Nak Souvenier best?

Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Tips Kain Kapas.

Tips Kain Kapas.

~O.. patutle .. silap teknik rupanya.. baru nak berjinak-jinak..


Menurut Pengurus Pemasaran Jakel Kuala Lumpur, Shafarhan Abdul Kahar, pengguna sentiasa dinasihatkan supaya memilih koleksi kain kapas yang berkualiti dan gred A. Mutu perlu diambil kira bagi mengelakkan kain menjadi 'berbulu' dan warnanya pudar selepas beberapa kali cucian.
"Tidak dinafikan sesetengah pelanggan hanya memilih kain kapas yang dijual pada harga yang murah, corak menarik dan warna lembut atau terang. Aspek kualiti dan sifat kain pula diabaikan begitu saja. Sepatutnya ketika membeli, pengguna harus meneliti dan merasai permukaan kain sama ada ia kasar atau lembut.
"Atas faktor itu, di Jakel kami menawarkan seleksi fabrik kapas berkualiti dan kekal baik meskipun ia digunakan beberapa kali.
"Selain itu, kami juga mengingatkan pembeli supaya merendamkan kain kapas terlebih dahulu sebelum ia dihantar kepada pembuat baju," jelas Shafarhan yang menyatakan tujuan rendaman itu adalah untuk merapatkan jalinan benang kain bagi mengelakkan potongan menjadi singkat dan mengecut sesudah ia menjadi pakaian siap.
Pada masa yang sama, pembeli juga disarankan membasuh pakaian kapas menggunakan tangan berbanding mesih basuh.
Menyentuh soal jenis kain kapas yang terdapat di gedung Jakel, sambil menunjukkan koleksi kain kapas corak cetakan renda Perancis, polka dot, jalur dan motif daun parsli, Shafarhan menyatakan pembeli berpeluang mendapatkan kain kapas kategori viscose, Swiss, Inggeris, Polynosic, Kasa Rubiah, sulam dan linen.
Kebanyakan kain kapas di Jakel diimport dari Korea, India dan Jerman. Setiap negara itu menghasilkan mutu jalinan benang yang berbeza tetapi jika diukur dari segi kualiti, kain kapas dari India mengatasi standard mutu kain kapas negara lain.

2 ZulKaedah: Musim Haji Bermula.

2 ZulKaedah: Musim Haji Bermula.

~ Dah habis dah Syawal, tapi nampaknya jemputan untuk jamuan Hari raya masih berbaki sedikit sedikit. Sedar tak sedar nak sambut Raya Haji pula ye.. Sungguh pantas masa berlalu.. 


KELANA JAYA: Usia lanjut dan tahap kesihatan bukan menjadi faktor penghalang untuk menyahut seruan Ilahi mengerjakan haji.
Seorang jemaah, Bidah Mohamad, 60, dari Gemas, Negeri Sembilan menyifatkan penyakit darah tinggi, asma, kencing manis dan sakit lutut yang dialaminya sebagai dugaan daripada Allah.



“Sebelum ini tahap penyakit memang terkawal. Malah doktor mengingatkan hanya akan membenarkan saya mengikut rombongan mengerjakan haji tahun ini apabila tahap darah tinggi berada dalam keadaan baik.

“Oleh itu, setiap hari saya menjaga pemakanan serta tahap kesihatan diri termasuklah mengawal pengambilan gula dan garam yang berlebihan. “Selain itu, saya juga tidak lupa sentiasa berdoa agar dimudahkan untuk mengerjakan haji,” katanya kepada Harian Metro.



Katanya lagi, doktor turut membekalkan ubat yang diperlukan dan ia mencukupi untuk sepanjang beliau mengerjakan haji.

Asal usul baraan...

Ini bukan tentang bara api ye.
Ini asal usul baraan..

Nak tahu?

SINI

Apa tu baraan?

Seriusly.. baru hari ni kali pertama tahu tentang  baraan. Itupun hasil dari menziarahi blog seseorang ini. Rupanya baraan ni macam berkunjung ke rumah rumah jiran di kampung sewaktu hari lebaran HARI RAYA. Tak pasti pula ini memang tradisi asal kampung beliau atau berasal dari tempat lain.(minta dijelaskan).

