Nak Souvenier best?

Showing posts with label Metro. Show all posts
Showing posts with label Metro. Show all posts

Sebelum beli Perfume, jom survey dulu.


Koleksi Scents Of The World terdiri daripada lima haruman segar yang mengasyikkan iaitu Amazonian Wild Lily, Madagascan Vanilla Flower, Japanese Cherry Blossom, Indian Night Jasmine dan Atlas Mountain Rose. 

Malah, selain memakai satu jenis saja, kelima-lima wangian itu boleh digabungkan bersama dua atau tiga pewangi bagi mendapatkan haruman unik dan tersendiri, mengikut kreativiti pemakai. 

Amazonian Wild Lily diserikan dengan ekstrak bunga orkid putih, iris putih, kayu hutan dan betik hijau serta dilengkapkan dengan kehadiran ekstrak bunga teratai putih yang diambil khas dari Brazil. 

Sementara itu, Madagascan Vanilla Flower mencetuskan rasa hangat dengan tiupan bayu dari Afrika bersama aura oriental dan bauan harum serta sedap berasal dari ekstrak ambar, vanila dan bungaan frangipani dari bumi Madagascar. 

Wangian dengan tema Japanese Cherry Blossom pula mampu menzahirkan sisi romantik si pemakai melalui haruman bersifat buah-buahan dan bunga-bungaan digabung bersama epal Fuji, bunga Magnolia Cina dan sakura dari daerah Kyoto, Jepun

Idea untuk seludup dadah.

ANGGOTA keselamatan mengeluarkan gula-gula berisi dadah di lapangan terbang Ghana.
ANGGOTA keselamatan mengeluarkan gula-gula berisi dadah di lapangan terbang Ghana.

Bab Makanan Kalau p Melancong..

~PASTIKAN YANG HALAL YE..

Tips melancong.(hmetro)
Makan di restoran tempatan 

Bagi memudahkan anda mempelajari bahasa sesuatu tempat yang dikunjungi, makanlah di restoran masyarakat tempatan. Sebaiknya cuba elak menjamu selera di restoran yang menggunakan dua bahasa pada menu makanan mereka. 

Makan di warung atau restoran tempatan yang menjadi pilihan penduduk tempatan tetapi bukan yang selalu dikunjungi pelancong asing. 

Secara tidak langsung, anda bukan saja boleh merasa keenakan makanan yang disajikan dengan harga yang murah tetapi anda juga dapat mempelajari bahasa mereka dengan lebih dekat. 

Bagi memudahkan anda, carilah seseorang untuk membantu anda memahami menu makanan yang ada dan anda dapat menikmati makanan yang sedap dengan harga yang berpatutan.

Semua Pandai English ke?

Tips melancong (hmetro)
Jangan ragu meminta bantuan 

Di mana pun anda bercuti, pasti akan ada juga orang yang boleh berbahasa inggeris walaupun tidak selancar mana. Justeru, jika anda berdepan dengan masalah, jangan ragu untuk meminta bantuan. 

Walaupun sukar untuk menyatakan bantuan yang diinginkan, namun sedikit sebanyak ia boleh membantu. 

Best Western Premier Dua Sentral

~Kat mana hotel ni?
Sila google sendiri..
Hehe..
Harganya?..hmmm


Best Western Premier Dua Sentral menawarkan 362 bilik kontemporari yang berkeluasan dari 34 hingga 183 meter persegi.
Setiap bilik dilengkapi dengan fasiliti menarik seperti televisyen paparan cecair kristal (LCD), pemain cakera padat digital (DVD) dan stesen dock iPod malah ia turut menawarkan capaian Internet di dalam bilik.
Nikmati pelbagai masakan yang menyelerakan di Kembali Kitchen di lobi hotel dengan hidangan tradisional tempatan dan antarabangsa. 

Tempat Menarik di Sabah: Desa Dairy Farm.

