Lirik Lagu : Anak Kecil Main Api.
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Nak g melancong?
Hafal atau ingat percakapan lazim
Hafal atau ingat percakapan yang mudah. Menghafal percakapan umum yang biasa dipraktikkan apabila berada di destinasi percutian.
Seperti contoh di mana, tolong, terima kasih, harga, cara, jalan, maaf saya tidak pandai berbahasa... dan banyak lagi.
Biasakan menghafal kata kerja dibanding kata benda.
Kata benda boleh anda tunjuk atau gambar manakala kata kerja pula susah untuk digambarkan.
~Kalau gi negara yang rakyatnya pandai berbahasa omputeh untungle, kita boleh berkomunikasi sikit-sikit.. Cuba tercampak kat Rusia ke mana tempat yang diorang tak pandai Bahasa Inggeris.. camn nak buat? At least bolehla komunikasi sikit..
Tempat Menarik di Sabah: Desa Dairy Farm.
Kat tempat sendiri pun entah-entah belum juga habis round lagi. Mana tahu kot kot ada air terjun menarik kat dalam hutan belakang rumah?.. Atau ada pantai yang belum diterokai tak jauh dari kediaman? (mimpi la tu..)
OKeyla.. tempat percutian menarik kat Sabah ni boleh masuk diari.. Boleh la kita g untuk tahun depan.. ye tak..
NFO
> Desa Daily Farm dibuka pada tahun 1981 dengan
keluasan 199 hektar
> Pengeluaran sebanyak 900,000 liter susu disasarkan mensasarkan Desa Cattle (S) Sdn Bhd setahun
> Dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang
> Bayaran RM3 (dewasa) dan RM2 (kanak-kanak)
Belum pernah ke sini..
Sumbang Mahram.
Tips PILIH SUAMI ..
@ Sangat ringan tulangYang ni pun penting jugak. Benda ni perlu ada dalam diri seseorang yang bakal menjadi my future husband! Ececece. Gatai aih! Kalau semua nak pemalas, hamboih! Memang kerja rumah Cik Afifah la yang buat. -.-"
@ Reti memasakEhem ehem. Kawan Cik Afifah kata, "kau kawen la dengan Chef weh!" Amboih! Habis la tercalar maruah dan ego seorang perempuan kalau hari-hari die yang masak ye tak? At least dia tahu la sikit-sikit macam mana nak masak daripada tak tahu kan? Yang expert sangat pun tak boleh. Sebab nanti die dok asyik komen-komen masakan kita.
Ketegangan di UIA.
JUGA ADA BACA STATUS BERIKUT KAT WALL FACEBOOK.
APA KISAH SEBENAR NYA YE?..
Wall Photos
"Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tak dibenarkan masuk, nak sembahyang Jumaat pun tak boleh" kata Pengawal Keselamatan UIA. Sementara itu, wartawan Malaysiakini, Abdul Rahim Sabri yang tiba di UIA sejak pagi tadi, melaporkan kira-kira 700 mahasiswa sedang berhimpun membantah penggantungan Abdul Aziz. Perhimpunan itu berlangsung di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat.Mereka melaungkan “Hidup Ilmu”, “Lawan Kezaliman”, “Bebas Aziz Bari” dan menuntut kebebasan akademik di universiti khususnya di kampus berkenaan. Tahniah anak muda. Lawan tetap lawan. Hidup Mahasiswa !!!
By: Kami Boikot Buletin Utama TV3
Siaran Langsung MALAYSIA vs SINGAPURA 2011.
Boleh menontonnya SEKARANGG!! kat ASTRO ARENA 801 ye.
Kawan-kawan sokong mana satu? Harimau ke Singa?
Ye adakah THE LIONS atau THE TIGERS akan mengaum dengan hebatnya pada malam ini?.. Mestila sokong TANAH air sendiri kan.. HARIMAU MALAYA pasti dihati. Tak gitu kawan kawan. Menonton tu jangan terlalu ashik ye.. INgat ingatle kewajipan kita..