Daripada entry beliau tu (gambarnya) memang nampak begitu meriah sekali. Seronokla.. Kalau tengok gambar pun dah teruja.. Agaknya kalau berada masa baraan tu tentu la lebih meriah lagi. Rasanya aktiviti baraan seperti ni elok juga diamalkan kat tempat-tempat yang jarang jarang jirannya berkomunikasi kan..

Kalau kawan-kawan nak tahu dan melihat kemeriahan baraan ni , jom kita sama - sama baraan ke blog SI DIA..

Gangnam Style.

Tiba-tiba je meletup-letup Gangnam style ni.
Macam merchun di hari raya.

Dah selamat puasa 6 ke kawan-kawan.
Bagi yang dah beraya tu selamat beraya la ye.. Tahniah..
29 + 6 = 365..

Bagi yang belum tu.. sila-sila la berbuat demikian. eceh.. untuk diri sendiri jugak ni. Rasanya nak puasa 6 ni lebih mencabar sebab musim raya ni open house sana sini kan..
Kalau tak hadir, apa pulak kawan sanak saudara cakap kan..
Kalau pergi.. tengok aja juadah?.. Memang telan air liurla..

Apa pun selamat berpuasa untuk yang berpuasa hari ni..

Siapa buat open house.. sila angkat tangan.. nak pergi,,

Gambar Hari Raya?

Teringin nak upload gambar raya kat sini.
Tapi tak pandai?..
Ha ha ha..
Boleh percaya ke?


Followers & Blogwalking.

Terima Kasih dari ALL IN ONE.


Jom pegi BLOGWALKING.. Ziarah HARI RAYA gitu..


Beraya Ke Mana?


May all of you find your EID DAY
filled with more happiness and
promise than you ever imagined.
This is a day to remember, a day to
enjoy, a day to wish
EVERYONE OF YOU every happiness.
May al the thoughs and wishes
that are being sent your way.
combine with bright and happy hours to make a
perfect day.
just for EID MUBARAK.
EID Mubarak /

eid ul fitr.

Eid is fun and great
It's time to celebrate

Eid Mubarak to everyone come on
Let's have lots of fun!

Everyone's going to the mosque to pray
People are grateful, it's a special day.

"Mmmm"... the taste of the delicious food
Really puts you in a good mood.

Everybody's wearing their posh clothes
And the guys are cruising in their
Flashy cars on the roads.

Children opening their gifts with smiles
On their faces and having fun going
Out to different places.

All of a sudden the day comes to an end
Well what can I say...
Thank you for a lovely day!!!
by Shaz and Taz, High Wycombe.

Apa lagi Nikmat yang tak cukup bagi kita?

BERSYUKURLAH KITA DENGAN NIKMATNYA..


JITRA - Sayu hati seorang penoreh getah di Kampung Kota Mengkuang, Wang Tepus di sini yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa sebelah kaki apabila terpaksa dipotong akibat penyakit kencing manis yang ditanggungnya selama 15 tahun.
Suaid Mat Kasa, 54, hilang kaki kanan dari paras betis akibat jangkitan kuman dan terpaksa menjalani pembedahan pada 28 Jun lalu.
Menurutnya, dia menitiskan air mata apabila dimaklumkan oleh doktor Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bahawa jangkitan kuman itu semakin merebak dan bagi mengelak ia bertambah serius kaki itu perlu dipotong.
"Saya berasa sedih, namun terpaksa menerima takdir Tuhan. Pada mulanya amat terasa kehilangan kaki kerana sebelum ini mampu bergerak dengan bebas tetapi kali ini pergerakan terbatas.
"Tidak banyak kerja yang boleh saya lakukan termasuk menyara keluarga dengan menoreh getah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya semalam.

KADAR ZAKAT FITRAH 2012.

Info dapat dari forblogger.net.

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri  2012

Dah mula bayar ZAKAT FITRAH 2012 ke?
Gambar kat atas tu untuk KADAR ZAKAT FITRAH 2012.
Jadi dah boleh sediakan wang yang mencukupi untuk bayar ZAKAT FITRAH ni ye.
Selamat Beramal.

credit: forblogger.net.

Tak boleh tidur.. Bunyi Mercun ..

GERAMMM...



