Nak Souvenier best?

Showing posts with label final piala malaysia. Show all posts
Showing posts with label final piala malaysia. Show all posts

Result Final Piala Malaysia 2012: ATM 2 vs Kelantan 3 .

Result Final Piala Malaysia 2012: ATM 2 vs Kelantan 3.


MANA SATU JADI PILIHAN?
SALAH SATU MESTI MENANG..
LAGI SATU TERPAKSA KALAH.
NAMUN, YANG PENTING SEMANGAT KESUKANAN,
YANG MENYATUKAN ...

SEPARUH MASA PERTAMA: ATM 0 KELANTAN 1.
FINAL RESULT: ATM 2 KELANTAN 3

kosmo: "MEREKA (Kelantan) adalah pasukan yang menjuarai Liga Super, Piala FA dan berjaya mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Piala AFC. Jadi, siapa yang harus tertekan?"
Demikian reaksi pengendali Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan ketika mengulas persiapan pasukan menjelang perlawanan akhir menentang The Red Warriors di Stadium Shah Alam, malam ini.
Sathianathan memberitahu, beliau tidak akan 'terpedaya' dengan perang psikologi rakan sejawatnya, Bojan Hodak yang menyifatkan ATM yang diperkuatkan Rezal Zambrey Yahya, 34, Hairuddin Omar, 33, dan Bruno Marletto, 29, merupakan gandingan 'kuda tua'
Bojan mendedahkan Kelantan akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan 'kuda tua' ATM pada separuh masa kedua perlawanan dan ia memang sudah dalam perancangan taktikalnya.
Katanya, meskipun menyedari kekuatan The Red Warriors, bekas jurulatih Kelantan itu tetap optimis untuk melakarkan kejutan pada pentas final tersebut.
"Saya tidak tertekan dan memang benar, mereka memiliki kelebihan daripada segi pemain-pemain muda namun saya juga percaya kami memiliki kelebihan yang tersendiri.
"Saya tidak akan mendedahkan perancangan pasukan saya untuk aksi final ini tetapi biarlah pemain ATM akan menjelmakan persembahan tersebut di atas padang," katanya kepada pemberita pada sidang akbar Piala Malaysia di Stadium Shah Alam semalam.
Mengulas mengenai peluang kedua-dua pasukan di pentas akhir Piala Malaysia, Sathianathan percaya salah satu daripada dua pasukan ini bakal mencipta satu sejarah.
Jelasnya, meskipun beliau tidak diselubungi tekanan tinggi, Sathianathan tetap berazam untuk membantu ATM menjulang piala berprestij itu.

Perlawanan Piala Malaysia 2012. 14 September 2012.

Perlawanan Piala Malaysia 2012. 14 September 2012.


DEBARAN beberapa pasukan untuk menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik dalam saingan suku akhir Piala Malaysia akan terjawab apabila masing-masing akan berentap di setiap lokasi yang berbeza di seluruh negara, malam ini.

Adakah enam pasukan pilihan iaitu Lions XII dan Johor FC (Kumpulan A), Kelantan (Kumpulan B), Negeri Sembilan (Kumpulan C) serta Pahang dan Selangor dalam Kumpulan D akan mengiringi kemaraan Angkatan Tentera Malaysia dalam saingan suku akhir?

Atau pasukan yang menduduki tangga ketiga dalam setiap kumpulan mampu bangkit dan mencipta kejutan sekali gus menyambar slot ke suku akhir.

Justeru, beberapa pasukan dilihat berdepan misi ‘hidup dan mati’ bagi menentukan pasukan mana yang berhak menempah slot ke suku akhir.- newsonline-

Keputusan Penuh Piala Malaysia 2011. NS 2, terengganu 1.

Keputusan Penuh Piala Malaysia 2011. NS 2, terengganu 1.

Tahniah Hairuddin Omar.
Walaupun anak Terengganu , dia bersemangat kesukanan yang tinggi.
Takde semangat kenegerian buat Hairudin, tapi semangat berpasukan.

Ramai jugak yang search tentang Terengganu CUTI.
malangnya sebab dah kalah. Tak dapekla kome cuti.
Oh ye, hari Ahad di Pantai Timur adalah hari bekerja.
Mungkin sebab tadi macam Terengganu mendahului..

Jang o jang.
Seronokla ye.

Final Piala Malaysia 2011. Keputusan: terengganu 1- Negeri Sembilan 2.