Sedikit petikan entry petang tadi di SINI:
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/taiwan-sindir-harimau-malaya.html
“Saya tidak perlu untuk memberi motivasi tambahan kepada pemain kerana mereka sudah tahu tugas masing-masing malah semangat juang mereka lebih tinggi apabila menentang Singapura kerana ini pertemuan membabitkan negara jiran berbanding dengan perlawanan menentang negara lain,” katanya kepada pemberita pada sidang media sebelum perlawanan semalam.
Malaysia melangkah ke pusingan kedua bertemu Singapura selepas menewaskan Taiwan menerusi peraturan gol di tempat lawan apabila kedua-dua pasukan terikat 4-4 dalam aksi timbal balik.
Ketika diminta mengulas komen pedas, Tae Ho yang melabel aksi pemain Harimau Malaya kurang mantap berbanding Singapura, Rajagobal menegaskan, beliau lebih mengenali anak buahnya berbanding jurulatih dari Korea Selatan itu.
“Ia kenyataan yang tidak adil kerana beliau tidak lihat dan tidak kenal pemain-pemain saya,” katanya.
JOM MENGAUMM..
Raja Petra Kamaruddin.
KALAU ANDA KENA SOAL: SIAPA RAJA PETRA KAMARUDDIN.. BOLEH JAWAB TAK?..
Raja Petra Kamaruddin (lahir 1950 , dikenali sebagai Peter atau RPK) adalah seorang penulis blog Malaysia berbangsa Melayu, membangunkan laman Malaysia Today berbahasa Inggeris yang mana di dalam laman tersebut beliau menerbitkan satu siri rencana berbentuk komentar terhadap politik Malaysia. Beliau telah ditahan mengikut [[Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) buat kali kedua pada 1.10 petang12 September 2008.[1] Beliau telah ditahan selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting, Taiping.
Nak G IPOHMALI..
IPOH — Kerajaan negeri Perak mahu menjadikan kawasan Pekan Lama Ipoh yang juga dikenali sebagai “Old Town” sebagai kawasan pelancongan warisan yang dapat menarik pelawat tempatan dan luar negara.
Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelancongan Datuk Hamidah Osman berkata, kawasan pekan lama mempunyai pelbagai bangunan warisan yang telah digazetkan dan setiap bangunan berkenaan mempunyai daya tarikan tersendiri sama ada keunikan bangunan dan juga sejarahnya.
Bandar raya Ipoh dipisahkan oleh Sungai Kinta yang mengalir di tengah bandar dan memisahkan pekan lama dan pekan baru.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Hamidah berkata, antara produk pelancongan yang telah diperkenalkan sebelum ini ialah program “jejak warisan"
yang membolehkan pelawat dibawa melawat bangunan-bangunan warisan di situ oleh jurupandu. - Bernama
Hari Keputeraan.
Kak Ayu.. tak dapatle nak bantu.
Tapi dapat le juga maklumat lain..
Tentang Yang DiPertuan Agong:
Cepat Mencari.
Hotel Yang Best?
HONG KONG - Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi hotel paling tinggi dan bangunan keempat tertinggi di dunia selepas dibuka kepada orang awam kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Hotel yang berada di tingkat 102 ke-118 di Pusat Perdagangan Antarabangsa (ICC) itu mempunyai 312 buah bilik. Ia menawarkan pemandangan bandar dan pelabuhan, selain menyediakan kemudahan seperti pusat beli-belah seluas 93,000 meter persegi, enam buah restoran, spa dan kolam renang.
Menurut Presiden rangkaian hotel mewah itu, Herve Humler, Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi sebuah mercu tanda kepada kemuncak kejayaan selepas kerja keras selama bertahun-tahun.
"Kami mampu merealisasi sebuah hotel yang betul-betul hebat. Jadi kami mengalu-alukan tetamu bukan sahaja ke hotel yang tertinggi di dunia, malah hotel yang terbaik," katanya.
Selain itu, Ritz-Carlton telah meletakkan rasa mewah ke tahap yang baru dalam semua aspek. Menara hotel itu juga kelihatan jauh lebih tinggi daripada bangunan sekelilingnya. - Agensi
Nama Baru Toilet?. Water Closet..
