Nak Souvenier best?

Showing posts with label bonus sebulan gaji. Show all posts
Showing posts with label bonus sebulan gaji. Show all posts

Pasal Bonus 1 bulan setengah, Tiada lagi Monday Blues untuk kakitangan awam..


~Dah takde Monday Blues la ye para kakitangan awam.. Bekerjalah ekau sekueknyo..
Tahniah juga diucapkan.. (ada yang jeles ni..)

Bonus 1,5 bulan gaji.


kosmo: KUALA LUMPUR - Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus satu bulan setengah gaji manakala pesara akan menerima RM500 sebagai tanda kerajaan mengenang budi mereka dalam bersama-sama membangunkan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bonus itu termasuk imbuhan setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas.
"Bayaran bonus akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan," katanya ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat .

Gaji Bulan Ogos 2012.

~macamana persediaan raya kawan-kawan? Bagi yang dah siap sedia, untungla tak payah nak fikir banyak2 bulan puasa ni. Boleh tumpu pada ramadhan ni. Kalau yang suka prepare last minute tu.. tinggal 10 hari lagi la nak buat persediaan. Seronoknya bagi mereka yang dapat BONUS tu kan. Jomla share-share .. hehe..

Dan juga tinggal 10 hari kita nak melipatgandakan amalan- mencari LailatulQadr. 
Ada yang bagi petua nak cari LailatulQadr juga kan.

Merujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 6 Tahun 2011, pembayaran gaji bagi bulan Ogos 2012 ditetapkan pada 13 Ogos 2012 (Isnin) bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dijangka pada 19 Ogos 2012.

Selain itu, berikutan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan Malaysia pada 25 Julai 2012, pembayaran Imbuhan Tahunan & Bayaran Khas Prestasi pula akan dilakukan pada 09 Ogos 2012 (Khamis)
Bagi bulan September, pembayaran gaji adalah seperti yang telah dijadualkan iaitu  pada 25 September 2012 (Selasa).
Harap maklum dan sekian terima kasih.- sumber anm.

Penjawat Awam Tersenyum Lebar?

~BEST LA EK..
NAK TUMPANG GEMBIRA JUGE LA..

SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pemberian imbuhan sempena Aidilfitri bergantung kemampuan kerajaan.


"Malah bonus ini dianggap sebagai tradisi kerana dua tahun lalu, penjawat awam mendapat sagu hati RM1,000 menjelang Aidilfitri iaitu RM500 sebelum dan selepas perayaan itu.

"Pemberian bonus raya perlu diberikan mengikut gred masing-masing dari sebulan hingga tiga bulan gaji," katanya.


Menurutnya, pemberian bonus itu bukan sahaja meringankan beban mereka, tetapi penjawat awam dan pesara juga dapat menikmati kemeriahan Aidilfitri nanti.

“Kami berharap bonus raya dapat menceriakan sambutan hari raya dengan lebih bermakna memandangkan perbelanjaan mereka akan meningkat untuk persediaan tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Cuepacs mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan

Penjawat Awam: Hari Pesara . 19 JULAI.

~TAHUN INI PM ISYTIHAR 19 JULAI ADALAH HARI PESARA PENJAWAT AWAM. xcuti ke?


KUALA LUMPUR - Setiap 19 Julai, Malaysia akan meraikan Hari Pesara Penjawat Awam sebagai menghargai jasa pesara penjawat awam dalam membantu membangunkan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata kerajaan telah membela kebajikan lebih 400,000 pesara penjawat awam dengan baik dan berharap pihak lain turut menunjukkan keprihatinan terhadap mereka.

Ketika berucap merasmikan Perhimpunan Perdana Pesara Kerajaan 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan.

"Sebagai Perdana Menteri dan wakil kerajaan, sokongan tuan-puan semua amat besar ertinya (bagi kami)," katanya kepada kira-kira 3,500 pesara penjawat awam dari seluruh negara yang menghadiri majlis itu.

Pada majlis sama, Najib turut melancarkan Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (Kupekmas) yang akan menjadi perantara pesara penjawat awam dengan kerajaan serta membela nasib mereka.

Turut hadir Presiden Kupekmas Datuk Omar Osman yang juga Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). - Bernama

Bonus Setengah Bulan Gaji Penjawat Awam , BAJET 2012.

SERONOKLA YE PARA PENJAWAT AWAM DAPAT BONUS SETENGAH BULAN GAJI SEMPENA BAJET 2012 ...


KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk memberi bonus tambahan setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada 1.3 juta kakitangan awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata bayaran bantuan RM500 juta akan dibayar kepada pesara kerajaan.

Jumlah yang sama dibayar kepada mereka pada Ogos lalu.

“Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

“Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji dengan bayaran minimum RM1,000 bagi penjawat awam dan bantuan RM1,000 bagi pesara kerajaan,” kata beliau ketika membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Katanya, bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta kakitangan awam serta 618,000 pesara kerajaan.

“Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja RM4 bilion,” katanya.

Gaji Naik 40%.. Biar betik..

Macam-macam la ura ura..
Mestila ada ura ura..

Kalau tak macamana nak meYAKINkan rakyat.

Macam kita periksa juga.
Mestila nak yang terbaik..
Nak kekalkan prestasi kita..

Kalau ada yang berupaya menjatuhkan peratus..
Takpayah ambil PERIKSA terus ye?..

Tapi..
Mana nak cari yang BETUL BETUL IKHLAS dalam but kerja.
\
TEPUK DADA..
TANYA HATI..

Bonus Kakitangan Awam Sempena Raya 2011. Sah..

BONUS UNTUK KAKITANGAN AWAM SEMPENA RAYA 2011.
dari bhonline.

