Nak Souvenier best?

Showing posts with label keputusan bola sepak Malaysia Singapura. Show all posts
Showing posts with label keputusan bola sepak Malaysia Singapura. Show all posts

Singapura, yang menyingkirkan Malaysia..

SINGAPURA – Singapura, yang menyingkirkan Malaysia pada pusingan kedua Piala Dunia 2014 zon Asia Khamis lalu, akan berdepan dengan China, Jordan dan Iraq pada pusingan ketiga pusingan kelayakan tersebut.
Undian perlawanan pusingan awal Piala Dunia Brazil 2014 diadakan di Rio de Janeiro, semalam.
Singapura, yang menewaskan Malaysia dengan agregat 4-6, diletakkan dalam Balang 4 pusingan ketiga zon kelayakan Asia bersama Thailand, Indonesia, Korea Utara dan Lebanon.
Legenda bola sepak Brazil, Zico, bersama bintang baru Lucas dari Sao Paolo, mengendalikan undian bagi kumpulan zon Asia itu.
Semasa undian itu, Singapura diletakkan dalam Kumpulan A bersama China, Jordan dan Iraq. – Bernama

~redha JE LA Kann

Komen Sejurus Selepas Perlawanan Malaysia Singapura Semalam..

Siapa Nak Meniaga Barangan Sukan.. Silalah..

BUKIT JALIL JADI BANDAR SUKAN.. BOLEH TANDINGI ATHENS TAK?.. (TINGGI NYE CITA CITA..)

KOSMO:

KAWASAN Kompleks Sukan Negara (KSN) di Bukit Jalil akan dibangunkan sebagai sebuah bandar sukan.
Demikian tegas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam.
Katanya, pihaknya telah mengemukakan kertas cadangan bagi tujuan itu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) sejajar dengan usaha menjadikan sukan sebagai satu industri.
Menurutnya, sekiranya cadangan itu dapat direalisasikan, maka peminat sukan bukan sahaja datang ke Bukit Jalil untuk menyaksikan pertandingan, sebaliknya dapat juga membeli pelbagai produk sukan.
"Kita mahu KSN dilihat bukan sekadar penyedia kemuda- han stadium tetapi juga sebagai pusat setempat untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan berkaitan sukan," katanya.
Ahmad Shabery berkata demikian pada majlis pelancaran Program Tahun Industri Sukan 2011/2012 dan Persidangan Perniagaan Sukan di Pusat Konvensyen Berjaya Times Square, Kuala Lumpur semalam.
Beliau berkata, apabila kawasan KSN dibangunkan sebagai Bandar Sukan, ia akan membuka peluang perniagaan kepada pengusaha tempatan memasarkan produk sukan masing-masing.

biasalah. kalau menang disambut bak wira. kalau kalah di kutuk bak katak puru

insan_marhaen said...