~Kawan-kawan yang dah pergi ke Sabah ada mencadangkan supaya ke sini. Katanya sebijik macam kat New Zealand.. Ha.. menarik tu. Teringin la nak pergi. Memang banyak lagi tempat-tempat menarik kat Malaysia ni yang belum diterokai.
Kat tempat sendiri pun entah-entah belum juga habis round lagi. Mana tahu kot kot ada air terjun menarik kat dalam hutan belakang rumah?.. Atau ada pantai yang belum diterokai tak jauh dari kediaman? (mimpi la tu..)

OKeyla.. tempat percutian menarik kat Sabah ni boleh masuk diari.. Boleh la kita g untuk tahun depan.. ye tak..
pix_middle

NFO

> Desa Daily Farm dibuka pada tahun 1981 dengan 
keluasan 199 hektar

> Pengeluaran sebanyak 900,000 liter susu disasarkan mensasarkan Desa Cattle (S) Sdn Bhd setahun 

> Dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang

> Bayaran RM3 (dewasa) dan RM2 (kanak-kanak)

Video Youtube Shila Amzah Asian Wave 2012.

Video Youtube Shila Amzah Asian Wave 2012.


    Masih belu puas bila menonton Video Youtube Shila Amzah Asian Wave 2012 yang dia menang baru-baru ni. Kalau kawan-kawan belum saksikan, bolehla google "Video Youtube Shila Amzah Asian Wave 2012" tu. Kalau tengok memang meremang le bulu roma dengan vokalnya yang POWER itu.

     Shila Amzah ni memang pandai berbahasa mandarin ye. Untungnya dia. Nur pun kalau boleh nak sangat belajar bahasa mandarin.. Takpun bahasa Korea- senang le nak layan kimchi drama nanti. hehe. Untung kalau kita ni dapat kuasai pelbagai bahasa.. Nur ni bahasa Inggeris pun masih terkapai-kapai di pelabuhan..

Jom layan dulu.. nak g cari Video Youtube Shila Amzah Asian Wave 2012.


hmetro:  Gadis berusia 22 tahun itu berjaya mendapat perolehan termanis dalam sejarah kerjayanya kerana mampu menjejaki kejayaan artis senior beliau di peringkat antarabangsa seperti Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, Ziana Zain, Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Deja Moss.
Nyata sekali kejayaan artis kita dalam mana-mana pertandingan nyanyian di peringkat dunia seharusnya dibanggakan kerana artis kita menjunjung nama Malaysia di mata dunia.


eNJIN CARIAN Google akan diganti?

eNJIN CARIAN Google akan diganti?



TEHERAN: Pemimpin Iran mengumumkan akan memperkenalkan alternatif tempatan untuk Google dan perkhidmatan e-mel kepada rakyatnya tidak lama lagi. Langkah itu dibuat ketika media negara dan beberapa pegawai meningkatkan aduan mereka atas keputusan Teheran untuk mengharamkan Gmail sebagai tindak balas terhadap filem anti-Islam, lapor akhbar, semalam.
Timbalan Menteri, Ali Hakim Javadi berkata, pihak berkuasa Iran akan mempertimbangkan menarik balik sekatan Gmail tetapi masih mahu memperkenalkan alternatif e-mel tempatan: enjin carian Fakhr (Kebanggaan) dan perkhidmatan e-mel Fajr (Fajar), lapor Aftab. 
Minggu lalu, Iran menyekat Gmail, tetapi tidak enjin carian Google, sebagai tindak balas terhadap arahan mahkamah yang berkait dengan penyebaran video bajet rendah anti-Islam dikeluarkan dari YouTube. - AP


Bajet (Belanjawan ) 2013 / Mahasiswa TAK LAYAK BR1M.

Bajet (Belanjawan ) 2013 / Mahasiswa TAK LAYAK BR1M.



KUALA LUMPUR: Pejabat Menteri Kewangan hari ini menjelaskan bahawa pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.
Pelajar IPT bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara, demikian menurut kenyataan Kementerian Kewangan yang dikeluarkan hari ini. 

"Program Baucar Buku 1Malaysia yang dulunya bernilai RM200, adalah kesinambungan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kos membeli buku kepada para pelajar dan melibatkan peruntukan sebanyak RM325 juta," menurut kenyataan itu. 

