga sebagai pusat setempat untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan berkaitan sukan," katanya.
Ahmad Shabery berkata demikian pada majlis pelancaran Program Tahun Industri Sukan 2011/2012 dan Persidangan Perniagaan Sukan di Pusat Konvensyen Berjaya Times Square, Kuala Lumpur semalam.
Beliau berkata, apabila kawasan KSN dibangunkan sebagai Bandar Sukan, ia akan membuka peluang perniagaan kepada pengusaha tempatan memasarkan produk sukan masing-masing.

Keputusan Bola Sepak 28 Julai 2011: Kelayakan Piala Dunia: Singapura vs Malaysia: 1 - 1.

Keputusan Bola Sepak: Kelayakan Piala Dunia: Singapura vs Malaysia: 1 - 1.
 28 Julai 2011:

Meh tengok komen kat TWITTER.. random pick..


Ahmad Idham Nadzri
Strategi malam ni... 30 min lari... 20 min pas pas bola dan akhir skali 40 min jatuh tergolek golek atas padang...

Yatie Musa
RT : Tabik buat pasukan paramedik yang begitu bersungguh-sungguh lari kehulu kehilir rawat org yg pura2 ...



ADIBAH NOOR
Penat aku berpantun sepanjang hari. Tak apalah, sum1 has to lose. Mana bleh dua2 menang ye dak. Kalah tak pe dik, mengalah jangan :)

SPEK HITAM
at least hari ni dapat gak cuci mata nengok pemain malaysia yang cute dan memantap ;p 


Lord Zara ♛
RT : rajagobal bikin lawak raya kat ... kita kehilangan aidilfitri..eh aidil zafuan

muhamad afif
x penah aq tgk bola penuh dgn touching mlm ni.... aq kagum dgn semangat ...

Khairul Ashraf
+1 RT : Malaysia 4 - SingapurapuraEnglandChina 6 
Wan Mohd Izani
Kalau lah Safee Sali dgn Khairul Fahmy blom ade pasangan msg2,aku rase dh lame dorg kena Rogol kuar Stadium nti..keh3
~Macam-macam dengan TWITTER ni kan..
Oke..
Selamat Aidil fitri.. erk.. Ramadhan belum tiba.. Dah beria nak raya.. dengaq lagu raiya..(ubat gigi oke), BTW tahniah pada yang menang!! TEMASEK!

Keputusan Bola Sepak Malaysia vs Singapura: 2 gol jadi target..

Keputusan Bola Sepak Malaysia vs Singapura: 2 gol jadi target..

Kosmo-
MENCARI dua gol dalam pertemuan dengan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini sebenarnya bukan satu misi yang sukar buat skuad bola sepak negara.

Tewas 3-5 pada aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 minggu lepas tidak seharusnya menjadi alasan buat Malaysia menyerah kalah sebelum berjuang.

Sebaliknya, tiga gol yang dihasilkan di tempat lawan itu seharusnya dianggap sebagai kelebihan dan dijadikan azimat kepada anak-anak buah Datuk K. Rajagobal untuk meruntuhkan keegoan Singapura.

Namun, dengan syarat - misi mencari dua gol perlu dilunaskan dan gawang mereka tidak dibolosi.

Biarpun Singapura gah dengan ‘tenaga import’ mereka, namun mereka terlupa bahawa skuad negara juga memiliki senjata sulit yang lebih ampuh pada malam ini, iaitu sokongan jitu dan laungan padu lebih 90,000 peminat setia Harimau Malaya yang akan membanjiri Stadium Nasional.

Dengan sokongan padu penyokong negara, berbekalkan keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan pemain negara serta mengharapkan tuah ‘jersi biru’ kembali menjadi di Stadium Nasional malam ini, kemenangan ke atas Singapura dengan kelebihan dua gol tidak mustahil dapat direalisasikan.

Keputusan Pusingan Pertama Bola Sepak : MALAYSIA vs SINGAPURA 2011.

Keputusan Pusingan Pertama Bola Sepak : MALAYSIA vs SINGAPURA 2011.
Berikut link link sepanjang Perlawanan tadi:
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/keputusan-bola-sepak-malaysia-vs.html
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/kad-merah-untuk-harimau-malaya.html
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/siaran-langsung-malaysia-vs-singapura.html

Maka Tahniah lah buat Pasukan HARIMAU MALAYA yang telah bertungkus lumus merapatkan jurang dari SINGAPURA 4 MALAYSIA 1 kepada Malaysia 3 dan Singapura 5.

