Nak Souvenier best?

Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Bab Makanan Kalau p Melancong..

~PASTIKAN YANG HALAL YE..

Tips melancong.(hmetro)
Makan di restoran tempatan 

Bagi memudahkan anda mempelajari bahasa sesuatu tempat yang dikunjungi, makanlah di restoran masyarakat tempatan. Sebaiknya cuba elak menjamu selera di restoran yang menggunakan dua bahasa pada menu makanan mereka. 

Makan di warung atau restoran tempatan yang menjadi pilihan penduduk tempatan tetapi bukan yang selalu dikunjungi pelancong asing. 

Secara tidak langsung, anda bukan saja boleh merasa keenakan makanan yang disajikan dengan harga yang murah tetapi anda juga dapat mempelajari bahasa mereka dengan lebih dekat. 

Bagi memudahkan anda, carilah seseorang untuk membantu anda memahami menu makanan yang ada dan anda dapat menikmati makanan yang sedap dengan harga yang berpatutan.

Semua Pandai English ke?

Tips melancong (hmetro)
Jangan ragu meminta bantuan 

Di mana pun anda bercuti, pasti akan ada juga orang yang boleh berbahasa inggeris walaupun tidak selancar mana. Justeru, jika anda berdepan dengan masalah, jangan ragu untuk meminta bantuan. 

Walaupun sukar untuk menyatakan bantuan yang diinginkan, namun sedikit sebanyak ia boleh membantu. 

Melancong bawa nota?

~Perlu ke bawa buku nota?.. Gadjet macam smartphone etc kan ada.. guna ajelah kan..


Bawa buku nota 

Kemana pun ada pergi terutama di tempat yang sukar untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris, bawalah buku nota untuk menulis apa juga perkataan yang biasanya anda jumpa di petunjuk jalan. 

Terutamanya kata-kata yang berlawanan seperti ‘keluar masuk, atas bawah, tunggu pergi’ dan sebagainya. 

Di buku nota itu juga, anda boleh menulis perkataan yang lazim digunakan seperti apa khabar, terima kasih, minta tolong, di mana, berapa dan banyak lagi. 

Ia bukan saja membantu anda tetapi pasti menyeronokkan kerana anda dapat mempelajari perkataan baru. 


_tips melancong hmetro-

Nak g melancong?

Tips melancong (hmetro)
Hafal atau ingat percakapan lazim 

Hafal atau ingat percakapan yang mudah. Menghafal percakapan umum yang biasa dipraktikkan apabila berada di destinasi percutian. 

Seperti contoh di mana, tolong, terima kasih, harga, cara, jalan, maaf saya tidak pandai berbahasa... dan banyak lagi. 

Biasakan menghafal kata kerja dibanding kata benda. 

Kata benda boleh anda tunjuk atau gambar manakala kata kerja pula susah untuk digambarkan. 

~Kalau gi negara yang rakyatnya pandai berbahasa omputeh untungle, kita boleh berkomunikasi sikit-sikit.. Cuba tercampak kat Rusia ke mana tempat yang diorang tak pandai Bahasa Inggeris.. camn nak buat? At least bolehla komunikasi sikit..

Terrer Bahasa Jepun?

~Kalau nak pergi melancong ke Jepun nak kena cari guru bahasa Jepun ni.. Ada sesiapa kat sini terer bahasa Jepun tak?

Tips melancong (hmetro)
Belajarlah bahasa setempat sebelum anda bercuti 

Jika anda mahu memudahkan percutian anda atau fasih berbincang dengan penduduk setempat, ada baiknya anda mempelajari bahasa destinasi yang dituju sebelum memulakan percutian. 

Apalagi jika anda merancang melancong di negara itu dalam waktu yang lama. Selain mengikuti kursus pendek, anda juga boleh mempelajari bahasa sesebuah negara dengan mendengar CD bacaan secara lisan atau kamus yang banyak di jual di kedai buku. 

Suka menduakan suami.

~Rasanya perkara atau isu di bawah ni memang bukan saja ada dalam drama drama tetapi berlaku juga dalam realiti. Siapa yang berpengalaman hadapi situasi begini? apa nasihat anda?


(metro): SAYA seorang remaja yang baru saja menceburi dunia pekerjaan. Masalah ini membabitkan seorang pekerja lain.
Sebagai pekerja baru, saya perlu bersikap ramah dengan semua pekerja untuk membina pengalaman. Alhamdulillah semuanya baik manakala ramai pekerja perempuan juga sudah berkahwin. 
Masalahnya, ada seorang pekerja (saya gelarkan sebagai B) yang berkahwin namun suka menduakan suami.

