Nak Souvenier best?

Showing posts with label gaji. Show all posts
Showing posts with label gaji. Show all posts

egaji online

egaji online anm.
http://www.anm.gov.my/

Setelah bulan lepas, para kakitangan / penjawat awam menerima gaji lebih awal daripada biasa sempena nak menyambut hari bahagia Lebaran 1433H, pastilah tertunggu tunggu bilakah agaknya gaji bulan ini akan masuk. Sebenarnya bagi yang dah biasa sudah semestinya tahu dan siap hafal tarikh penerimaan gaji. Untuk yang jenis tak kisah sangat akan gaji, tentu tak tahu pun gaji tu boleh disemak lebih awal di egaji online kat laman web anm http://www.anm.gov.my/. Mereka bolehla mengetahui akan gaji yang bakal mereka terima.

Biasanya melalui laman web ini, penyata dikeluarkan sebelum hari penyerahan gaji. egaji online ni memudahkan lah bagi setiap orang yang perlukan penyata gaji pada bila-bila masa. Kat cyber cafe pun boleh print.

Ha, macamana? Ada yang dah cek egaji masing-masing? Bolehla menarik nafas lega ye sebab duit gaji dah nak diterima. Bajet bulan ni nak buat beli apa?..senarai dah panjang menunggu tu ye?.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Gaji Bulan Ogos 2012.

~macamana persediaan raya kawan-kawan? Bagi yang dah siap sedia, untungla tak payah nak fikir banyak2 bulan puasa ni. Boleh tumpu pada ramadhan ni. Kalau yang suka prepare last minute tu.. tinggal 10 hari lagi la nak buat persediaan. Seronoknya bagi mereka yang dapat BONUS tu kan. Jomla share-share .. hehe..

Dan juga tinggal 10 hari kita nak melipatgandakan amalan- mencari LailatulQadr. 
Ada yang bagi petua nak cari LailatulQadr juga kan.

Merujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 6 Tahun 2011, pembayaran gaji bagi bulan Ogos 2012 ditetapkan pada 13 Ogos 2012 (Isnin) bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dijangka pada 19 Ogos 2012.

Selain itu, berikutan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan Malaysia pada 25 Julai 2012, pembayaran Imbuhan Tahunan & Bayaran Khas Prestasi pula akan dilakukan pada 09 Ogos 2012 (Khamis)
Bagi bulan September, pembayaran gaji adalah seperti yang telah dijadualkan iaitu  pada 25 September 2012 (Selasa).
Harap maklum dan sekian terima kasih.- sumber anm.

Penjawat Awam Tersenyum Lebar?

~BEST LA EK..
NAK TUMPANG GEMBIRA JUGE LA..

SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pemberian imbuhan sempena Aidilfitri bergantung kemampuan kerajaan.


"Malah bonus ini dianggap sebagai tradisi kerana dua tahun lalu, penjawat awam mendapat sagu hati RM1,000 menjelang Aidilfitri iaitu RM500 sebelum dan selepas perayaan itu.

"Pemberian bonus raya perlu diberikan mengikut gred masing-masing dari sebulan hingga tiga bulan gaji," katanya.


Menurutnya, pemberian bonus itu bukan sahaja meringankan beban mereka, tetapi penjawat awam dan pesara juga dapat menikmati kemeriahan Aidilfitri nanti.

“Kami berharap bonus raya dapat menceriakan sambutan hari raya dengan lebih bermakna memandangkan perbelanjaan mereka akan meningkat untuk persediaan tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Cuepacs mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan

Pendapatan Blogger cecah RM24k?.. Biar betul..

~inilah isu nya..
hebat juga jadi blogger ni..

Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, berkata, dia menerima surat pelantikan pada 13 Mei 2008 dengan gaji bulanan sebanyak RM3,000.

Bagaimanapun, pejabat terbabit membayar kurang RM1,000 setiap bulan.

Menurut bapa kepada tiga orang anak ini, pada asalnya tunggakan baki gajinya berjumlah RM38,000 dengan mengambil kira 38 bulan gaji.

“Namun, selepas pengurusan pejabat berkenaan diambil alih oleh individu lain awal tahun lalu, gaji saya ditahan bermula Mei 2011 tanpa sebarang notis dan alasan,” katanya yang tampil ke pejabat Sinar Harian, di sini semalam.

Ahmad Faisal berkata, dua bulan selepas itu, dia dinasihatkan berhenti kerja, namun dia memberi syarat hanya berbuat demikian sekiranya semua tunggakan baki gajinya dijelaskan.