Tahniah kepada pasukan bolasepak Negeri Sembilan dan Pasukan bolasepak Terengganu yang telah berjaya melayakkan diri ke Perlawananan akhir PIALA MALAYSIA 2011. Perlawanan Akhir Piala Malaysia ini juga diselitkan dengan beberapa kontroversi dan perasaan tidak puashati. Terutamanya melibatkan harga tiket yang terlalu tinggi. RM 50. Namun, nasib baik pada saat akhir harga Tiket perlawanan akhir PIALA MALAYSIA 2011 kekal RM30.

Keghairahan final piala Malaysia ni dirasai meski cuaca yang tidak menentu. Keadaan padang yang juga menjadi kontroversi tidak mematahkan semangat kedua dua pasukan Hobin Jang Hobin serta Peteh Ganu Peteh ini.

Secara keseluruhannya, sejak menonton SECARA LANGSUNG di rtm1(sebab pengulasnya menarik dan hebat oke..).. Boleh dikatakan PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2011 ini sedikit hambar... Perlawanan yang kurang memberangsangkan. Adakah mereka terlalu berhati hati,,? Apapun.. Semoga adala pasukan yang menang nanti.. Kalau menang penalti tak syokk la kan..

Apa kata kawan kawan?

- okela.. Dapat satu goal buat Terengganu ( Ashaari) minit 59.
Goal minit 81- untuk NS.. Kesian lak tengok goalkeeper Terengganu tu..
Oke- lagi satu goal untuk negeri Sembilan.. Minit ke 86..

Lirik Lagu Hobin Jang Hobin/ Keghairahan Perlawanan Akhir Piala Maalaysia 2011.

Hobin Jang Hobin...3x
Daghi sawah tughun padang
Kini kau dah pandai nondang
Kali ini mesti monang
Bukan susah cukup sonang
Hobin jang hobin...3x

Sumbek gol banyak-banyak
Bia sampai jaghing kuyak
Main bia hati-hati
Jangan masok gol sendighi
Hobin jang hobin...x3

Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar
Kalu buleh tujuh kosong
Bia dio balik molopong
Molopong.. molopong
Hobing jang hobin...3x

Hobin jang hobin...3x
Yam Tuan sokong kito
Montoghi Bosar sokong kito
Undang Luak sokong kito
Jangan buek malu muko
Hobin jang hobin...3x

bukan main bola lisut
bukan main bola tampa
Semuo oghang tekojot
kito monang bia lah melaysia

Kali ini kalau kalah
Balik kampong potong gotah
Kito jangan menggellabah
Pialo kito punggah
Punggah.. punggah...
Hobin Jang Hobin...3x


Sumber: blog cubc cuba:

 Lirik Lagu Hobin Jang Hobin/ Keghairahan Perlawanan Akhir Piala Maalaysia 2011.

Live Streaming Final Piala Malaysia 2011 Terengganu vs Negeri Sembilan Tonton Perlawanan Akhir Online | DaHLia's JouRNaL

Live Streaming Final Piala Malaysia 2011 Terengganu vs Negeri Sembilan Tonton Perlawanan Akhir Online | DaHLia's JouRNaL


Bahang FINAL PIALA MALAYSIA 2011 makin terasa.
Kalaupun hujan nanti.. kepanasan tu tetap ada kan.

Sambil nak kongsi entry Sis Dahlia kat atas tu untuk sesiapa yang nak menonton secara online. LIVE STREAMING FINAL PIALA MALAYSIA.

Baca dalam paper harini pun dah macam macam ragamnya. Masing masing membuat tekaan sendiri. Dah ibarat macam NUJUM PAK BELALANG. Antara dua pasukan BOLASEPAK yang gah itu. mana satu akan membawa pulang PIALA MALAYSIA 2011 kenegeri tercinta nanti. Adakah Pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan atau Pasukan Bolasepak Terengganu yang akan menjadi wira di padang.

DEBARAN FINAL PIALA MALAYSIA 2011 ini bakal berakhir bilamana salah satu pasukan dapat gelaran tu nanti. Macamana persiapan para penyokong? Persiapan pemain tak perlu nak tanya sebab pastinya mereka dah 100% bersedia merangkul kejuaraan yang diidamkan. penyokong?.. Ada yang dah sedia dengan LIRIK LAGU HOBIN JANG HOBIN atau PETEH GANU PETEH?.. Gendang, tabla drum semua dah ada?..

Semoga pasukan terbaik akan menang.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA 1MALAYSIA.

- jom tonton sama- sama , sokokng pasukan kegemaran masing masing. Jangan pula tiba tiba nak sokong pasukan MANCHESTER UNITED. :)

Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011. Macamana Nak Beli.?

JANGAN RISAU..
MASIH ADA 16 RIBU LAGI AKAN DIJUAL KARANG..

DUDUK RUMAH .
TONTON DALAM TV LA..


