WILLIAM (berbaju merah) menaiki sebuah perahu perang di Tavanipupu, Kepulauan Solomon .
Showing posts with label prince william. Show all posts
Showing posts with label prince william. Show all posts
Kalau dah glamer.. Kate & William.
~Kalau dah orang glamer, buat apa-apa pun jadi tumpuan kan. Kawan-kawan pernah ke naik perahu macam ni?.. Kalau naik bot laju tu pernahle..

Gambar Kontroversi Kate :
Gambar Kontroversi Kate :
~ Bila dah jadi tumpuan dunia.. kat mana-mana pun diperhatikan. Lepastu selamba je nak tanggung disaman. Mungkin untungnya berjuta juta kot..
LONDON: Hanya dua minggu lalu, dunia dikejutkan dengan penyebaran gambar separuh bogel isteri Putera William, Kate Middleton oleh majalah Perancis.
Semalam, majalah gosip Denmark, Se og Hør menyiarkan lebih banyak gambar yang memalukan bakal Permaisuri Britain berkenaan yang dirakam oleh paparazi ketika pasangan terbabit bercuti di Provence, Perancis.
Tetapi kali ini, ia lebih teruk, gambar yang disiarkan termasuk menunjukkan Kate tanpa seluar dalam.
Gambar itu disiarkan majalah terbabit selepas ia mengiklankan janji untuk menunjukkan isteri William berbogel sepenuhnya minggu lalu.
Gambar itu disiarkan majalah terbabit selepas ia mengiklankan janji untuk menunjukkan isteri William berbogel sepenuhnya minggu lalu.
Pengarang Se og Hør, Kim Henningsen memberitahu Belfast Telegraph sebelum ini: “Ia gambar unik seorang selebriti Kelas-A. Kami adalah majalah gossip paling unggul di Denmark dan sudah menjadi tugas saya untuk menyiarkannya.
“Jika keluarga diraja Britain ingin menyaman, kami terima dan kami akan menanganinya.”
Kate & William di KLCC: tidak mampu berkata-kata
KUALA LUMPUR - Lebih 3,000 orang dari segenap lapisan masyarakat membanjiri Taman Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pagi ini bagi melihat dengan lebih dekat lagi pasangan diraja Britain Putera William dan Catherine.
Duke dan Duchess of Cambridge yang tiba pada pukul 10.30 pagi itu disambut dengan sorakan daripada orang ramai yang tiba seawal pukul 8 pagi sambil mengibarkan bendera Malaysia dan Britain.
Pasangan itu dibawa menaiki buggy dari luar pusat membeli-belah Suria KLCC sehingga ke pintu masuk taman dan kemudian berjalan kaki untuk bersalaman dan melambai kepada orang ramai.
Ketibaan Putera William dan Catherine di Taman KLCC disambut dengan paluan gendang dan tarian kebudayaan dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara serta dipersembahkan dengan alunan alat muzik tradisional daripada pelbagai kaum iaitu gambus, kulintangan, sape, sitar dan er hu.
Orang ramai yang hadir ternyata teruja dan kagum dengan kecantikan Catherine yang memakai gaun paras lutut berwarna putih mutiara dan kesegakan William yang menyarungkan sut berwarna biru gelap.
Putera William dan Catherine atau lebih dikenali sebagai Kate sentiasa melemparkan senyuman kepada orang ramai yang turut memberikan kuntuman bunga ros serta pasangan itu juga beramah mesra dengan orang ramai tidak kira usia dan bangsa.
Priyenshar Sebastian, 19, yang datang sejak 8 pagi bersama rakannya Sangeeta Arokiasamy, 22, gembira sehingga tidak mampu berkata-kata apabila melihat pasangan diraja itu di hadapan mata mereka.
Lagi gambar Prince William & Kate Middleton.
PUTERA William dan isteri melihat bunga orkid yang diberi nama sempena nama ibunya, Puteri Diana di Taman Botanikal Singapura semalam.
|
Merpati Sejoli...
~Sesuai kan mereka berdua ni.. Bila nak dapat anak pulak?
Pewaris takhta diraja Britain, Putera William bersama isterinya Kate Middleton tiba di Singapura pada Selasa bagi memenuhi siri jelajah jubli emas Ratu Elizabeth II. Duke dan Duchess of Cambridge itu akan melawat negara ini bermula Khamis hingga Sabtu sebelum berangkat ke Kepulauan Solomon dan Tuvalu pada Ahad ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)