Apakah faktor faktor yang menewaskan Malaysia?
Adakah sebab REFEREE yang tidak adil?
Permainan yang kurang bertenaga?
Atau
Nak salahkan KAD MERAH yang dilayangkan oleh Referee itu tadi? (salah player tu juge kan, siapa suh melawan..)

Ataupun..
Sebab rumput tiruan di STADIUM JALAN BESAR Singapura yang menjadikan Pasukan Harimau Malaya kalah TERUK kepada THE LIONS?..

Walhal pasukan Harimau Malaya tu dah lawan 3 GERGASI EROPAH oke.. ARSENAL, LIVERPOOL dan CHELSEA.. Jadi, mungkin kena friendly match dengan PELITA JAYA atau MENCESTER kot..

KAD MERAH UNTUK HARIMAU MALAYA!!

WOW..
Tahniah le HM.
Kasihan..
Bukan sahaja game ni takleh main..
Next GAME kat STADIUM BUKIT JALIL pun tak boleh..

Aduii..
Boleh ke menang ni?..
GO HARIMAU MALAYA..

eh Siapa yang kena tadi?
Siapa ref tu?

Keputusan Bola Sepak : MALAYSIA VS SINGAPURA 2011. Kelayakan PIALA DUNIA.
singapura 4 Malaysia 1..

Atau nak salahkan PADANG TIRUAN SINGAPURA di stadium JALAN BESAR tu ke?

ibarat komen dari entry ini:
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/keputusan-bola-sepak-malaysia-vs.html

2 comments:


Santri T.P.I.N.I said...
4-1 ? byk jgk tu...hrpla seri pun jd la tp menang lg baik...
redzuan23 said...
Padang rumput tiruan... kita sudah biasa dengan padang rumput asli..itu memberi kelebihan kepada pasukan singapura utk mencatat keputusan awal.. apa pun ,doakan kejayaan malaysia..

Keputusan Bola Sepak : MALAYSIA VS SINGAPURA 2011. Kelayakan PIALA DUNIA.

Keputusan Bola Sepak : MALAYSIA VS SINGAPURA 2011. Kelayakan PIALA DUNIA...
Dah separuh masa pertama ni.. Nampaknya HARIMAU MALAYA kurang bermaya. Buat masa ni SINGAPURA atau THE LIONS ni nampaknya menguasai perlawanan. Kenapa berlaku banyak sangat KESILAPAN dari PASUKAN MALAYSIA menentang SINGAPURA ini?.. Mungkinkah MALAYSIA bakal TEWAS kepada pasukan SINGAPURA dalam perlawanan KELAYAKAN PIALA DUNIA ini?.. Wahai HARIMAU MALAYA.. berjuanglah hingga ke NGAUMAN terakhir. Walaupun semakin banyak GOAL yang dihasilkan.. diharapkan PASUKAN MALAYSIA dapat MENGUTIP semula SEMANGAT YANG HILANG.

Semoga selepas ini, di SEPARUH MASA YANG KEDUA, perlawanan SECARA LANGSUNG MALAYSIA vs SINGAPURA ni dapat memberi satu persembahan yang lebih baik dan tidak mengecewakan. At least dapat le merapatkan jurang JARINGAN gol nanti. Apapun, ulasan dari JURUHEBAH menyatakan MALAYSIA HM hilang tumpuan.

GO HARIMAU MALAYA!!
Keputusan Bola Sepak : MALAYSIA VS SINGAPURA 2011. Kelayakan PIALA DUNIA.
TERKINI: SINGAPURA 4 MALAYSIA 1

Siaran Langsung MALAYSIA vs SINGAPURA 2011.

Siaran Langsung MALAYSIA vs SINGAPURA 2011.
Boleh menontonnya SEKARANGG!! kat ASTRO ARENA 801 ye.
Kawan-kawan sokong mana satu? Harimau ke Singa?

Ye adakah THE LIONS atau THE TIGERS akan mengaum dengan hebatnya pada malam ini?.. Mestila sokong TANAH air sendiri kan.. HARIMAU MALAYA pasti dihati. Tak gitu kawan kawan. Menonton tu jangan terlalu ashik ye.. INgat ingatle kewajipan kita..

