Nak Souvenier best?

Showing posts with label melancong. Show all posts
Showing posts with label melancong. Show all posts

Semua Pandai English ke?

Tips melancong (hmetro)
Jangan ragu meminta bantuan 

Di mana pun anda bercuti, pasti akan ada juga orang yang boleh berbahasa inggeris walaupun tidak selancar mana. Justeru, jika anda berdepan dengan masalah, jangan ragu untuk meminta bantuan. 

Walaupun sukar untuk menyatakan bantuan yang diinginkan, namun sedikit sebanyak ia boleh membantu. 

Melancong bawa nota?

~Perlu ke bawa buku nota?.. Gadjet macam smartphone etc kan ada.. guna ajelah kan..


Bawa buku nota 

Kemana pun ada pergi terutama di tempat yang sukar untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris, bawalah buku nota untuk menulis apa juga perkataan yang biasanya anda jumpa di petunjuk jalan. 

Terutamanya kata-kata yang berlawanan seperti ‘keluar masuk, atas bawah, tunggu pergi’ dan sebagainya. 

Di buku nota itu juga, anda boleh menulis perkataan yang lazim digunakan seperti apa khabar, terima kasih, minta tolong, di mana, berapa dan banyak lagi. 

Ia bukan saja membantu anda tetapi pasti menyeronokkan kerana anda dapat mempelajari perkataan baru. 


_tips melancong hmetro-

Nak g melancong?

Tips melancong (hmetro)
Hafal atau ingat percakapan lazim 

Hafal atau ingat percakapan yang mudah. Menghafal percakapan umum yang biasa dipraktikkan apabila berada di destinasi percutian. 

Seperti contoh di mana, tolong, terima kasih, harga, cara, jalan, maaf saya tidak pandai berbahasa... dan banyak lagi. 

Biasakan menghafal kata kerja dibanding kata benda. 

Kata benda boleh anda tunjuk atau gambar manakala kata kerja pula susah untuk digambarkan. 

~Kalau gi negara yang rakyatnya pandai berbahasa omputeh untungle, kita boleh berkomunikasi sikit-sikit.. Cuba tercampak kat Rusia ke mana tempat yang diorang tak pandai Bahasa Inggeris.. camn nak buat? At least bolehla komunikasi sikit..

Jom Naik Kapal Laut..

~Jom kita g melancong naik mende ni.. Haha.. berangan je lebih..
Rasa macam takut je nak naik kapal berhari-hari sebab tak pandai berenang..
MENGUJAKAN...belayar dengan kapal laut SuperStar Libra sepanjang 216 meter pasti mengujakan.
MENGUJAKAN...belayar dengan kapal laut SuperStar Libra sepanjang 216 meter pasti mengujakan.

Terrer Bahasa Jepun?

~Kalau nak pergi melancong ke Jepun nak kena cari guru bahasa Jepun ni.. Ada sesiapa kat sini terer bahasa Jepun tak?

Tips melancong (hmetro)
Belajarlah bahasa setempat sebelum anda bercuti 

Jika anda mahu memudahkan percutian anda atau fasih berbincang dengan penduduk setempat, ada baiknya anda mempelajari bahasa destinasi yang dituju sebelum memulakan percutian. 

Apalagi jika anda merancang melancong di negara itu dalam waktu yang lama. Selain mengikuti kursus pendek, anda juga boleh mempelajari bahasa sesebuah negara dengan mendengar CD bacaan secara lisan atau kamus yang banyak di jual di kedai buku. 

AC Mizal orang Muo..

APAKAH KAITANNYA?


IPOH: Pelantikan selebriti popular, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini sebagai duta pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 mencetuskan kontroversi apabila artis berkenaan dianggap tidak layak dipilih berikutan bukan anak jati Perak.

Isu berkenaan timbul apabila ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan pelantikan itu dengan alasan penyanyi, pelakon dan pengacara itu anak kelahiran Muar, Johor.
Mereka mendakwa pelantikan itu tidak munasabah berikutan masih ramai lagi artis anak jati Perak yang layak seperti penyanyi terkenal Jamal Abdillah, M Daud Kilau, Ahmad Shahir Zawawi (juara Akademi Fantasia musim ketujuh), Mamat Khalid (pengarah filem) serta tokoh kartunis terkenal seperti Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat).

Setiausaha Dewan Pemuda Islam Perak, Salman Salleh, berkata pemilihan AC Mizal itu tidak sesuai kerana ramai lagi individu daripada negeri itu sendiri yang lebih berkelayakan.

Ada Apa Kat Tasik Kenyir?

Ada tak antara kawan-kawan yang dah pernah ke Tasik Kenyir?.. Best tak?
.....

Dengan panggilan 340 buah pulau di tengah tasik, 14 air terjun, beberapa jeram serta sungai, Tasik Kenyir sememangnya menyimpan ribuan khazanah alam yang berharga.

“Orang sepatutnya menghargai simfoni semula jadi seperti bunyi unggas dan serangga, kesegaran udara dan juga kedamaian yang dipersembahkan kepada semua. Hormatilah alam yang indah ini,”




Belon Panas !!!

Jika diteliti reka bentuknya, belon udara panas terdiri daripada sebuah belon atau karung beg yang digelar envelope serta berupaya menampung udara panas dalam jangka masa tertentu.

Tergantung di bawah envelope adalah sebuah gondola atau bakul diperbuat daripada rotan berfungsi sebagai pembawa penumpang serta sumber bahan api bagi menggerakkan belon udara panas.