Penjelasan itu dibuat susulan beberapa laporan akhbar hari ini berhubung pemberian BR1M 2.0, yang menyebut bahawa golongan siswazah dan penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas, layak menerima bantuan itu.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat lepas memaklumkan bahawa di bawah projek BR1M 2.0, hanya isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM500.



Bantuan itu kali ini turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, dan mereka layak menerima bantuan sebanyak RM250. - Bernama

Saya ingin bergelar doktor

hmetro.

DIBESARKAN dalam keluarga gimnas, Nur Eli Ellina Azmi, pemenang pingat perak Sukan Sea Indonesia 2011 ini bercita-cita menjadi doktor.

SOALAN (S): Jika anda bukan atlet, apa karier pilihan anda?

NUR ELI ELLINA AZMI (NEA):
 Sejak kecil saya memang bercita-cita untuk bergelar bijak pandai. Oleh itu saya ingin bergelar doktor kerana kerjaya itu tidak mudah untuk diceburi. 

S: Apa yang menarik minat anda untuk menceburi bidang berkenaan?

NEA:
 Saya begitu meminati subjek sains seperti biologi dan kimia dan ingin bekerja di makmal perubatan. Doktor adalah orang penting dalam dunia perubatan terutama dalam mendiagnosa penyakit dan mengkaji formula perubatan tertentu.


S: Siapa mendorong anda untuk menjadi doktor? Ahli keluarga mungkin?

NEA:
 Tiada ahli keluarga yang mempengaruhi saya untuk meminati kerjaya sebagai doktor. Saya sememangnya meminati sains dan teruja menyaksikan kehebatan mereka dalam bidang perubatan di kaca televisyen menjalankan tugas dalam rancangan tertentu umpamanya siri penyiasatan popular CSI. 

Gambar Kontroversi Kate :

Gambar Kontroversi Kate :

~ Bila dah jadi tumpuan dunia.. kat mana-mana pun diperhatikan. Lepastu selamba je nak tanggung disaman. Mungkin untungnya berjuta juta kot..


LONDON: Hanya dua minggu lalu, dunia dikejutkan dengan penyebaran gambar separuh bogel isteri Putera William, Kate Middleton oleh majalah Perancis.
Semalam, majalah gosip Denmark, Se og Hør menyiarkan lebih banyak gambar yang memalukan bakal Permaisuri Britain berkenaan yang dirakam oleh paparazi ketika pasangan terbabit bercuti di Provence, Perancis.
Tetapi kali ini, ia lebih teruk, gambar yang disiarkan termasuk menunjukkan Kate tanpa seluar dalam.

Gambar itu disiarkan majalah terbabit selepas ia mengiklankan janji untuk menunjukkan isteri William berbogel sepenuhnya minggu lalu.

Pengarang Se og Hør, Kim Henningsen memberitahu Belfast Telegraph sebelum ini: “Ia gambar unik seorang selebriti Kelas-A. Kami adalah majalah gossip paling unggul di Denmark dan sudah menjadi tugas saya untuk menyiarkannya.

“Jika keluarga diraja Britain ingin menyaman, kami terima dan kami akan menanganinya.”

Rancak Berborak, Kemudian Mati

KUANTAN: Kerancakan dua sahabat berbual sambil menaiki motosikal tidak bertahan lama apabila seorang daripada mereka maut selepas kenderaan ditunggangi mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 15, Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Kampung Semangat, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa yang juga pembonceng dikenali sebagai Muhamed Nazri Mat Yusof, 53, dari Kampung Pulau Jawa, Pekan, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat cedera parah di kepala.

Rakannya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah, Rosdan Bidin, 46, hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Menceritakan detik kemalangan itu, Rosdan berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan pulang ke Pekan selepas menziarahi rakan yang sakit di HTAA sebelum motosikalnya ditahan mangsa yang mahu menumpang di Jalan Gambang.

*** Bila baca kat Metro tadi, terkejut juga. Tapi bila baca berita penuh barula faham rupanya mati akibat kemalangan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...