Nak Souvenier best?

Showing posts with label final malaysia cup. Show all posts
Showing posts with label final malaysia cup. Show all posts

Result Final Piala Malaysia 2012: ATM 2 vs Kelantan 3 .

Result Final Piala Malaysia 2012: ATM 2 vs Kelantan 3.


MANA SATU JADI PILIHAN?
SALAH SATU MESTI MENANG..
LAGI SATU TERPAKSA KALAH.
NAMUN, YANG PENTING SEMANGAT KESUKANAN,
YANG MENYATUKAN ...

SEPARUH MASA PERTAMA: ATM 0 KELANTAN 1.
FINAL RESULT: ATM 2 KELANTAN 3

kosmo: "MEREKA (Kelantan) adalah pasukan yang menjuarai Liga Super, Piala FA dan berjaya mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Piala AFC. Jadi, siapa yang harus tertekan?"
Demikian reaksi pengendali Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan ketika mengulas persiapan pasukan menjelang perlawanan akhir menentang The Red Warriors di Stadium Shah Alam, malam ini.
Sathianathan memberitahu, beliau tidak akan 'terpedaya' dengan perang psikologi rakan sejawatnya, Bojan Hodak yang menyifatkan ATM yang diperkuatkan Rezal Zambrey Yahya, 34, Hairuddin Omar, 33, dan Bruno Marletto, 29, merupakan gandingan 'kuda tua'
Bojan mendedahkan Kelantan akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan 'kuda tua' ATM pada separuh masa kedua perlawanan dan ia memang sudah dalam perancangan taktikalnya.
Katanya, meskipun menyedari kekuatan The Red Warriors, bekas jurulatih Kelantan itu tetap optimis untuk melakarkan kejutan pada pentas final tersebut.
"Saya tidak tertekan dan memang benar, mereka memiliki kelebihan daripada segi pemain-pemain muda namun saya juga percaya kami memiliki kelebihan yang tersendiri.
"Saya tidak akan mendedahkan perancangan pasukan saya untuk aksi final ini tetapi biarlah pemain ATM akan menjelmakan persembahan tersebut di atas padang," katanya kepada pemberita pada sidang akbar Piala Malaysia di Stadium Shah Alam semalam.
Mengulas mengenai peluang kedua-dua pasukan di pentas akhir Piala Malaysia, Sathianathan percaya salah satu daripada dua pasukan ini bakal mencipta satu sejarah.
Jelasnya, meskipun beliau tidak diselubungi tekanan tinggi, Sathianathan tetap berazam untuk membantu ATM menjulang piala berprestij itu.

Lirik Lagu Hobin Jang Hobin/ Keghairahan Perlawanan Akhir Piala Maalaysia 2011.

Hobin Jang Hobin...3x
Daghi sawah tughun padang
Kini kau dah pandai nondang
Kali ini mesti monang
Bukan susah cukup sonang
Hobin jang hobin...3x

Sumbek gol banyak-banyak
Bia sampai jaghing kuyak
Main bia hati-hati
Jangan masok gol sendighi
Hobin jang hobin...x3

Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar
Kalu buleh tujuh kosong
Bia dio balik molopong
Molopong.. molopong
Hobing jang hobin...3x

Hobin jang hobin...3x
Yam Tuan sokong kito
Montoghi Bosar sokong kito
Undang Luak sokong kito
Jangan buek malu muko
Hobin jang hobin...3x

bukan main bola lisut
bukan main bola tampa
Semuo oghang tekojot
kito monang bia lah melaysia

Kali ini kalau kalah
Balik kampong potong gotah
Kito jangan menggellabah
Pialo kito punggah
Punggah.. punggah...
Hobin Jang Hobin...3x


Sumber: blog cubc cuba:

 Lirik Lagu Hobin Jang Hobin/ Keghairahan Perlawanan Akhir Piala Maalaysia 2011.

Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011. Macamana Nak Beli.?

JANGAN RISAU..
MASIH ADA 16 RIBU LAGI AKAN DIJUAL KARANG..

DUDUK RUMAH .
TONTON DALAM TV LA..