KEBERANIAN mencuba sesuatu yang berisiko mendatangkan bahaya dilakukan kerana seseorang itu mahu membuktikan bahawa dirinya hebat berbanding orang lain. - Gambar hiasan.

Iklan Raya 2012 Bernas.

Iklan Raya 2012 Bernas.

Nampaknya hari ni memang hari yang sedih. Masa blogwalking ramai yang share tentang Iklan Raya 2012 Bernas ni. Tak pernah menonton lagi. Baru je tau hari ni.

Jadinye, Nur klik le link yang disediakan tu..

Hasilnya?..
Kawan-kawan kena tengok sendiri ye..

~Syukur masih ada KELUARGA..

Setiap kali nak raya memang semua kampeni nak buat iklan raya yang terbaik.. Yang paling menyentuh hati. Iklan raya PETRONAS adalah antara yang ditunggu-tunggu setiap tahun.. Masa arwah Yasmin Ahmad dulu memang best-best.. Jadi PETRONAS kena kekalkan standard best tu kan..

Iklan TMnet pun ok juga. Bersambung dari iklan-iklan tahun sebelum ni..
Bagi kawan-kawan, iklan mana satu yang paling best?

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal. 18 Ogos 2012.

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal. 18 Ogos 2012.


KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Sabtu, 18 Ogos bersamaan 29 Ramadan ini, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
"Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.
Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di Pontian Kecil; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara; Telok Kemang, Port Dickson; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Kuala Langat; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Daerah Manjong; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang).
Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Star; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu; Tanjong Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching; Tanjung Batu, Bintulu.
Tempat lain ialah di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan; Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan; Tingkat 13 Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). - BERNAMA

Kenapa Tak Dapat Kad Raya?

Kenapa Tak Dapat Kad Raya?

Tertanya-tanya sebab apa tahun ni tak dapat kad raya?.. Orang tak sudi bagi.. Lagipun itu kira cara lama (memujuk diri sendiri)..

Sekarang ni kan zaman teknologi. Kebanyakan ucapkan ucapan HARI RAYA tu melalui laman sosial:
TWITTER
FACEBOOK
BLOG
macam-macam lagi la..

Lagi satu sebab tak dapat kad raya adalah:
Dah kita sendiri tak hantar kad raya kat orang lain.. Acaner nak dapat?

~Nak g cari kad raya and nak pos kat diri sendiri la..(oh kesian)..

Mari Niat Untuk Sedekah / Duit Raya.

Semalam Nur ada buat entry DUIT RAYA. Saja nak tanya pendapat tahun ni nak bagi duit raya ke tak?. Nak UP duit ke atau nak CUT DOWN duit raya tu? (oh kesiannya)

Namun rata-rata kawan-kawan komen lebih baik beri duit raya tu. Kena la ikhlas bagi. And then niatkan untuk bersedekah.. Lagipun rezeki yang kita dapat ie GAJI tu bukan semua hak kita kan.. Jadi dengan bagi duit raya tu dapatla kita berkongsi rezeki kita tu kan..

Kesimpulannya.. HARINI SIAPA YANG DAPAT BONUS TU SILA BELANJA YE.. 

Dah Tukar Langsir?

Dah tukar langsir baru untuk HARI RAYA ni?.. Tahun ni tema langsir warna apa?. Pasti seronok kalau tukar langsir baru kan.. Bertambah ceria la rumah sempena AIDILFITRI ni kan?.. Meriah gitu.

Langsir tahun ni beli kat mana?.. Tempah awal awal ke atau beli yang pasang siap?. Nak cari yang pasang siap susah juga kan.. Selain harga yang ofkos lebih mahal, kadang-kadang susah nak cari ukuran yang menepati citarasa. Jadi lebih baik tempah siap-siap.. Kalau nak tempah mestilah dah laaamaa dah tempah kan.. Kalau harini baru nak tempah alamatnye beraya dengan langsir lama la..

Kalau nak tukar langsir kat rumah tu biasanya berapa TAHUN sekali tukar?.. Setiap kali HARI RAYA ke nak tukar?.. atau dua tahun sekali.. Atau sedekad sekali.. Ataupun bila dah agak-agak langsir tu reput baru nak tukar?

Kalau tukar sebulan sekali agak-agak RABAK tak poket?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...