SHAH ALAM: Sebanyak 16,000 baki tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu akan dijual di kaunter tiket Stadium Shah Alam mulai 9 pagi Sabtu.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata harga tiket kekal RM50.
Beliau berkata, daripada 70,000 tiket yang dicetak FAM, sebanyak 54,000 telah pun dijual kepada penyokong pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu di tempat masing-masing.
"Sebanyak 30,000 dijual oleh PBNT (Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu)manakala hampir 24,000 tiket dijual oleh PBNS (Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan) sehingga hari ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan di Stadium Shah Alam. Beliau berkata, isu tiket mahal tidak timbul kerana ia sudah dipersetujui persatuan bola sepak kedua-dua negeri itu.
Azzudin juga meminta peminat Skuad Penyu dan Skuad Rusa supaya mengawal disiplin ketika berada di luar dan di dalam stadium, jika tidak mahu dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
Mengenai laman web rasmi FAM yang digodam, beliau akan membuat laporan polis hari ini.
"Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Tuanku Presiden (Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah) dan baginda bertitah (FAM) tidak perlu mudah melatah dalam hal ini," katanya.
Beliau juga mengkritik tindakan penggodam yang mengubah bentuk logo FAM kepada seekor khinzir, dan menyifatkannya sebagai perbuatan tidak beretika.
Laman web rasmi FAM, www.fam.org.my, yang turut dimasukkan dua rakaman video berunsur provokasi, tidak berfungsi seperti biasa mulai lewat malam tadi.
Rabu lepas, bangunan FAM di Kelana Jaya disimbah cat sebagai tanda bantahan terhadap harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang dinaikkan ke RM50 berbanding RM30 sebelum ini.-BERNAMA

    FINAL PIALA MALAYSIA 2011. TERENGGANU VS NEGERI SEMBILAN.

    MARI KITA TENGOK SIAPA YANG MENANG NANTI!!



    TEMBOK Kota Bharu telah diruntuhkan, benteng Shah Alam sudah dipecahkan.
    Kini '11 tentera putih' kendalian Irfan Bakti sedia merobohkan kubu Seremban dalam misi membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Kuala Terengganu.
    Atas kertas, segala kelebihan memihak kepada anak-anak buah Irfan dengan hampir 90 peratus meramalkan trofi paling berprestij itu akan terus kekal di Pantai Timur selepas kejayaan Kelantan musim lalu.
    Persoalan kini, mampukah Terengganu merealisasikan ramalan itu dengan corak permainan penuh taktikal, ataupun Negeri Sembilan lebih berhak mendakap Piala Malaysia buat kali ke- tiga selepas edisi 1948 dan 2009.
    Apa yang pasti, Stadium Shah Alam malam esok bakal menjadi saksi kepada kejaguhan sebenar dua pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan yang akan bertemu buat julung kali di pentas final Piala Malaysia sejak 1921.
    Bagi Irfan sendiri, beliau tidak memandang status pilihan yang diberikan kepada skuad kendaliannya sebagai satu tekanan, malah ia dianggap suatu penghormatan buat semua pemainnya yang telah bekerja keras sepanjang musim ini.
    Jelasnya, para pemainnya juga kini memiliki motivasi tinggi untuk mengharungi 90 minit permainan di Shah Alam selepas kejayaan menyingkir dua bekas juara, Kelantan dan Sela- ngor di peringkat suku akhir dan separuh akhir.
    "Kami telah bersedia dari segi fizikal dan mental. Para pemain juga telah berikrar untuk berjuang habis-habisan tanpa mempedulikan apa juga situasi yang berlaku.
    "Kami telah pergi sejauh ini dan kami tidak sesekali memandang ke belakang. Perjuangan kami tetap satu iaitu menjulang trofi Piala Malaysia dan para pemain saya bertekad untuk melakukannya dalam tempoh 90 minit," katanya.
    Di sebalik keyakinan itu, Irfan bagai-manapun menjelaskan bahawa para pemainnya sebenarnya cukup bersedia untuk melalui perlawanan akhir itu andai ia terpaksa ditentukan sehingga ke masa tambahan.
    Malah katanya, beraksi pada masa tambahan bukanlah asing bagi Terengganu kerana Stadium Bukit Jalil telah menjadi saksi betapa skuad Penyu itu mampu bangkit untuk menum- bangkan Kelantan seperti mana yang dilakukan pada final Piala FA, Jun lalu.
    "Kalau perlawanan ditentukan sehingga masa tambahan, ia tidak menjadi masalah buat saya.
    "Kami telah melakukan persiapan yang cukup rapi dan saya boleh kata- kan, semua pemain termasuk yang berada di bangku simpanan sedia untuk diturunkan," ujarnya.
    Ditanya adakah beliau bersedia dengan kemungkinan perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti, Irfan secara sinis berkata, ia juga bukan memberi masalah kepada pasukannya.
    "Sejak dari awal lagi saya telah katakan yang kami cukup bersedia untuk menghadapi perlawanan akhir ini.
    "Tidak kira bagaimana sekalipun perlawanan ini ditentukan, kami tidak akan gentar. Para pemain memikul amanah besar kerana saya tahu seluruh rakyat Terengganu mengharapkan agar kami membawa pulang piala ini," tegasnya.
    Mengulas mengenai barisan kemungkinan, Irfan masih bertegas untuk tidak mendedahkannya sekalipun gambaran awal mengenai kesebelasan pemain yang bakal diturunkan telah ada.