“Setelah saya mendesak, barulah mereka jelaskan sebahagian daripada jumlah berkenaan iaitu RM11,330 yang diserahkan 20 Disember tahun lalu, termasuk kiraan bayaran penolakan jumlah hutang yang saya pinjam sebelum ini iaitu RM2,300.

“Tetapi baki jumlah RM24,370 lagi masih tidak dijelaskan kerana mereka memberi alasan sudah ditolak daripada beberapa peralatan di bawah penjagaan saya sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak berpuas hati kerana penolakan itu tidak mengambil kira susut nilai barangan diambil; antaranya, tiga buah komputer riba, sebuah kamera kompak dan beberapa peralatan lain yang mempunyai nilai kecil.

“Kalau mereka mahukan kesemua peralatan terbabit saya bersedia memulangkannya semula tetapi mereka menggunakan alasan itu untuk tidak membayar gaji saya," katanya.

Penjawat Awam: Hari Pesara . 19 JULAI.

~TAHUN INI PM ISYTIHAR 19 JULAI ADALAH HARI PESARA PENJAWAT AWAM. xcuti ke?


KUALA LUMPUR - Setiap 19 Julai, Malaysia akan meraikan Hari Pesara Penjawat Awam sebagai menghargai jasa pesara penjawat awam dalam membantu membangunkan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata kerajaan telah membela kebajikan lebih 400,000 pesara penjawat awam dengan baik dan berharap pihak lain turut menunjukkan keprihatinan terhadap mereka.

Ketika berucap merasmikan Perhimpunan Perdana Pesara Kerajaan 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan.

"Sebagai Perdana Menteri dan wakil kerajaan, sokongan tuan-puan semua amat besar ertinya (bagi kami)," katanya kepada kira-kira 3,500 pesara penjawat awam dari seluruh negara yang menghadiri majlis itu.

Pada majlis sama, Najib turut melancarkan Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (Kupekmas) yang akan menjadi perantara pesara penjawat awam dengan kerajaan serta membela nasib mereka.

Turut hadir Presiden Kupekmas Datuk Omar Osman yang juga Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). - Bernama

Gaji Naik 40%.. Biar betik..

Macam-macam la ura ura..
Mestila ada ura ura..

Kalau tak macamana nak meYAKINkan rakyat.

Macam kita periksa juga.
Mestila nak yang terbaik..
Nak kekalkan prestasi kita..

Kalau ada yang berupaya menjatuhkan peratus..
Takpayah ambil PERIKSA terus ye?..

Tapi..
Mana nak cari yang BETUL BETUL IKHLAS dalam but kerja.
\
TEPUK DADA..
TANYA HATI..

Gaji Sektor Awam Naik?

 

Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.

Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.

Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012.-sumber-

Kerja Kat Luar Negara Lagi Untung Maa...

SEBABNYA KAT LUAR SANA GAJI LEBIH BESAU.. BETOL TAK?..


KUALA LUMPUR – Industri minyak dan gas negara kini berhadapan dengan masalah apabila ramai tenaga kerja profesional dan berpengalaman yang berkhidmat dengan beberapa syarikat tempatan kini berhijrah ke Arab Saudi.
Menurut Naib Presiden Pengurusan Sumber Manusia Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Juniwati Rahmat Hussin, walaupun masalah tersebut tidak serius namun usaha perlu dilakukan segera bagi memastikan industri minyak dan gas negara terus berkembang dengan pesat.
“Kita kehilangan ramai pekerja yang berpengalaman menyebabkan program-program latihan merupakan proses yang berterusan bagi memastikan pekerja baharu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan serta pengalaman yang diperlukan.
“Sasaran kami ketika ini ialah melatih pekerja berdasarkan kepakaran masing-masing dan kami tidak mahu mengambil jalan mudah mengambil pekerja daripada syarikat lain sebaliknya bekerjasama dengan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas untuk menghasilkan tenaga kerja mahir di sini semalam.
Syarikat terbabit ialah Baker Huges, Kencana Petroleum Berhad, SapuraCrest Petroleum dan Technip Geoproduction yang memberi peluang kepada 1,200 pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) menjalani latihan amali di organisasi itu selama lapan bulan.

"jabatan akauntan negara" ANM

NAK CARI APA KAT JABATAN AKAUNTAN NEGARA?
CUBA KLIK KAT SINI:  http://www.anm.gov.my/.