biasalah. kalau menang disambut bak wira. kalau kalah di kutuk bak katak puru

*****
BACA KAT KOSMO DULU:

PERJUANG Malaysia pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2014 sudah berakhir. Hasrat untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan zon Asia sudah berkecai apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Singapura pada aksi kedua pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Malaysia yang memerlukan kemenangan dua gol pada perlawanan tersebut terpaksa akur dan membiarkan Singapura mara dengan agregat 6-4.
Pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar (Sabtu lepas), Singa- pura menang 5-3.
Jaringan Safee Sali pada minit ke-57 pada aksi malam tadi berjaya disama- kan oleh pemain sayap kanan 'import' dari China, Shi Jiayi pada minit ke-71.
Beraksi di hadapan kira-kira 90,000 penyokong sendiri, Malaysia memperoleh peluang awal tetapi percubaan pemain sayap kiri, S. Kunanlan dari dalam kotak penalti berjaya dihadang penjaga gol Singapura, Izwan Mahbud.
Singapura kemudian mula mendapat rentak tetapi dua percubaan menerusi penyerang 'import' dari China, Qiu Li pada minit ke-10 dan ke-15 ber- jaya diselamatkan dengan baik penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.
Pada minit ke-22, pemain pertaha- nan Malaysia, Aidil Zafuan Radzak terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan oleh Muslim Ahmad untuk bergandingan dengan Fadhli Shas.
Amirulhadi Zainal yang banyak menggerakkan bahagian sayap kanan Malaysia turut memperoleh peluang tetapi rembatannya dari luar kotak penalti pada minit ke-26 tepat ke daka- pan Izwan.
Khairul Fahmi terus cemerlang dengan melayangkan badan untuk menepis sepakan percuma Shaiful Esah pada minit ke-38 dan menangkis percubaan Mustafic Fahrudin pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Malaysia akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-57 apabila Safee merembat kencang dari sudut kanan kotak penalti Singapura setelah menerima lorongan Kunanlan.
Namun kelekaan barisan pertahanan Malaysia sekali lagi dihukum dengan Singapura berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-71 mene- rusi penyudah kemas Jiayi.
Usaha Malaysia yang melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol Singapura bagi mencari tambahan dua gol terus menemui kebuntuan.
Lebih malang, penyerang gantian, Ahmad Fakri Saarani gagal mengawal tekanan apabila dilayangkan kad merah pada masa kecederaan.
Dengan kegagalan itu, Malaysia mengekalkan rekod lampau yang belum pernah berjaya melangkah ke pusingan ketiga sejak percubaan sulung pada Kelayakan Piala Dunia 1974.

Keputusan Bola Sepak 28 Julai 2011: Kelayakan Piala Dunia: Singapura vs Malaysia: 1 - 1.

Keputusan Bola Sepak: Kelayakan Piala Dunia: Singapura vs Malaysia: 1 - 1.
 28 Julai 2011:

Meh tengok komen kat TWITTER.. random pick..


Ahmad Idham Nadzri
Strategi malam ni... 30 min lari... 20 min pas pas bola dan akhir skali 40 min jatuh tergolek golek atas padang...

Yatie Musa
RT : Tabik buat pasukan paramedik yang begitu bersungguh-sungguh lari kehulu kehilir rawat org yg pura2 ...



ADIBAH NOOR
Penat aku berpantun sepanjang hari. Tak apalah, sum1 has to lose. Mana bleh dua2 menang ye dak. Kalah tak pe dik, mengalah jangan :)

SPEK HITAM
at least hari ni dapat gak cuci mata nengok pemain malaysia yang cute dan memantap ;p 


Lord Zara ♛
RT : rajagobal bikin lawak raya kat ... kita kehilangan aidilfitri..eh aidil zafuan

muhamad afif
x penah aq tgk bola penuh dgn touching mlm ni.... aq kagum dgn semangat ...

Khairul Ashraf
+1 RT : Malaysia 4 - SingapurapuraEnglandChina 6 
Wan Mohd Izani
Kalau lah Safee Sali dgn Khairul Fahmy blom ade pasangan msg2,aku rase dh lame dorg kena Rogol kuar Stadium nti..keh3
~Macam-macam dengan TWITTER ni kan..
Oke..
Selamat Aidil fitri.. erk.. Ramadhan belum tiba.. Dah beria nak raya.. dengaq lagu raiya..(ubat gigi oke), BTW tahniah pada yang menang!! TEMASEK!

Kenapa Facebook Haramkan Kulit Album Nirvana, Nevermind?

Kenapa Facebook Haramkan Kulit Album NIRVANA, Nevermind?

Ha ah la kan.. Kenapa ye?.. Dah tengok ke gambar KULIT ALBUM NIRVANA itu?.. Yang bertajuk NEVERMIND itu?.. Oh ye.. Sepatutnya soalan yang mula mula nak tanya adalah: KENAL KE KAMU DENGAN NIRVANA.. Pasti bertubi tubi yang boleh jawab kan.. Maklumle, kalau soalan pasal artis ni cepat aja boleh bagitau jawapan..

Cuba kalau CIKGU kat sekola tanya.. Bilakah tarikh KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA?.. Ada ke yang boleh jawab?.. Tahniah le kalau boleh jawab.. Tapi, betul ke jawapan tu ?.. 31 Ogos ke?  Atau 16 September?,, Ha.. cubala jawab.. Kalau yang memang tengah belajo Sejarah Malaysia ni memang le boleh jawab kan.. Ce tanya abang abang kamu kakak kakak kamu yang tengah apply UPU eh dah tau dah KEPUTUSAN UPU pun.. Cube tanya mereka.. Boleh ke jawab?..