Sedikit petikan entry petang tadi di SINI:
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/taiwan-sindir-harimau-malaya.html

“Saya tidak perlu untuk memberi motivasi tambahan kepada pemain kerana mereka sudah tahu tugas masing-masing malah semangat juang mereka lebih tinggi apabila menentang Singapura kerana ini pertemuan membabitkan negara jiran berbanding dengan perlawanan menentang negara lain,” katanya kepada pemberita pada sidang media sebelum perlawanan semalam.

Malaysia melangkah ke pusingan kedua bertemu Singapura selepas menewaskan Taiwan menerusi peraturan gol di tempat lawan apabila kedua-dua pasukan terikat 4-4 dalam aksi timbal balik.


Ketika diminta mengulas komen pedas, Tae Ho yang melabel aksi pemain Harimau Malaya kurang mantap berbanding Singapura, Rajagobal menegaskan, beliau lebih mengenali anak buahnya berbanding jurulatih dari Korea Selatan itu.


“Ia kenyataan yang tidak adil kerana beliau tidak lihat dan tidak kenal pemain-pemain saya,” katanya.
JOM MENGAUMM..

AKHIRNYA CHELSEA 1 MALAYSIA 0.

Baru je usai menulis entry dengan tajuk.. HAMBARNYA GAME MALAM NI.. antara CHELSEA vs MALAYSIA untuk ASIA TOUR JULY 2011.. Sebab takde goal.. Tetibe terus GOAL!!
CHELSEA berjaya akhirnya membolos gawang MALAYSIA menjadikan kedudukan sekarang MALAYSIA 0 CHELSEA 1..

Nantikan aksi aksi yang lebih menarik selepas ini.. Harapnya la  ye.. Ada ke aksi menarik lagi ye?.. Yela, harapnye MALAYSIA bangkit membalas dendam membolos gawang tu.

Walaupun hanya FRIENDLY MATCH CHELSEA vs MALAYSIA FOOTBALL ASIA TOUR 2011, tapi ini adalah salah satu pemangkin untuk pasukan bola sepak Malaysia menimba pengalaman serta membuka mata peminat bola sepak negara yang sukan bola sepak ini semakin meningkat naik, membaiki namanya..

PELUANG CANTIK peluang terbaik tadi oleh pasukan MALAYA adalah tersasar.. Sayangnye..

KEPUTUSAN TERKINI CHELSEA vs MALAYSIA: 1-0

HAMBARNYA GAME MALAM NI..

JOM JOIN SEGMEN NI DULU..


!                                                                             LUNA LANUN !
Klik SINI

bila la nak goal ni?
Banyak peluang TERLEPAS tadi..
Players  pun da ramai yang tukar2..

MARILAH MENAMBAH FOLLOWERS YE KAWAN KAWAN..




MALAYSIA vs CHELSEA. Keputusan terkini.

Dah berapa jaringan MALAYSIA VS CHELSEA ni?

Menjangkakan MALAYSIA ?
CHELSEA 3..

SEKARANG HALF TIME BREAK YE?..
Sebab kat Astro Arena ni tengah siarkan GP115AKHIR la plak..

Menjelajah ke blog JMR tadi: http://jmr23.com/malaysia-vs-chelsea


Agak-agak apa keputusan Malaysia vs Chelsea malam nih?
Malaysia (4) – Chelsea (5)
Malaysia (2) – Chelsea (4)
Apa kata anda??

SIARAN LANGSUNG : CHELSEA LAWAN MALAYSIA. ASIA TOUR JULY 2011.

JOM TONTON CHELSEA VS MALAYSIA.
ATAU
MALAYSIA VS CHELSEA?
ASTRO ARENA 801.

SEBELUM TU: BACA PAPER DULU.