PETIKAN LAMAN WEB:

Laman portal ini dibangunkan sejajar dengan tag-line JANM, iaitu Excellent Accounting @ Your Service dan akronim bagi nama GFMAS (Sistem Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan) iaitu, Go for Maximum Acceptance and Satisfaction. Laman portal ini merupakan saluran alternatif maklumat berkaitan organisasi dan perkhidmatan kami bagi mempertingkatkan prestasi sistem penyampaian awam.

Maklumat yang boleh diperolehi dari laman portal ini meliputi maklumat korporat, organisasi dan perakaunan. Perkhidmatan atas talian seperti semakan baki pinjaman kenderaan dan komputer, e-maklum, e-kursus dan e-peperiksaan juga disediakan bagi memudahkan tuan-tuan dan puan-puan berurusan dengan jabatan ini tanpa hadir ke pejabat . Tuan-tuan dan puan-puan juga dialu-alukan mengemukakan cadangan-cadangan yang konstruktif supaya penambahbaikan laman portal dapat dijalankan secara berterusan.

OH, BOLEH CEK PINJAMAN BAGAI YE KAT LINK NI.. SERTA YANG PENTING 
BOLEH CEK GAJI..
PRINT PENYATA GAJI.. PASTU BOLEH TAMBAH HUTANG!! HEHE..

GAJI AKAN NAIK 15-20%?

~Kalau gaji naik juga tak kisahle kalau harga barang naik.. Tapi kalau harga barang terus naik sedangkan gaji tetap sama memang mendatangkan masalah..


KUALA LUMPUR – Kelly Servi- ces (M) Sdn. Bhd. (Kelly Malay- sia) meramalkan permintaan terhadap pekerja berkemahiran akan terus meningkat dalam sektor- sektor pertumbuhan dengan kenaikan gaji antara 15 hingga 20 peratus pada tahun ini dan tahun depan.
Menurut Pengarah Urusan Singapura dan Malaysia Kelly Malaysia, Melissa Norman, sektor- sektor terlibat adalah perbankan dan kewangan, teknologi maklumat, kejuruteraan, perkhidmatan, digital, telekomunikasi, bioteknologi dan sains hayat.
“Kami melihat terdapat aliran keluar pekerja-pekerja berkemahiran ke negara-negara serantau, namun demikian, mobiliti bakat juga berlaku di dalam negara dengan para pekerja berkemahiran ini sanggup berubah tempat kerja.
“Di samping itu, majikan juga dilihat sanggup membayar gaji yang lebih tinggi bagi pekerja yang mampu bergerak sendiri dan memerlukan latihan yang minimum dalam organisasi mereka,” katanya pada majlis pelancaran buku Pandangan Pengambilan Pekerja dan Panduan Gaji 2011/12 atau dikenali sebagai Panduan Gaji Kelly di sini semalam.

Harga gula naik lagi..

Salam siaran waktu malam.
Sebelum masuk beradu, nak juga bercerita lagi.
Tadi kat twitter the star Ada kisah gula naik harga lagi.
Mula - mula start dengan minyak..
Sekarang ni gula pula kan?
Lepas ni pasti harga minuman Akan bertambah.

Gaji pekerja tetap takat tu juga.
Tak kira awam/ swasta.. Pekerja p&p atau sokongan..
Semuanya pasti terkesan dengan kebaikannya harga barangan ni.
Pernah terbaca tentang kos tambahan purata meningkat sebanyak rm500.

Nak komen banyak- banyak pun tak larat..
Harga barang tetap Akan naik.
Pembeli tetap Akan beli juga..

Sama je kaesahnya...

...pelarasan gaji kepada lebih sejuta penjawat awam.

~Jom buat kerja sampingan..
KOTA BHARU – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tetap akur jika masalah kewangan dijadikan faktor kerajaan tidak dapat melaksanakan pelarasan gaji kepada lebih sejuta penjawat awam.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pada masa yang sama, kerajaan perlu melihat keperluan untuk berbuat demikian kerana kepentingan kakitangan berjawatan rendah yang terpaksa membuat kerja sampingan.
“Apa pun, kita (CUEPACS) akur dengan kekangan kewangan kerajaan tetapi pada masa yang sama kita perlu melihat dan membantu kakitangan yang berjawatan rendah ini untuk mereka meneruskan kehidupan.
“Kira-kira 20 peratus daripada lebih 700,000 yang berjawatan rendah dilaporkan mula membuat kerja sampingan kerana masalah kewangan yang mereka hadapi,” katanya selepas Majlis Seminar Peranan Penjawat Awam Dalam Transformasi Nasional dan Bengkel Sistem Kompetensi Menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan di sini semalam.

