Nak Souvenier best?

Showing posts with label aidil adha. Show all posts
Showing posts with label aidil adha. Show all posts

Siaran Langsung BolaSepak Malaysia vs Singapura, 28 Julai 2011..

Tak lama je lagi akan bermula perlawanan pusingan ketiga KELAYAKAN PIALA DUNIA MALAYSIA vs SINGAPURA. Oleh itu Siaran Langsung BolaSepak Malaysia vs Singapura, 28 Julai 2011 juga akan bermula pada masa yang sama.. Tak dapekla nak menonton secara LIVE di STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL bagi menyokong HARIMAUMALAYA. Cukup sekadar TONTON di rumah saja la. Tak merasa hiruk pikuk orang ramai. Tetapi dapat menikmati PERLAWANAN BOLA SEPAK MALAYSIA vs SINGAPURA dengan lebih jelas mengikut kebesaran SKRIN TV rumah.. (macam le besau sangat). Sebab kalau kat Stadium Nasional Bukit Jalil tu tak dapat le nak menatap wajah wajah HARIMAU MALAYA harapan negara seperti AIDIL ZAFUAN, SAFEE SALI, AMIRUL HADI dan SAFIQ RAHIM (walaupun tak dapat berAKSI nanti.. sabar ye).

Hanya pada masa perlawanan bermula barulah boleh di sahkan KESEBELASAN UTAMA HARIMAU MALAYA itu nanti. Persoalannya, adakah KHAIRUL FAHMI CHE MAT akan turut berAKSI pada malam ni nanti?.. Sama- sama la tunggu ye.. Berbekalkan JERSI BIRU, HARIMAU MALAYA pasti akan MENGAUMM.. Cuma kuat atau tak je la NGAUMANnya tu nanti.

salam aidil adha

bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

~wiki-wiki.. untuk simpanan peribadi kelak dan nak kongsi juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...