B tidak mempunyai anak dan ramai rakan lain menceritakan keburukan sikapnya malah ada mengatakan dia terlanjur, cuma suami B tidak mengetahuinya.

Saya bengang dengan keadaan ini dan pernah mahu memberitahu suaminya namun rasa serba salah.

B juga sering mengambil cuti untuk bersama kekasihnya tanpa alasan munasabah. Saya tidak selesa dengan keadaan ini.

MELUAT,
Pulau Pinang
 

Pakai Bulu Mata Palsu.

~Macam-macam tips yang ada..

Tip penggunaan bulu mata palsu



  • Sesuaikan ukuran bulu mata palsu. Penting untuk mengukur garis atas mata apabila menggunakan bulu mata palsu kerana setiap individu memiliki bentuk mata berbeza.

    Rapatkan bulu mata palsu pada kelopak mata untuk mengetahui panjang bulu mata yang sesuai, kemudian gunting bahagian bulu mata palsu yang melebihi panjang kelopak mata.

  • Rias kelopak mata terlebih dulu sebelum memakai bulu mata palsu menggunakan pembayang mata dan penggaris mata agar bulu mata palsu digunakan mampu melekat sempurna.

  • Lekatkan bulu mata palsu pada bahagian garis atas mata dan lakukan berhati-hati agar ia melekat sempurna. Biarkan beberapa minit agar gam kering sekata.

  • Sempurnakan riasan mata. Gunakan maskara untuk memberikan kesan lentikan lebih ketara pada mata serta kemaskan menggunakan penggaris mata agar bulu mata asli dan bulu mata palsu bersatu sempurna.
  • Kenapa tak minat membaca?

    ~RUGI LA KALAU TAK MINAT MEMBACA..
    BANYAK MEDIUM UNTUK BACAAN.
    BUKAN HANYA BACA BUKU..
    BACA BLOG PUN TERMASUK DALAM KATEGORI MEMBACA YE KAWAN-KAWAN.

    KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu masyarakat terus memupuk budaya membaca bagi memperkayakan diri dengan ilmu lantas mempertingkat  ketamadunan.

    Menurut baginda, masyarakat yang miskin ilmu akan terus ketinggalan.

    Titah baginda lagi, ilmu pengetahuan adalah asas bagi pembentukan masyarakat dan negara yang makmur dan budaya membaca perlu diterapkan ke seluruh rakyat bagi merapatkan jurang ilmu antara masyarakat bandar dengan luar bandar.

    PEMENANG HADIAH WANG TUNAI CONTEST ANJUNG STREAMYX.


    Alhamdulillah, inilah yang dikatakan rezeki orang siapa yang tahu kan?. Semalam dapat email kemenangan apabila artikel http://2nurhafiz2009.blogspot.com/2011/03/anjung-streamyx-pasti-memikat-hati.html terpilih sebagai hadiah saguhati. Bertuah rasanya walaupun hadiah saguhati.

    Hadiah pemenang utama tu memang layak menang la sebab artikel yang bagus. Bagi yang belum claim hadiah, buatla cepat2 ye.. Alhamdulillah memang cepat dan pantas proses penerimaan hadiah wang tunai tersebut. Bak kata MZ- siapa nak bagi duit free kan?..

    Dan bagi sesiapa yang guna Streamyx tu memang puashati la ye?.. Oh ye, contest tu anjuran BLOGREKA.. Nanti akan ada contest mendatang.. Jangan lepaskan peluang.

    Syukur padaNYA, rezeki JUMAAT.

    Saya Mahu Tulis Artikel Aku Ada Impian Dari Blog Master Arsyad.

    Aku Ada Impian kali ini berkenaan impian untuk menulis artikel. Bukan calang -calang artikel, tetapi artikel yang di sponsor atau ditaja. Contohnya macam sesuatu syarikat ingin memasarkan produk, seseorang dikehendaki menulis artikel sebagai review produk tersebut supaya pemasaran lebih berkesan. Ambil contoh seperti Nuffnang yang bertindak sebagai perantara. Jadi, apabila mendapat sesuatu tugasan, apabila artikel diterbitkan, maka ganjaran akan diberi kepada si penulis artikel, begitu juga produk yang di review akan mendapat pasaran.