Oh ye,, Berkenaan KULIT ALBUM NIRVANA yang diharamkan kat FACEBOOK, belum jumpe lagi.. Al maklumla asyik mengupdate blog sampai belum baca ie BLOGWALKING dengan hebatnya..
Jadi.. marila mencari KENAPA FACEBOOK HARAMKAN KULIT ALBUM NIRVANA, NEVERMIND. 

~Atau baik layan PERLAWANAN BOLA SEPAK PUSINGAN KETIGA KELAYAKAN PIALA DUNIA MALAYSIA vs SINGAPURA..

Keputusan Bola Sepak Malaysia vs Singapura: 2 gol jadi target..

Keputusan Bola Sepak Malaysia vs Singapura: 2 gol jadi target..

Kosmo-
MENCARI dua gol dalam pertemuan dengan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini sebenarnya bukan satu misi yang sukar buat skuad bola sepak negara.

Tewas 3-5 pada aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 minggu lepas tidak seharusnya menjadi alasan buat Malaysia menyerah kalah sebelum berjuang.

Sebaliknya, tiga gol yang dihasilkan di tempat lawan itu seharusnya dianggap sebagai kelebihan dan dijadikan azimat kepada anak-anak buah Datuk K. Rajagobal untuk meruntuhkan keegoan Singapura.

Namun, dengan syarat - misi mencari dua gol perlu dilunaskan dan gawang mereka tidak dibolosi.

Biarpun Singapura gah dengan ‘tenaga import’ mereka, namun mereka terlupa bahawa skuad negara juga memiliki senjata sulit yang lebih ampuh pada malam ini, iaitu sokongan jitu dan laungan padu lebih 90,000 peminat setia Harimau Malaya yang akan membanjiri Stadium Nasional.

Dengan sokongan padu penyokong negara, berbekalkan keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan pemain negara serta mengharapkan tuah ‘jersi biru’ kembali menjadi di Stadium Nasional malam ini, kemenangan ke atas Singapura dengan kelebihan dua gol tidak mustahil dapat direalisasikan.

Perlawanan Bola Sepak : Malaysia vs Singapura.. Siapa Kapten?

SIAPA AGAKNYA YE?...

PENYERANG sensasi negara, Mohd. Safee Sali hampir pasti menggalas tugas sebagai kapten skuad Harimau Malaya pada aksi menentang Singapura pada aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Biarpun bekas kapten, Aidil Zafuan Radzak turut menjadi calon untuk menjadi pemimpin di atas padang, Safee dianggap sebagai calon yang lebih layak berdasarkan beberapa kriteria.

Safee, 27, merupakan pemain paling tua di kalangan 24 pemain negara dan satu-satunya pemain yang berpengalaman luas beraksi di liga luar negara iaitu bersama kelab Pelita Jaya di Indonesia.

Selain itu, Safee turut memakai lilitan lengan setelah kapten, Safiq Rahim dilayangkan kad merah pada minit ke-49 ketika aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu lalu.

"Kita tahu Aidil merupakan kapten sebelum Safiq. Tapi Aidil tak main pada dua perlawanan terakhir. Safee pula memiliki karakter, kesungguhan dan bertanggungjawab.

"Tapi hanya selepas sesi taklimat pasukan pagi esok (hari ini), saya akan buat keputusan rasmi siapa kapten," kata jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal selepas sesi latihan di Stadium Nasional petang semalam.

Sementara itu, Safee berkata: "Sebagai pemain paling senior, kalau dipilih saya sedia pikul tanggungjawab selaku kapten. Saya tak rasa ia akan menjadi beban."

Aidil pula berkata: "Siapa kapten tak penting. Saya mahu lebih beri fokus untuk perlawanan, mahu beraksi baik dan menang. Tapi jika diberi tanggungjawab kapten, saya akan terima dengan positif."

Dalam pada itu, Rajagobal turut memberitahu: "Kami akan pakai jersi biru. Ia memberi tenaga. Tapi penyokong bebas nak pakai jersi kuning atau biru."

