Nak Souvenier best?

Showing posts with label peluang kerja. Show all posts
Showing posts with label peluang kerja. Show all posts

Kerja Kosong: 8000 tempat..

sumber:



KUALA LUMPUR – Sebanyak 8,000 peluang pekerjaan ditawarkan di Karnival Kerjaya Sektor Pertanian 2011 yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula hari ini hingga esok.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yeong berkata, pameran yang memberi peluang pekerjaan kepada lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian itu disertai 40 agensi antaranya BOH Plantations, Mydin, Sime Darby dan Malayan Sugar Manufacturing.
"Kekosongan ini harus direbut oleh para lepasan IPT untuk mendapatkan pekerjaan dan menceburi sektor pertanian bersesuaian dengan kelulusan mereka,” katanya ketika berucap merasmikan karnival itu di sini. – Bernama

Kakak kepada akak ..Tak penah bekerja,

Tertarik dengan komen akak nora Shahaira ni..
Memang kagum la dengan mereka yang pandai menyimpan duit.. Kenala jadi kedekut lepas ni supaya boleh simpan duit..(perlu ke jadi kedekut?..)

Jom baca komen yang menarik dan panjang- terus buat entry ni ye..

""akak nora tak sokong bekerja atau tidak..masing2 punya hak kan..just nak berkongsi, rezeki masing2..

kakak kepada akak ..tak penah bekerja, dia bukan jenis minta duit suami. Suami pulak selalu kekeringan duit.

Tapi, bijaknya nya dia, barangan kemas dah tahap perlu bayar zakat, duit asb berpuluh ribu, di tangan..sesak2 ada lah dalam 2,3 ribu, dia beli motor tak sampai sebulan habis clear..anak ada 4, rumah pun nak bayar rm8 ratus sebulan. nak bayar kereta lagi kan..ni suami nya nak keluar saga baru..percaya atau tidak, duit kakak akak yang kena keluar, (tapi dia kata pinjam duit orang)..walhal suaminya bukan lah pekerja yang gaji 3,4 ribu sebulan..

tu la..rezeki di tangan Allah, kalau kuat bekerja sekalipun, belanja nya mengikut nafsu kerana dah penat kerja sebulan pun tak guna kan..yang tak bekerja pun masih ada ruang untuk anda mendapatkan pendapatan, jangan jadikan wang menguasai anda tapi anda boleh mengawal pengaliran wang itu.""

~JOm kita kawal wang itu.. 'wang besar! wang besar! eheh..

Peluang Untuk Sesiapa Yang Suka Menulis..

~Keterangan lanjut boleh didapati DISINI. Jika kawan-kawan berminat atau boleh rekemenkan oke juga la ye.. Boleh dikongsi kongsi artikel itu..

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Islam Bil

24/2011. Sehubungan itu Bahagian ini mengalu-alukan sebarang bentuk artikel yang ingin

disumbangkan.


SKOP

Skop penulisan meliputi aspek teori, aplikasi dan isu-isu kontemporari berkaitan dengan

akidah, syariah, akhlak, pendidikan, sosial, pemikiran dan hal ehwal Islam. Iaitu suatu hasil

kajian bagi dimanfaatkan oleh masyarakat Islam.

KEKERAPAN PENERBITAN

Jurnal Penyelidikan Islam diterbitkan sekali setahun. Tiada batasan tarikh dalam

penghantaran artikel.

PROSEDUR PENGHANTARAN

Artikel boleh dihantar dalam bentuk kertas kerja (hard copy) dan soft copy atau melalui e-mel

berserta biodata lengkap penyumbang ke alamat seperti berikut:

Ketua Editor

Jurnal Penyelidikan Islam

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Aras 6 Blok D7 Kompleks D

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62519 Putrajaya

Tel :+603-88864239/4249

Faks:+603-88891993

Emel: radihan@islam.gov.my dan tuansharifatul@islam.gov.my


nak berhijrah

~dari utusan online ..
rupanya ramai rakyat kita diluar negara.. apa puncanya?.. kerajaan kenala kaji dan tawarkan sesuatu yang lebih menarik hati mereka untuk pulang.. hujan emas di negeri orang (best la kan)

Penghijrahan hampir satu juta bakat termasuk separuh daripadanya adalah profesional tempatan ke luar negara perlu dipandang serius kerana ia boleh menjejaskan usaha untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020.

Kira-kira 300,000 rakyat Malaysia telah berhijrah ke luar negara dalam tempoh 18 bulan sejak Januari 2008 berbanding 140,000 pada tahun sebelumnya.

Difahamkan kebanyakan mereka berhijrah ke Amerika Syarikat, Eropah terutamanya United Kingdom dan Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Aziz berkata, penghijrahan itu menyebabkan sektor-sektor ekonomi negara terutama dalam industri kewangan sukar mendapat bakat-bakat yang diperlukan.

Menurutnya, meskipun banyak alasan yang diberikan sebagai penyebab penghijrahan itu tetapi satu faktor utama yang perlu diberi perhatian adalah tawaran gaji yang lebih lumayan.

Beliau berkata, profesional lepasan universiti dalam industri kewangan di Malaysia secara puratanya ditawarkan gaji permulaan sebanyak AS$750 (RM2,250) sedangkan di Indonesia golongan berkenaan boleh meraih AS$850 (RM2,618) dan Singapura AS$1,200 (RM3,696) sebulan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...