Pada hari ini, kebanyakan envelope diperbuat daripada fabrik jenis nilon, manakala permukaan mulut belon (skirt) berhampiran penunu gas (burner) diperbuat daripada bahan tahan panas seperti Nomex.

Di Malaysia, pendedahan mengenai belon udara panas bermula sejak 16 tahun lalu melalui penganjuran sukan berkenaan di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

Bercerita lebih lanjut mengenai perkembangan sukan udara jenis itu di negara ini, juruterbang belon berpengalaman, Nordin Hussain memberitahu, bahan pembakar yang sesuai digunakan bagi menggerakkannya adalah gas asli cecair (LPG).

“Disebabkan iklim yang agak panas di negara ini, kita cenderung menggunakan bahan pembakar LPG berbanding gas nitrogen yang digunakan secara meluas di negara luar terutama di Eropah.

“Namun, bagi memastikan prestasi penerbangan belon lebih berkuasa, kami menggunakan sebanyak 20 peratus gas nitrogen,” katanya ketika ditemui di Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2011 baru-baru ini

~ Seronok aje bila nengok kawan-kawan yang berpeluang ke Festival Belon udara panas di Putrajaya baru-baru ini. Pembaca blog ALL IN ONE ni ada ke yang pergi sana haritu.. Nak share pengalaman ke?.. Silakan..

BELON PANAS!! Pernah Naik?

~Kawan -kawan pernah naik tak?.. Kalau fobia pada ketinggian.. tak dapatle naik ye.. Tapi, mesti best kan dapat menikmati pemandangan cantik dari atas..
Sesekali teringinnn..

PUTRAJAYA 17 Mac – Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya ke-3 dilancarkan hari ini di Monumen Alaf Baru di Presint 2 oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal.

Sejumlah 27 peserta daripada 14 buah negara mengambil bahagian dalam fiesta tersebut.

Antara negara yang mengambil bahagian dalam pertunjukan sehingga Ahad ini ialah Amerika Syarikat, Jepun, Belgium, Switzerland, New Zealand, Belanda, Perancis, Jerman, United Kingdom, India, Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Pelbagai bentuk belon seperti watak Darth Vader, Doraemon, Woodrow C. Greenleaf Upside dan Mauriske melakar langit Putrajaya yang pertunjukannya dijangka menarik sehingga 250,000 pengunjung.

Orang ramai turut berpeluang menaiki beberapa belon panas. – Bernama

Berkira-kira pergi pulau?.. Tak Jadi?

~Lepas baca berita ni... mengejutkan juga.. Alhamdulillah tiada yang terkorban..

BESUT - Seramai 37 penumpang termasuk tiga pelancong asing melalui detik-detik cemas apabila terpaksa terjun ke laut selepas bot penumpang yang mereka naiki terbakar sebelum karam.

Kejadian pada pukul 10.45 pagi itu berlaku kira-kira empat batu nautika dari Timur Laut Kuala Besut iaitu selepas 20 minit bot itu meninggalkan Jeti Kuala Besut menuju ke Pulau Perhentian.

Selain tiga pelancong warga asing bersama seorang rakan warga tempatan, turut berada dalam bot itu adalah 33 ahli rombongan dari Melaka berserta seorang jurumudi dan dua pekerja bot terbabit.

Akibat kejadian itu seorang ahli rombongan dari Melaka, Nurizam Hasan, 38, melecur di kedua-dua belah tapak tangan dan muka manakala sepasang suami isteri berusia 30-an daripada rombongan itu pula mengalami sesak nafas.

Ketiga-tiga mangsa itu kini dirawat di Hospital Besut di sini manakala mangsa-mangsa lain menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.

Seorang mangsa, Arman Arshad, 34, berkata, rombongan dari Melaka itu yang sedang dalam percutian sempena cuti sekolah disertai seramai 17 kanak-kanak berusia antara lapan hingga 12 tahun.

Turut serta dalam rombongan dari Melaka itu ialah 16 orang dewasa iaitu sembilan wanita dan tujuh lelaki.

Tiga pelancong warga asing itu pula berasal dari United Kingdom dan dalam jadual melancong ke Pulau Perhentian.

sumber kosmo..
ALL IN ONE

KLIK UNTUK HADIAH iPAD PERCUMA!!!

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kata orang Brunei ‘jelajah tanah Mekah’

Sekali sekala membaca segmen kolumnis.. banyak juga mesej yang boleh dapat.. Serius serius juga.. Ni nak kongsi yang menarik hati je..(sinar harian)

***
Kini kolumnis sedang menjelajah Vietnam. Minggu depan, insya-Allah, saya akan ceritakan pengalaman saya di Vietnam. Melawat hatta di negeri sendiri pun digalakkan kerana lawatan melapangkan fikiran, membuka mata dan menyegarkan minda. Melanconglah semasa sihat walafiat, begitu juga menunaikan fardu haji – kata orang Kelantan ‘naik haji’, orang Brunei ‘jelajah tanah Mekah’. Apa pun istilah diguna jelajahlah dunia sebelum kesempatan mendarat di bulan. Kalau anda sanggup membayar berjuta ringgit anda bisa melancong ke bulan.

Apakah matlamat muda-mudi kita? Apakah sasaran negara dan di mana destinasi kita? Dan apa pula cita-cita anda dan untuk anak-anak anda? Dengarlah apa kata kerajaan, apa pula kata pembangkang. Sebagai manusia diberi akal oleh Allah SWT kita harus membuat tafsiran yang bijak, kita harus mencuba bersikap adil. Nasihat Speaking: use your common sense though common sense is not common – gunalah akal budi walaupun akal budi tidak miliki semua orang

***
Nak duit lebih tak?..
silakan klik..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...