    Namun, bukan mudah untuk impian itu tercapai. Harus mempunyai kriteria dan stail penulisan yang bukan sahaja baik, tapi hebat. Semoga dengan mempraktikkan diri menulis, gaya penulisan akan bertambah baik. Akhirnya, bila ada peluang, bolehlah digunakan bakat penulisan itu. Semoga impian ini tercapai pada suatu hari nanti.

    *Saya Mahu Tulis Artikel Aku Ada Impian Dari Blog Master Arsyad; http://arsyadmaster.com/blog/contest/

    Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

    KLIK UNTUK HADIAH iPAD PERCUMA!!!

    Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

    Saya Mahu Apple iPad 2 dari blog Denaihati namun..

    Namun tidak layak untuk berpeluang memenanginya. Kerana syaratnya yang begitu rumit. (memerlukan PR3).Tatkala hati berbaur sedih, meneruskan perjalanan ke blog-blog yang dirasakan memikat hati. Siapa cakap tiada sinar di hujung terowong. Bila menjengah di Saya Mahu Apple iPad 2 dari MySuperkids blog, terselit senyum di hujung sendu.

    Bukanlah seorang penulis yang pandai, tapi jika mempunyai minat, mencuba itu tidak pernah salah. Betul kata pemilik MSK ibarat nak seribu daya,taknak seribu dalih.

    Berkenaan Apple iPad.

    Gajet terkini di pasaran yang sememangnya menjadi idaman kebanyakan individu yang ingin kekal 'on the run' atau sentiasa 'up to date' serta tampil bergaya. Ya! Dengan memiliki sebarang gajet keluaran Apple, pasti individu itu boleh dilabel sebagai' ada style lah'macam Steve Jobs.
    • Kepuasan di hujung jari- melayari internet, membaca email, melihat gambar, menonton video, memang mengujakan..
    • Menawan- dengan rekabentuk yang supra canggih,dan ringan: sesedap mata memandang, sesedap tangan memegang, sesedap diri membawa ke mana sahaja dalam 1Dunia ini.
    • Berkembang biak- Dengan pelbagai aplikasi yang terus berkembang tanpa henti, setiap masa setiap hari, pasti ada yang baru. Setakat ini pun sudah ada lebih 300,000 aplikasi iPad.
    Maka, Ada apa dengan iPad2?.. Pastinya lebih hebat, lebih ramah pengguna.Bakal dilancarkan Mac ini. Ada yang meneka pasti ada pembaharuan dari segi rupabentuk, processor dan yang paling penting adalah binaan kamera.. Dunia pasti lebih rancak dengan kemunculan Apple iPad 2 ini.
    KLIK UNTUK HADIAH iPAD PERCUMA!!!


    Berkenaan MSK: MySuperkids.
    Sebuah Empayar blog Mommy Lyna yang memuatkan kupasan hebat..tentang.
    Breastfeeding- menyokong penuh bagi kesempurnaan pembesaran simanja.
    Health & Beauty- kekal cantik dan pastinya sihat.
    Money and More-pelbagai topik yang boleh memberi bimbingan kepada pembaca.
    Shaklee- produk kesihatan untuk menjana keharmonian diri.
    serta banya lagi.

    Dan yang paling menarik pastilah tentang MSK dan iPad
    Kini ada 2 iPad- untung ye TokMa dapat hadiah iPad tu.. memang best sebab FREE.
    iPad percuma untuk pembaca MSK -Memang best baca yang ni sebab dari zero- ya.. maafkan saya, memang agak kekok dengan iPad(kerana belum pernah, diulangi belum pernah melihat secara 'live' apatah lagi memegangnya.
    Dari artikel Mommy Lyna ni, terus berminat melihat kepada kupasan artikel Mommy Lyna yang mengesankan. Namun, harapan untuk memiliki secara sendiri mungkin agak kabur, tapi jika dimenangi secara PERCUMA memang best!!

    ***
    Selain tu, tajuk yang bermain diminda..
    Saya Mahu Tips Money and More dari Blog MSK...


    Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

    dan juga untuk contest:
    KLIK UNTUK HADIAH iPAD PERCUMA!!!
    anjuran Denaihati.com.

    Hadiah

    Hadiah Utama : 1 x Apple iPad 2.

    Hadiah Hebat : 4 x Cermin Mata Ray Ban.

    Hadiah Saguhati : 3 x RM100

    disponsor oleh Smartgold.biz) dan Ray Ban Malaysia

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...