SHAH ALAM: Sebanyak 16,000 baki tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu akan dijual di kaunter tiket Stadium Shah Alam mulai 9 pagi Sabtu.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata harga tiket kekal RM50.
Beliau berkata, daripada 70,000 tiket yang dicetak FAM, sebanyak 54,000 telah pun dijual kepada penyokong pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu di tempat masing-masing.
"Sebanyak 30,000 dijual oleh PBNT (Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu)manakala hampir 24,000 tiket dijual oleh PBNS (Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan) sehingga hari ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan di Stadium Shah Alam. Beliau berkata, isu tiket mahal tidak timbul kerana ia sudah dipersetujui persatuan bola sepak kedua-dua negeri itu.
Azzudin juga meminta peminat Skuad Penyu dan Skuad Rusa supaya mengawal disiplin ketika berada di luar dan di dalam stadium, jika tidak mahu dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
Mengenai laman web rasmi FAM yang digodam, beliau akan membuat laporan polis hari ini.
"Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Tuanku Presiden (Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah) dan baginda bertitah (FAM) tidak perlu mudah melatah dalam hal ini," katanya.
Beliau juga mengkritik tindakan penggodam yang mengubah bentuk logo FAM kepada seekor khinzir, dan menyifatkannya sebagai perbuatan tidak beretika.
Laman web rasmi FAM, www.fam.org.my, yang turut dimasukkan dua rakaman video berunsur provokasi, tidak berfungsi seperti biasa mulai lewat malam tadi.
Rabu lepas, bangunan FAM di Kelana Jaya disimbah cat sebagai tanda bantahan terhadap harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang dinaikkan ke RM50 berbanding RM30 sebelum ini.-BERNAMA

    FINAL SHOWDOWN 2011 GOES TO:

    Disebabkan ada orang lain juga yang memegang majoriti yang lebih banyak , maka yang minoriti ini akhirnya termangu di hadapan PC. Oleh itu, nak tak nak tengok,, kena dengar juge kan. Dapat la dengar kemeriahan di I CITY itu. Baru je usai persembahan HMC PHLOW. Walaupun kali pertama menonton SHOWDOWN( obviously la kan sebab baru tau malam ni..), rasanya macam ok sangat la juga persembahan mereka ni. Ye la kan.. takkan le kalau tak best boleh masuk FINAL SHOWDOWN 2011 ni kan.
    Dan, eh ada YAZID AF juga.. Dia memang suka menari dari dulu kan.. Sebelum AF lagi. Bagi yang memang mengikuti SHOWDOWN tentu tergelak sebab tuan blog ALL IN ONE ni buat entry yang dah lama kawan-kawan peminat SHOWDOWN ni tau kan. Eh ada api-api pula persembahan ni. Muziknya ni yunik la..

    ~SIAPA YANG SEDANG MENONTON BERSAMA?

    PSSTT.. KITA BAKOR!

    Malaysia ke Final?

    Rupa rupanya ada lagi separuh akhir untuk Piala AFF SuzukiCup 2010 ni ye.. INgatkan Malaysia dah layak ke final.. Kelakar pula bila dah bagi info salah kat 'orang orang terdekat'.

    Keputusan terkini?.. Dua kosong? Apa yang dua apa yang kosong.. Dua adalah dua orang.. Kosong adalah kosong info.. Taktahu lagi situasi terkini.. Kena berjalan jalan tengok blog lain la pasni.. Terdengar juga kat TV tadi.. Tapi sayup sayup je.. Jadi tak mau le memberi maklumat yang kurang tepat..

    Jom sama sama cari jawapan..

    keputusan terkini bolasepak piala malaysia, negeri sembilan 1 : kelantan 2



    first half tadi dihabiskan dekat mall.. ikutkan hati taknak menonton.so balik rumah tengok channel hbo.. tapi, teringin juga nak mengintai kemeriahan hoben jang hoben dan gomo kelate gomo.. buka channel 101 terus goal.. rupenye team kelantan dapat menyamakan kedudukan..
    si handsome aidil zafuan cedera la pula..
    kemudian lagi sekali goal.. bergema lak stadium..
    rupanya kelantan sekali lagi.. sebab team negeri sembilan dah kehilangan taring2nya..

    yang tak best tengok bersepah2 botol kat stadium tu(atas trek).. tercemar game.. lepas tu nampak ada orang baling mercun.. harap2 kejadian buruk tak berulang..

    ~tak sabar menunggu keputusan.. negeri mana bakal menjulang piala malaysia
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...