Keputusan Pusingan Pertama Bola Sepak : MALAYSIA vs SINGAPURA 2011.

Keputusan Pusingan Pertama Bola Sepak : MALAYSIA vs SINGAPURA 2011.
Berikut link link sepanjang Perlawanan tadi:
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/keputusan-bola-sepak-malaysia-vs.html
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/kad-merah-untuk-harimau-malaya.html
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/siaran-langsung-malaysia-vs-singapura.html

Maka Tahniah lah buat Pasukan HARIMAU MALAYA yang telah bertungkus lumus merapatkan jurang dari SINGAPURA 4 MALAYSIA 1 kepada Malaysia 3 dan Singapura 5.

Apakah faktor faktor yang menewaskan Malaysia?
Adakah sebab REFEREE yang tidak adil?
Permainan yang kurang bertenaga?
Atau
Nak salahkan KAD MERAH yang dilayangkan oleh Referee itu tadi? (salah player tu juge kan, siapa suh melawan..)

Ataupun..
Sebab rumput tiruan di STADIUM JALAN BESAR Singapura yang menjadikan Pasukan Harimau Malaya kalah TERUK kepada THE LIONS?..

Walhal pasukan Harimau Malaya tu dah lawan 3 GERGASI EROPAH oke.. ARSENAL, LIVERPOOL dan CHELSEA.. Jadi, mungkin kena friendly match dengan PELITA JAYA atau MENCESTER kot..

KAD MERAH UNTUK HARIMAU MALAYA!!

WOW..
Tahniah le HM.
Kasihan..
Bukan sahaja game ni takleh main..
Next GAME kat STADIUM BUKIT JALIL pun tak boleh..

Aduii..
Boleh ke menang ni?..
GO HARIMAU MALAYA..

eh Siapa yang kena tadi?
Siapa ref tu?

Keputusan Bola Sepak : MALAYSIA VS SINGAPURA 2011. Kelayakan PIALA DUNIA.
singapura 4 Malaysia 1..

Atau nak salahkan PADANG TIRUAN SINGAPURA di stadium JALAN BESAR tu ke?

ibarat komen dari entry ini:
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/keputusan-bola-sepak-malaysia-vs.html

2 comments:


Santri T.P.I.N.I said...
4-1 ? byk jgk tu...hrpla seri pun jd la tp menang lg baik...
redzuan23 said...
Padang rumput tiruan... kita sudah biasa dengan padang rumput asli..itu memberi kelebihan kepada pasukan singapura utk mencatat keputusan awal.. apa pun ,doakan kejayaan malaysia..

Keputusan Bola Sepak : MALAYSIA VS SINGAPURA 2011. Kelayakan PIALA DUNIA.

Keputusan Bola Sepak : MALAYSIA VS SINGAPURA 2011. Kelayakan PIALA DUNIA...
Dah separuh masa pertama ni.. Nampaknya HARIMAU MALAYA kurang bermaya. Buat masa ni SINGAPURA atau THE LIONS ni nampaknya menguasai perlawanan. Kenapa berlaku banyak sangat KESILAPAN dari PASUKAN MALAYSIA menentang SINGAPURA ini?.. Mungkinkah MALAYSIA bakal TEWAS kepada pasukan SINGAPURA dalam perlawanan KELAYAKAN PIALA DUNIA ini?.. Wahai HARIMAU MALAYA.. berjuanglah hingga ke NGAUMAN terakhir. Walaupun semakin banyak GOAL yang dihasilkan.. diharapkan PASUKAN MALAYSIA dapat MENGUTIP semula SEMANGAT YANG HILANG.

Semoga selepas ini, di SEPARUH MASA YANG KEDUA, perlawanan SECARA LANGSUNG MALAYSIA vs SINGAPURA ni dapat memberi satu persembahan yang lebih baik dan tidak mengecewakan. At least dapat le merapatkan jurang JARINGAN gol nanti. Apapun, ulasan dari JURUHEBAH menyatakan MALAYSIA HM hilang tumpuan.

GO HARIMAU MALAYA!!
Keputusan Bola Sepak : MALAYSIA VS SINGAPURA 2011. Kelayakan PIALA DUNIA.
TERKINI: SINGAPURA 4 MALAYSIA 1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...