Nak Souvenier best?

Showing posts with label ucapan bajet. Show all posts
Showing posts with label ucapan bajet. Show all posts

Bajet (Belanjawan ) 2013 / Mahasiswa TAK LAYAK BR1M.

Bajet (Belanjawan ) 2013 / Mahasiswa TAK LAYAK BR1M.



KUALA LUMPUR: Pejabat Menteri Kewangan hari ini menjelaskan bahawa pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.
Pelajar IPT bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara, demikian menurut kenyataan Kementerian Kewangan yang dikeluarkan hari ini. 

"Program Baucar Buku 1Malaysia yang dulunya bernilai RM200, adalah kesinambungan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kos membeli buku kepada para pelajar dan melibatkan peruntukan sebanyak RM325 juta," menurut kenyataan itu. 

Penjelasan itu dibuat susulan beberapa laporan akhbar hari ini berhubung pemberian BR1M 2.0, yang menyebut bahawa golongan siswazah dan penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas, layak menerima bantuan itu.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat lepas memaklumkan bahawa di bawah projek BR1M 2.0, hanya isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM500.



Bantuan itu kali ini turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, dan mereka layak menerima bantuan sebanyak RM250. - Bernama

Pasal Bonus 1 bulan setengah, Tiada lagi Monday Blues untuk kakitangan awam..


~Dah takde Monday Blues la ye para kakitangan awam.. Bekerjalah ekau sekueknyo..
Tahniah juga diucapkan.. (ada yang jeles ni..)

Bonus 1,5 bulan gaji.


kosmo: KUALA LUMPUR - Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus satu bulan setengah gaji manakala pesara akan menerima RM500 sebagai tanda kerajaan mengenang budi mereka dalam bersama-sama membangunkan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bonus itu termasuk imbuhan setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas.
"Bayaran bonus akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan," katanya ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat .

Bajet (Belanjawan ) 2013 / Harga GULA dijangka Naik.


Berikutan entry INI.. berikut komen yang diterima..


insan marhaen said...
Pada IM, harga gula naik sebenarnya hanya memperkayakan taukeh besar gula (RK) dan menyusahkan rakyat bawahan.

Betulkah dengan menaikkan harga gula akan mengurangkan kes diabetis? Dah berapa kali harga gula dinaikkan adakah peratus pesakit diabetis menurun?

Sama juga kes menaikkan harga rokok, adakah peratus perokok menurun?

Sama juga dengan menaikkan saman trafik, adakah kadar kemalangan menurun?

Kalau benar kerajaan mahu mengawal diabetis kenapa perlu dengan menyusahkan rakyat bawahan dan mengkayakan taukeh gula, taukeh kilang biskut, taukeh nestle dll.

gambar gula / sugar naik harga
google image

Bajet (Belanjawan) 2013 / Nak beli Smartphones dengan rebat 200.

Bajet (Belanjawan) 2013 / Nak beli Smartphones dengan rebat 200.


Perdana menteri kita telah bermurah hati nak bagi REBAT rm200 UNTUK PEMBELIAN smartphones. Terlonjak kegembiraan la sebab akhirnya cita-cita nak membeli SMARTPHONES ni bakal menjadi kenyataan setelah Bajet 2013 dibentangkan semalam..

Apa syaratnya ye untuk mendapat Rebat RM200 Telefon pintar 3G ni?..
umur 21-30 tahun SAHAJA ye.. (sila garu kepala bagi yang tak layak..)

Nur nak tahu.

  • Apakah jenis-jenis SMARTPHONES yang boleh dibeli (ada yang tak kenal smartphones tu phone yang bagaimana.. kena google la ciri-ciri sebuah telefon tu dikatakan layakl mendapat gelaran smartphones. Atau ada kawan-kawan nur yang boleh bantu?
  • Dimanakah lokasi lokasi atau kedai yang boleh digunakan Rebat RM200 Smartphones ni?.. Ceciter..
  • Bilakah Rebat ini boleh didapati dan bagaimana nak daftar untuk buat permohonan?



gambar smartphones: bajet 2013
Gambar kat atas ni antara jenis smartphones yang nur tahu le.. Samsung, Blackberry dan HTC.. iPhone5 tu bukan ke?

Bajet (Belanjawan ) 2013 / Cara nak daftar BR1M 2.0 orang bujang.

Bajet (Belanjawan ) 2013 / Cara nak daftar BR1M 2.0 orang bujang.


     Beruntunglah ye jadi orang bujang ni yang bakal mendapat DURIAN RUNTUH BR1M 2.0. Dalam PEMBENTANGAN BAJET 2013 semalam, perdana menteri telah umumkan pemberian wang sebanyak RM 250 kepada golongan bujang. Syaratnya adalah golongan itu yang berpendapatan kurang dari RM2000. Persoalan Nur adalah, kalau orang bujang tu tak bekerja atau pun masih bergelar student, adakah dia layak untuk mendapat INSENTIF itu? Cer jawab..

Syaratnya untuk dapat BR1M.:

  • orang bujang itu berumur 21 tahun ke atas. (kiranya bujang terlajak pun layak la kan..)
  • pendapatan kurang RM2000.


Bagi bantuan untuk isi rumah BR1M pula, pendapatan isi rumah adalah kurang daripada RM3000 dan akan diberi RM 500. (jadi kalau dalam keluarga tu ada anak bujang seorang yang memnuhi syarat  bolehla dapat RM750 jumlahnya.)

Cara nak memohon BR1M 2.0 (bagi yang pernah dapat tahun lepas takyah daftar)

-pemohon perlu daftar bermula NOVEMBER secara online atau pergi ke Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah atau Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- Bayaran akan dibuat pada Januari.

~Tak sabar.. menumpang gembira.

Bajet (Belanjawan) 2013 / Naik Gaji? Bonus

Bajet ( Belanjawan) 2013 / Naik Gaji? Bonus

~Esok akan ada PEMBENTANGAN BAJET 2013 yang akan bersiaran langsung di kaca-kaca TV sama ada RTM, TV3, ASTRO, TV9 dan TV Al Hijrah. Bagi yang tak dapat menonton SECARA LANGSUNG BAJET 2013 di kaca TV, dalam web pun ada web yang akan siarkan BAJET 2013. Selain itu boleh juga download pembentangan bajet 2013 itu nanti.

     Bagi rakyat biasa seperti nur ini.. apa yang ditunggu adalah pemberian INSENTIF untuk golongan yang memerlukan. Macam BR1M tahun lepas ke.. Dan boleh juga menumpang gembira jika diumumkan KENAIKAN GAJI dalam BAJET 2013 itu nanti. Seperti dalam keratan ini, jangkaan kenaikan gaji atau bonus akan dibentangkan nanti

SH: Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman yakin isu kebajikan penjawat awam akan disentuh dalam  pembentangan Bajet 2013, yang dijangka pada 28 Sept ini, selaras dengan usaha menambah baik kualiti perkhidmatan melalui penyampaian berkesan

~Cuma pesan nur, kalau gaji dah naik tu, besar;ah harapan agar kerja yang dilakukan itu adalah berkualiti setaraf gaji tu. Jangan makin naik gaji makin sombong pula.Syukurla kita diberi kerajaan yang baik dan negara 1MALAYSIA yang aman.

Lagi kalau nak tahu pendapat tentang BAJET 2013 boleh la baca kat sini.  http://1malaysia.com.my/my/blog/budget-2013-i-want-your-views/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...