Komen Tentang GAJI MINIMUM.

~Apa? 3000 pun belum cukup?
Tapi kan.. kalau gaji besar, cara spend duit tu pun besar juga ek?
Gaji kecil.. spend pun kecil juga..
Betul ke tak betul pendapat ni..

RM3000 pun belum tentu nak cukup. :( mungkin sebab taraf hidup skrg makin tinggi.
 Ataupun sifat boros diri sendiri yg tak terkawal. Hehehe

“Harga barang naik, tapi gaji masih minimum”

KUALA LUMPUR - Polis menahan 18 individu dalam perhimpunan sempena Hari Pekerja bagi membantah kenaikan harga barang dan menuntut Akta Gaji Minimum dilaksanakan, di sekitar Maju Junction dan Jalan Chow Kit di sini pagi ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Ibrahim berkata, mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.
"Mereka ditahan untuk sementara waktu bagi merekodkan keterangan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Perhimpunan bermula pukul 10.30 pagi disertai hampir 500 pekerja swasta daripada 75 syarikat pelbagai perkhidmatan.
Rata-rata mereka hadir dengan memakai baju berwarna merah dan membawa sepanduk serta kain rentang tertera “kami mahu hak kami”, “gaji minimum”, “harga barang naik, tapi gaji masih minimum” dan sebagainya.
Suasana pada mulanya terkawal apabila mereka berjalan dari Jalan Chow Kit ke Maju Junction menjadi kecoh apabila mereka yang berhimpun tidak berpuas hati dengan penahanan beberapa rakan mereka, dipercayai ingkar arahan polis supaya bersurai.
Mereka kemudian duduk di pekarangan Menara Tabung Haji sambil membaca protes dan ada yang menyanyikan lagu menuntut hak pekerja.
Selepas selesai melaungkan hak mereka, seorang lelaki dilihat menyampaikan kertas “deklarasi satu Mei 2011” kepada Pesuruhjaya Suhakam James Nagayam, yang berada di lokasi perhimpunan.
Nagayam ketika ditemui berkata tuntutan itu akan dibawa ke pihak berkaitan.
Kesemua yang berhimpun bersurai kira-kira pukul 12 tengah hari. - Bernama
~Pada pandangan kawan-kawan, berapakah gaji minimum yang patut diberikan ye?

DUIT GAJI TAK CUKUP.

Kalau nak di ikut kan duit gaji nie memang rasa tak cukup ye la itu nak ini pun nak jugak macam-macam nak beli dan akhirnya jadi tak beli pape pun sebab takut tak cukup sampai gaji nextnye....heeeeee tak pun kau memang kedekut mima...hahaha uishhh.....ape pulak mima just berjimat lol!

Okay... takat gaji ciput memang tak lar nak beli macam-macam event takde anak-anak tuk ditanggung...huuu berangan dulu lar..kot-kot akan datang nak ade business sendiri boleh la jadi lady boss....kamu buat tu buat nie buat buat.....[kejam je

Jadual Gaji Kakitangan Awam / Penjawat Awam.

Perlu ke nak tahu tentang jadual gaji kakitangan awam ni?.. Perlu la kan. Khasnya bagi mereka yang baru kerja .. banyak benda nak bayar.. bil bulanan, sewa rumah, kereta lagi dan sebagainya.

Kalau nak cek, sekarang ni secara online kan?.. jabatan akauntan negara.

Tapi, pesan mereka yang berpengalaman, bila dapat duit gaji tu, terus buat simpanan. Peruntukkan beberapa peratus untuk simpanan.. Setiap bulan kena buat macam tu. Kena konsisten..

Sama juga masa belajar pun boleh simpan sikit-sikit. Kalau mak ayah bagi duit hari-hari.. Yang baki tu boleh masuk tabung.. Bila dah banyak, simpan kat bank.. Mana tau bila dah masuk kerja nanti boleh buat beli kereta sendiri..(tingginnya angan- angan.)

kalender gaji kakitangan awam 2011 Jadual Pembayaran Gaji  Kakitangan Awam 2011

(Jadual dari beritasemasa dot com)

Entry berkaitan:

Gaji kakitangan Awam

Gaji Penjawat Awam

Cari Pembantu Rumah?

~Kawan kawan ada pembantu rumah?.. oke ke? Atau bermasalah?.. sumber: Kosmo online.