PENYERANG Chelsea, Nicolas Anelka mengakui skuad The Blues akan berdepan laluan getir apabila turun menentang pilihan Malaysia dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Anelka sedar reputasi Chelsea sebagai antara kelab gergasi dunia sekali lagi menjadi perhatian pada pertemuan tersebut dan sudah pasti peminat mahukan aksi yang menarik bagi memenuhi kehendak mereka.
Chelsea bertandang ke bumi Malaysia dengan membawa kesemua pemain bintangnya termasuk Fernando Torres, Frank Lampard, John Terry dan Didier Drogba dalam siri Jelajah Asia 2011,
Menurut penyerang dari Perancis itu lagi, semua pasukan yang akan berdepan The Blues sudah pastinya berazam untuk mencatat kemenangan, sekali gus mencalar reputasi mereka di hadapan peminat sendiri.
“Bukan mudah untuk menghadapi pilihan Malaysia esok (malam ini), terutamanya di hadapan peminat mereka sendiri,” kata Anelka ketika ditemui pada Klinik Bola Sepak PINTAR anjuran Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) di Damansara Damai semalam.
“Setiap pasukan yang menentang kami pasti mahu mencipta kemenangan tetapi begitu juga dengan keinginan yang ada dalam pasukan Chelsea.

Video Bersih 2.0 PDRM.

Video yang dimaksudkan tu baru je ditayangkan melalui BULETIN UTAMA TV3 sebentar tadi. PDRM menyiarkan berita video itu disamping menerangkan secara terperinci mengenai dakwaan video yang tersebar di Internet lantaran kejadian PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 tempohari. Setiap inci video BERSIH 2.0 PDRM diterangkan secara terperinci mengenainya pada satu sidang media yang diadakan. Berikutan pelbagai kontroversi yang tersebar dengan hebatnya di dunia virtual ini.

Kawan kawan sempat ke menonton video tadi. Jika terlepas, boleh layarinya di www.t3.com.my/beritatv3. Silalah tonton sendiri bagi menilainya. Dan, jika setuju maka sokonglah.. jika tak setuju.. seperti biasa, lakukan sebaliknya. 

Macamana pula kehangatan gelombang BIRU THE BLUES kini?.. Mana satu kawan-kawan pilih?.. THE BLUES ke THE YELLOWS?.. Walau sokong CHELSEA lawan MALAYSIA.. hati tetap kat HARIMAU MALAYA ye?.. Semoga TEAM MALAYSIA berjaya menunjukkan sesuatu yang LUARBIASA!!

*Silakan tonton kat ASTRO ARENA 801 jam 8.40 nanti yer..

Chelsea chelsea....

Metr0;

“KAMI akan berdepan perlawanan yang sukar kerana mereka (Malaysia) pasti mahu menang ke atas Chelsea dan akan bermain bermati-matian,” kata penyerang Blues, Nicolas Anelka menjelang pertembungan dengan skuad pilihan Malaysia dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Walaupun secara realitinya kelab Liga Perdana Inggeris itu memiliki ramai pemain bintang, Anelka, 32, memilih untuk berhati-hati bagi mengelak daripada ditimpa kejutan skuad kendalian Ong Kim Swee dalam kunjungan ketiga mereka ke Malaysia selepas 2003 dan 2008.


“Chelsea akan berusaha untuk menang perlawanan ini dan akan memberikan yang terbaik kerana pertemuan kali ini lebih sukar. Pasukan yang beraksi lebih baik akan menang,” katanya yang ditemui pemberita selepas sesi klinik bola sepak Chelsea di Damansara Damai semalam.

Ini kali kedua pemain Perancis itu menyertai Jelajah Asia Chelsea selepas mencipta nama selaku penjaring ketika menumpaskan Malaysia 2-0 pada 2008 di Stadium Shah Alam.


Anelka yang menyertai Chelsea pada 2008 dan membantu mengekalkan trofi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge pada musim 2009/10 gembira dapat menyertai rombongan 26 pemain Chelsea bersama pengurus baru Andre Villas-Boas ke Malaysia sebagai persiapan pra musim mereka.


“Cuaca di sini agak panas tapi saya sudah menjangkakan keadaan ini kerana pernah datang ke sini sebelum ini. Saya amat gembira datang ke sini untuk bertemu peminat dan menentang pasukan Malaysia.

“Kami mempunyai pengurus baru yang sangat bagus dan kami menjalani latihan keras bersamanya. Setakat ini kami sudah menang dua perlawanan (Wycombe Wanderers 3-0 dan Portsmouth 1-0) dan berharap rentak kemenangan ini dapat diteruskan sepanjang persiapan pra musim bagi mengharungi musim baru nanti,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...