Dari blog http://mamababiesstory.blogspot.com ni belajar nama baru yang diberinya untuk toilet. Katanya Malaysians ni mengabaikan sikit tentang toilet ni. Beliau adalah seorang ID.. Betul juga katanya.. Agaknya kalau tukar nama toilet kepada Water Closet ni, mungkin rasa kerajinan memelihara toilet akan meningkat. Betul tak?..
Pernah terbaca tentang tip untuk menjaga toilet, iaitu menjadikan toilet ala- ala toilet hotel. Buat sesiapa yang pernah bermalam di hotel, pasti suka keadaan toilet yang dihias cantik. Jadi, apakata kat rumah pun buat macam tu juga.
Kalau kat tempat awam, sangat la kurang gemar untuk ke toilet. Kenapa?.. Faham – faham saja la.. Macamana nak tanamkan sifat suka menjaga kebersihan di kalangan masyarakat ye?.. Kadang- kadang boleh terencat tujuan asal ke toilet..Kan Kawan-kawan..
KLIK UNTUK HADIAH iPAD PERCUMA!!!
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Bollywood Ke Hollywood?
dari: sini
Cara Berwudhu' Ketika Sakit. / Doa untuk Mesir.
Cara Berwudhu' ketika sakit.
kredit to: Dunia Islam.
Sebagai panduan di masa kemudian..
~panjangkan doa kepada yang berada di Mesir. Moga selamat semuanya.
KUALA LUMPUR - Misi 'Ops Piramid' untuk memindahkan lebih 11,000 rakyat Malaysia di Mesir berhadapan dengan kekangan perintah berkurung dan hak pendaratan di lapangan terbang terlibat.
Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, perintah berkurung yang sebelum ini bermula dari pukul 4 petang hingga 8 pagi keesokannya kini telah diawalkan kepada pukul 1 petang.
"Kita terpaksa bergerak cepat untuk memastikan pelajar dan rakyat kita (Malaysia) dapat dipindahkan kerana waktu yang ada begitu terhad dan ketika itulah kita nak bawa semuanya ke lapangan terbang," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut beliau, hak pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah juga agak sukar diperoleh akibat daripada keadaan tegang di Mesir.
Kohilan berkata, operasi semalam bergerak ke kawasan luar Kaherah antaranya ke Iskandariah, Mansourah, Tanta, Zagazig serta daerah lain untuk memindahkan rakyat Malaysia.
Rupanya Piala Suzuki AFF 2010
Join sekaki?.. Hehe.. Paksarela la.. dah keputusan macam tu. Apapun tahniahla Malaysia layak ke Separuh Akhir Piala AFF Suzuki ye.. (Suzuki tu kanke motor.. dah boleh taja perlawanan Bolasepak pula ye..)
Syok juga ke layan bolasepak ni?.. Bersukan?.. ui.. dah lama bersara sukan sukan ni.. Nak kena bersenam balikla camni.. Penting untuk kesihatan. Pandai Cakap Kenala Buat..
101110
DATUK BENTARA LUAR MEMBUKA BATU PAHAT
Tarikh Peristiwa pada 10-11-1893
'Pada hari ini dalam tahun 1893, Datuk Bentara Luar telah menerima perintah daripada Sultan Abu Bakar untuk membuka bandar Batu Pahat. Datuk Bentara Luar atau nama sebenarnya Muhamad Salim bin Perang merupakan salah seorang elit Johor moden.
PERASMIAN MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
Tarikh Peristiwa pada 10-11-1994
'Pada hari ini dalam tahun 1994, Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Memorial Tunku Abdul Rahman di Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur. Penubuhan Memorial tersebut adalah untuk mengenang dan memperingati jasa serta sumbangan bakti Almarhum Tunku sebagai “Bapa Kemerdekaan”
~ala ala hari ini dalam sejarah. tapi sejarah tu penting.. kalau tak ada sejarah.. tak ada lah kita kita ni kan...kepada orang-orang batu pahat.. tahukah kamu tentang tarikh ni..