KUALA LUMPUR - Berpuluh ribu rakyat Malaysia kini berhadapan dengan kesulitan ekoran masalah kekurangan pembantu rumah warga asing bergaji murah yang melanda negara ini.

Sumber industri menganggarkan isu itu sudah membelenggu sekurang-kurangnya 35,000 keluarga yang masih berada dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pembantu rumah.

Masalah tersebut berlarutan gara-gara rundingan penetapan gaji minimum pembantu rumah yang diminta oleh Indonesia sebanyak RM800 sebulan masih tertangguh.

"Saya mengalami kesusahan tanpa pembantu rumah," demikian pengakuan ibu kepada tiga orang anak yang hanya mahu dikenali sebagai Maz.

Dia sedang berfikir untuk berhenti kerja sebagai pegawai jualan demi menjaga anak-anaknya yang berusia di antara satu hingga lima tahun.

Sejak menjadi ibu yang bekerja, Maz pernah mempunyai dua pembantu rumah yang tinggal bersama keluarga sehingga kontrak mereka selama dua tahun berakhir.

Gaji Kakitangan / Penjawat Awam.

Entry khas buat penjawat- penjawat awam dan kakitangan kerajaan yang masih belum mengetahui yang sekarang ni dah ada sistem slip gaji online.. Bukan apa, ada juga yang segelintir yang tak tahu kan.. Jadi nak kongsi la kat sini.
.jabatan akauntan negara

Bolehla klik kat link tersebut untuk check gaji masing masing dah masuk ke belum.. Sebab esok kanke hari gaji.. Pasti yang baru masuk kerja sebulan tu tertunggu tunggu akan hari gaji ni kan..

Gaji pertama selalunya buat apa ye?.. Belanja kawan kawan?.. Belanja Ibu Ayah?.. Atau simpan untuk mendirikan rumahtangga seperti majlis perkahwinan Zaquan dan Ayu Raudhah?..

Jadual gaji kakitangan awam untuk tahun ni dah ada ke?.. jabatan akauntan negara

So dah cek gaji? Banyak ke dapat? Dapat bonus ke?.. Sempena nak Chinese New Year ni kan? Pastila Kerajaan dah umum kalau ada.. Kan ke best kalau gaji pun naik sama dengan harga barang naik.. Ye la.. Ni asek harga barang je yang naik.. Gaji sama je..
jabatan akauntan negara.

gaji kakitangan awam

~semalam ada baca satu blog ni menyatakan slip gaji kakitangan awam akan dikeluarkan melalui website jabatan akauntan negara.maksudnya kena print sendiri la slip gaji tu.. maklumlah sekarang menuju ke arah zero paper.. jadi para penjawat awam perlu ke website jabatan akauntan negara untuk print sendiri slip gaji tersebut..

apa yang diperlukan untuk pendaftaran first time adalah no ic dan no gaji.. lepas tu kena ada password la..
jadi sesiapa yang belum tahu
sila ke website jabatan akauntan negara

nak berhijrah

~dari utusan online ..
rupanya ramai rakyat kita diluar negara.. apa puncanya?.. kerajaan kenala kaji dan tawarkan sesuatu yang lebih menarik hati mereka untuk pulang.. hujan emas di negeri orang (best la kan)

Penghijrahan hampir satu juta bakat termasuk separuh daripadanya adalah profesional tempatan ke luar negara perlu dipandang serius kerana ia boleh menjejaskan usaha untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020.

Kira-kira 300,000 rakyat Malaysia telah berhijrah ke luar negara dalam tempoh 18 bulan sejak Januari 2008 berbanding 140,000 pada tahun sebelumnya.

Difahamkan kebanyakan mereka berhijrah ke Amerika Syarikat, Eropah terutamanya United Kingdom dan Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Aziz berkata, penghijrahan itu menyebabkan sektor-sektor ekonomi negara terutama dalam industri kewangan sukar mendapat bakat-bakat yang diperlukan.

Menurutnya, meskipun banyak alasan yang diberikan sebagai penyebab penghijrahan itu tetapi satu faktor utama yang perlu diberi perhatian adalah tawaran gaji yang lebih lumayan.

Beliau berkata, profesional lepasan universiti dalam industri kewangan di Malaysia secara puratanya ditawarkan gaji permulaan sebanyak AS$750 (RM2,250) sedangkan di Indonesia golongan berkenaan boleh meraih AS$850 (RM2,618) dan Singapura AS$1,200 (RM3,696) sebulan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...