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA

BOLEHLE MENUMPANG YE..

"jabatan akauntan negara" ANM

NAK CARI APA KAT JABATAN AKAUNTAN NEGARA?
CUBA KLIK KAT SINI:  http://www.anm.gov.my/.

PETIKAN LAMAN WEB:

Laman portal ini dibangunkan sejajar dengan tag-line JANM, iaitu Excellent Accounting @ Your Service dan akronim bagi nama GFMAS (Sistem Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan) iaitu, Go for Maximum Acceptance and Satisfaction. Laman portal ini merupakan saluran alternatif maklumat berkaitan organisasi dan perkhidmatan kami bagi mempertingkatkan prestasi sistem penyampaian awam.

Maklumat yang boleh diperolehi dari laman portal ini meliputi maklumat korporat, organisasi dan perakaunan. Perkhidmatan atas talian seperti semakan baki pinjaman kenderaan dan komputer, e-maklum, e-kursus dan e-peperiksaan juga disediakan bagi memudahkan tuan-tuan dan puan-puan berurusan dengan jabatan ini tanpa hadir ke pejabat . Tuan-tuan dan puan-puan juga dialu-alukan mengemukakan cadangan-cadangan yang konstruktif supaya penambahbaikan laman portal dapat dijalankan secara berterusan.

OH, BOLEH CEK PINJAMAN BAGAI YE KAT LINK NI.. SERTA YANG PENTING 
BOLEH CEK GAJI..
PRINT PENYATA GAJI.. PASTU BOLEH TAMBAH HUTANG!! HEHE..

Komen Tentang GAJI MINIMUM.

~Apa? 3000 pun belum cukup?
Tapi kan.. kalau gaji besar, cara spend duit tu pun besar juga ek?
Gaji kecil.. spend pun kecil juga..
Betul ke tak betul pendapat ni..

RM3000 pun belum tentu nak cukup. :( mungkin sebab taraf hidup skrg makin tinggi.
 Ataupun sifat boros diri sendiri yg tak terkawal. Hehehe

“Harga barang naik, tapi gaji masih minimum”

KUALA LUMPUR - Polis menahan 18 individu dalam perhimpunan sempena Hari Pekerja bagi membantah kenaikan harga barang dan menuntut Akta Gaji Minimum dilaksanakan, di sekitar Maju Junction dan Jalan Chow Kit di sini pagi ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Ibrahim berkata, mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.
"Mereka ditahan untuk sementara waktu bagi merekodkan keterangan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Perhimpunan bermula pukul 10.30 pagi disertai hampir 500 pekerja swasta daripada 75 syarikat pelbagai perkhidmatan.
Rata-rata mereka hadir dengan memakai baju berwarna merah dan membawa sepanduk serta kain rentang tertera “kami mahu hak kami”, “gaji minimum”, “harga barang naik, tapi gaji masih minimum” dan sebagainya.
Suasana pada mulanya terkawal apabila mereka berjalan dari Jalan Chow Kit ke Maju Junction menjadi kecoh apabila mereka yang berhimpun tidak berpuas hati dengan penahanan beberapa rakan mereka, dipercayai ingkar arahan polis supaya bersurai.
Mereka kemudian duduk di pekarangan Menara Tabung Haji sambil membaca protes dan ada yang menyanyikan lagu menuntut hak pekerja.
Selepas selesai melaungkan hak mereka, seorang lelaki dilihat menyampaikan kertas “deklarasi satu Mei 2011” kepada Pesuruhjaya Suhakam James Nagayam, yang berada di lokasi perhimpunan.
Nagayam ketika ditemui berkata tuntutan itu akan dibawa ke pihak berkaitan.
Kesemua yang berhimpun bersurai kira-kira pukul 12 tengah hari. - Bernama
~Pada pandangan kawan-kawan, berapakah gaji minimum yang patut diberikan ye?

DUIT GAJI TAK CUKUP.

Kalau nak di ikut kan duit gaji nie memang rasa tak cukup ye la itu nak ini pun nak jugak macam-macam nak beli dan akhirnya jadi tak beli pape pun sebab takut tak cukup sampai gaji nextnye....heeeeee tak pun kau memang kedekut mima...hahaha uishhh.....ape pulak mima just berjimat lol!

Okay... takat gaji ciput memang tak lar nak beli macam-macam event takde anak-anak tuk ditanggung...huuu berangan dulu lar..kot-kot akan datang nak ade business sendiri boleh la jadi lady boss....kamu buat tu buat nie buat buat.....[kejam je

kenapa tak dapat bonus ?

Situasi ekonomi tentukan bonus penjawat awam

17/10/2010 12:31pm

IPOH 17 Okt. - Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, keputusan pemberian bonus kepada penjawat awam bergantung kepada situasi semasa ekonomi negara.

Beliau berkata, kerajaan tidak memasukkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada Bajet 2011 kerana kekangan kewangan yang sedang dihadapi.

"Kita tidak mahu berlakunya defisit dalam kos operasi disebabkan pemberian bonus itu. Bagaimanapun kita beri wang saguhati sebanyak RM1,000, RM500 semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu sementara RM500 lagi pada hujung tahun ini," katanya.

Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, walaupun pemberian wang saguhati tersebut tidaklah begitu besar tetapi ia tidak memberikan kesan defisit kepada perbelanjaan kerajaan.

Jelasnya, kerajaan terpaksa berhutang sekiranya ingin memberikan bonus kepada kesemua 1.2 juta penjawat awam di negara ini yang jumlahnya mencapai RM3.1 billion.

~berjimat cermat amalan mulia.. harap2 500 tu dibelanjakan ke jalan yang betul..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...