Nak Souvenier best?

Showing posts with label kelayakan piala dunia. Show all posts
Showing posts with label kelayakan piala dunia. Show all posts

FINAL PIALA MALAYSIA 2011. TERENGGANU VS NEGERI SEMBILAN.

MARI KITA TENGOK SIAPA YANG MENANG NANTI!!



TEMBOK Kota Bharu telah diruntuhkan, benteng Shah Alam sudah dipecahkan.
Kini '11 tentera putih' kendalian Irfan Bakti sedia merobohkan kubu Seremban dalam misi membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Kuala Terengganu.
Atas kertas, segala kelebihan memihak kepada anak-anak buah Irfan dengan hampir 90 peratus meramalkan trofi paling berprestij itu akan terus kekal di Pantai Timur selepas kejayaan Kelantan musim lalu.
Persoalan kini, mampukah Terengganu merealisasikan ramalan itu dengan corak permainan penuh taktikal, ataupun Negeri Sembilan lebih berhak mendakap Piala Malaysia buat kali ke- tiga selepas edisi 1948 dan 2009.
Apa yang pasti, Stadium Shah Alam malam esok bakal menjadi saksi kepada kejaguhan sebenar dua pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan yang akan bertemu buat julung kali di pentas final Piala Malaysia sejak 1921.
Bagi Irfan sendiri, beliau tidak memandang status pilihan yang diberikan kepada skuad kendaliannya sebagai satu tekanan, malah ia dianggap suatu penghormatan buat semua pemainnya yang telah bekerja keras sepanjang musim ini.
Jelasnya, para pemainnya juga kini memiliki motivasi tinggi untuk mengharungi 90 minit permainan di Shah Alam selepas kejayaan menyingkir dua bekas juara, Kelantan dan Sela- ngor di peringkat suku akhir dan separuh akhir.
"Kami telah bersedia dari segi fizikal dan mental. Para pemain juga telah berikrar untuk berjuang habis-habisan tanpa mempedulikan apa juga situasi yang berlaku.
"Kami telah pergi sejauh ini dan kami tidak sesekali memandang ke belakang. Perjuangan kami tetap satu iaitu menjulang trofi Piala Malaysia dan para pemain saya bertekad untuk melakukannya dalam tempoh 90 minit," katanya.
Di sebalik keyakinan itu, Irfan bagai-manapun menjelaskan bahawa para pemainnya sebenarnya cukup bersedia untuk melalui perlawanan akhir itu andai ia terpaksa ditentukan sehingga ke masa tambahan.
Malah katanya, beraksi pada masa tambahan bukanlah asing bagi Terengganu kerana Stadium Bukit Jalil telah menjadi saksi betapa skuad Penyu itu mampu bangkit untuk menum- bangkan Kelantan seperti mana yang dilakukan pada final Piala FA, Jun lalu.
"Kalau perlawanan ditentukan sehingga masa tambahan, ia tidak menjadi masalah buat saya.
"Kami telah melakukan persiapan yang cukup rapi dan saya boleh kata- kan, semua pemain termasuk yang berada di bangku simpanan sedia untuk diturunkan," ujarnya.
Ditanya adakah beliau bersedia dengan kemungkinan perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti, Irfan secara sinis berkata, ia juga bukan memberi masalah kepada pasukannya.
"Sejak dari awal lagi saya telah katakan yang kami cukup bersedia untuk menghadapi perlawanan akhir ini.
"Tidak kira bagaimana sekalipun perlawanan ini ditentukan, kami tidak akan gentar. Para pemain memikul amanah besar kerana saya tahu seluruh rakyat Terengganu mengharapkan agar kami membawa pulang piala ini," tegasnya.
Mengulas mengenai barisan kemungkinan, Irfan masih bertegas untuk tidak mendedahkannya sekalipun gambaran awal mengenai kesebelasan pemain yang bakal diturunkan telah ada.

Piala Malaysia : Terengganu vs Negeri Sembilan ke?

TERIMA KASIH FARA ATAS KOMEN INI..


Fara berkata...
@NUR (http://nurhafiz2009.blogspot.com)

Ada orang, terlampau bersemangat bila bercerita tentang negeri sendiri. Sampaikan provok pada orang yang negerinya berlainan. Sudahnya, jadi pergaduhan. Saya dah selalu tgk mcm nie.

Ada kelompok satu negeri, hanya satu negeri saja. Tidak mahu bercampur dgn kelompok berlainan negeri. Pun sy pnh tgk gak situasi yg mcm tu.

Jd, sy tak kisah hal kenegerian. Sukan, kalah atau menang...sy tetap sokong. Siapa kata saya tak pnh turun padang tgk bolasepak? Walau sy tidaklah menyokong pd satu2 negeri. Tapi sy sokong kedua-duanya!

Jgn salah anggap dgn cerita sy di atas ye?

=D

20/10/11
- BETULLA TU YG TEAM N9 dan TERENGGANU LAYAK KE FINAL PIALA MALAYSIA
2011.

Siaran Langsung BolaSepak Malaysia vs Singapura, 28 Julai 2011..

Tak lama je lagi akan bermula perlawanan pusingan ketiga KELAYAKAN PIALA DUNIA MALAYSIA vs SINGAPURA. Oleh itu Siaran Langsung BolaSepak Malaysia vs Singapura, 28 Julai 2011 juga akan bermula pada masa yang sama.. Tak dapekla nak menonton secara LIVE di STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL bagi menyokong HARIMAUMALAYA. Cukup sekadar TONTON di rumah saja la. Tak merasa hiruk pikuk orang ramai. Tetapi dapat menikmati PERLAWANAN BOLA SEPAK MALAYSIA vs SINGAPURA dengan lebih jelas mengikut kebesaran SKRIN TV rumah.. (macam le besau sangat). Sebab kalau kat Stadium Nasional Bukit Jalil tu tak dapat le nak menatap wajah wajah HARIMAU MALAYA harapan negara seperti AIDIL ZAFUAN, SAFEE SALI, AMIRUL HADI dan SAFIQ RAHIM (walaupun tak dapat berAKSI nanti.. sabar ye).

Hanya pada masa perlawanan bermula barulah boleh di sahkan KESEBELASAN UTAMA HARIMAU MALAYA itu nanti. Persoalannya, adakah KHAIRUL FAHMI CHE MAT akan turut berAKSI pada malam ni nanti?.. Sama- sama la tunggu ye.. Berbekalkan JERSI BIRU, HARIMAU MALAYA pasti akan MENGAUMM.. Cuma kuat atau tak je la NGAUMANnya tu nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...