    Ada apa Dengan 29 oktober ini?

    TERENGGANU dan Negeri Sembilan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 selepas meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing pada aksi separuh akhir kedua malam tadi.

    Negeri Sembilan yang melayan kunjungan T-Team di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menang 2-1 sekali gus mara dengan agregat 6-3.

    Pada aksi separuh akhir pertama sebelum ini, Negeri Sembilan menang 4-2.

    Terengganu pula mara dengan agregat 4-1 selepas membenam Selangor 2-1 pada aksi kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

    Pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, Isnin lalu, gergasi Pantai Timur itu melakar kemenangan 2-0 sekali gus memusnahkan ‘Misi 33’ skuad bimbingan P. Maniam itu.

    Final Piala Malaysia 2011 akan berlangsung pada 29 Oktober ini di Stadium Shah Alam.

    Piala Malaysia : Terengganu vs Negeri Sembilan ke?

    TERIMA KASIH FARA ATAS KOMEN INI..


    Fara berkata...
    @NUR (http://nurhafiz2009.blogspot.com)

    Ada orang, terlampau bersemangat bila bercerita tentang negeri sendiri. Sampaikan provok pada orang yang negerinya berlainan. Sudahnya, jadi pergaduhan. Saya dah selalu tgk mcm nie.

    Ada kelompok satu negeri, hanya satu negeri saja. Tidak mahu bercampur dgn kelompok berlainan negeri. Pun sy pnh tgk gak situasi yg mcm tu.

    Jd, sy tak kisah hal kenegerian. Sukan, kalah atau menang...sy tetap sokong. Siapa kata saya tak pnh turun padang tgk bolasepak? Walau sy tidaklah menyokong pd satu2 negeri. Tapi sy sokong kedua-duanya!

    Jgn salah anggap dgn cerita sy di atas ye?

    =D

    20/10/11
    - BETULLA TU YG TEAM N9 dan TERENGGANU LAYAK KE FINAL PIALA MALAYSIA
    2011.

    HADIAH untuk Sultan Muhammad Ke-V

    HADIAH untuk Sultan Muhammad Ke-V. Itulah yang diluahkan oleh ketua jurulatih Kelantan, B.Sathianthan yang mahu semua pemainnya beraksi cemerlang merampas Piala Malaysia daripada Negeri Sembilan untuk dihadiahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V yang baru ditabalkan.

    Menurutnya, peluang beraksi pada final kali ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk memastikan mereka muncul juara dan membawa pulang piala paling berprestij ke Kota Bharu.

    "Seluruh rakyat Kelantan gembira apabila menerima Sultan baru dan saya rasa kegembiraan tersebut mungkin lebih bermakna jika pasukan mereka mampu membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Bharu. (kosmo online)


    ~semoga perlawanan ini nanti akan bebas dari insiden tidak diingini

    Hoben Jang Hoben

    'ORANG lama' dalam skuad Negeri Sembilan tidak rela Piala Malaysia terlepas ke tangan Kelantan. Mereka mahu pastikan kemenangan memihak kepada Negeri Sembilan apabila skuad yang mendapat jolokan Hoben Jang Hoben itu akan turun membuat perhitungan dengan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

    Rezal Zambry Yahya, 32, Idris Karim, 34, Muhammad Shukor Adan, 32, dan Ching Hong Aik, 37, adalah tonggak paling berpengalaman dalam skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu dan mereka berazam untuk mempastikan piala berprestij itu kekal di bumi Negeri Sembilan (kosmo online)

    ~team yang mana akan menggondol piala malaysia?good luck

    fenomena wayne rooney, negeri 9, kelantan

    akhirnya terjawab sudah team yang akan ke final. semoga perlawanan yang menarik akan dipertontonkan kepada peminat peminat..
    antara negeri sembilan dan kelantan
    ~ manakah team pilihan anda?

    vs



    dan..
    wayne rooney akhirnya setelah dipujuk ferguson..
    akan stay dengan team manchester united..
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...