Nak Souvenier best?

Showing posts with label diabetes. Show all posts
Showing posts with label diabetes. Show all posts

Siapa ada Ubat Kurus?


Kaedah utama untuk menjauhkan diri daripada masalah diabetes adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Bukan sahaja dengan mengawal makanan yang diambil bahkan bersenam sebagai kaedah pencegahan.
“Jika kita mengubah gaya hidup dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat sekarang, ini bermakna statistik obesiti dan penyakit diabetes di negara ini akan menurun dalam tempoh 20 tahun lagi.
“Memang payah untuk mengurangkan berat badan dan mengawal diabetes. Tetapi dengan kaunseling yang betul dan intervensi gaya hidup, hal ini boleh diatasi,” katanya.
Jelas Nor Azman lagi, ibu bapa seharusnya peka terhadap masalah obesiti dalam kalangan anak-anak kerana masalah obesiti di peringkat umur tersebut sukar dikawal kerana faktor perkembangan sel.
Berbeza pula seseorang yang mengalami kegemukan pada usia dewasa kerana ia kurang melibatkan penghasilan sel lemak baharu.
“Kegemukan pada usia kanak-kanak melibatkan penghasilan sel. Justeru adalah begitu sukar untuk mengurangkan berat badan mereka.
“Berbeza pula bagi golongan dewasa kerana kegemukan berlaku akibat pembesaran saiz sel tersebut dan lebih mudah untuk menurunkan berat badan,” tutur Nor Azmi.

Bahaya Diabetes, heart attack!!


KEMATIAN mengejut wartawan penyiaran NBC News, Tim Russert, 58, dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, pada tahun 2008 memeranjatkan ramai orang.
Tidak terkecuali Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharom, 50, dan penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, pada tahun 2009.
Kesemua mereka meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung.
Biarpun begitu, petanda awal kepada serangan jantung itu sudah diduga kerana masing-masing merupakan penghidap diabetes.
Perkara tersebut diakui oleh Ketua Endikronologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Nor Azmi Kamaruddin.
Jelas Nor Azmi, selain daripada kesan fizikal seperti gangren iaitu anggota tubuh mati atau membusuk akibat diabetes, penyakit itu juga menjadi pencetus kepada pelbagai penyakit kronik yang lain.
“Ramai orang yang hanya mengaitkan diabetes dengan kesan buruk yang berakhir dengan kaki pesakit terpaksa dipotong. Namun, hakikatnya ia boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi buah pinggang, katarak mata, sakit jantung dan serangan angin ahmar,” kata Nor Azmi.
Menurut kajian di Amerika Syarikat, sakit jantung yang berpunca daripada diabetes merupakan sebab utama kematian di negara itu iaitu sebanyak 55 peratus. Sebanyak 10 peratus pula kematian disebabkan angin ahmar yang berpunca daripada diabetes.
~JAGA MAKAN,, AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT..

Apa lagi Nikmat yang tak cukup bagi kita?

BERSYUKURLAH KITA DENGAN NIKMATNYA..


JITRA - Sayu hati seorang penoreh getah di Kampung Kota Mengkuang, Wang Tepus di sini yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa sebelah kaki apabila terpaksa dipotong akibat penyakit kencing manis yang ditanggungnya selama 15 tahun.
Suaid Mat Kasa, 54, hilang kaki kanan dari paras betis akibat jangkitan kuman dan terpaksa menjalani pembedahan pada 28 Jun lalu.
Menurutnya, dia menitiskan air mata apabila dimaklumkan oleh doktor Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bahawa jangkitan kuman itu semakin merebak dan bagi mengelak ia bertambah serius kaki itu perlu dipotong.
"Saya berasa sedih, namun terpaksa menerima takdir Tuhan. Pada mulanya amat terasa kehilangan kaki kerana sebelum ini mampu bergerak dengan bebas tetapi kali ini pergerakan terbatas.
"Tidak banyak kerja yang boleh saya lakukan termasuk menyara keluarga dengan menoreh getah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya semalam.

Usia sembilan tahun kini berisiko menghidap kencing manis.

~Marilah menjaga pemakanan seawal usia kanak-kanak lagi.. Kata orang makanan yang tidak sihat itu yang sedap tu..


Di sebalik isu penjualan nasi lemak yang hangat diperkatakan sebagai punca pelajar obes, Fatimah berpendapat penekanan terhadap pengambilan makanan semata-mata tidak cukup untuk menjamin kanak-kanak kekal sihat.
“Kanak-kanak cenderung untuk menjadi kurus atau gemuk. Rasa lapar dan selera memang merangsang kanak-kanak untuk makan lebih, lebih-lebih lagi apabila berada dalam persekitaran yang mengamalkan makan secara beramai-ramai seperti di taska.
“Sebagai ibu bapa, kita perlu kawal dan pantau pembesaran anak dengan memberi mereka makan makanan berkhasiat.
“Bagi kanak-kanak yang kurang berat badan, mereka perlu diberi makan dengan kerap dalam kuantiti yang sederhana.
“Bagi kanak-kanak yang lebih berat badan pula, mereka boleh diberi makan tiga kali sehari.
“Selain diberi makanan bernutrisi, mereka juga perlu bersenam untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
“Di sekolah, guru memainkan peranan penting untuk memberi ruang kepada pelajar bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu,” katanya.
Trend global yang menunjukkan peningkatan penyakit kronik dalam kalangan kanak-kanak berpunca daripada pengambilan makanan dan minuman yang tidak berkhasiat memang menjadi cabaran yang semakin sukar ditangani.
Ia menjadi sesuatu yang membimbangkan apabila statistik kesihatan mendedahkan kanak-kanak seawal usia sembilan tahun kini berisiko menghidap kencing manis atau diabetes jika tidak mengamalkan pemakanan seimbang.



Kena Diabetes Sebab Manis?



Bukan kena diabetes pun.. cuma dapat award manis ni..Terima kasih buat Pia sebab men 'distribute' award manis ni.. Comel betul Lolipop ni.. Teringat pula cerita 'kungfu.. tak ingat tajuk yang ada kisah tentang lolipop ni kan.. Dan dengan ini award blog manis ini disebarkan kepada anda semua yang sudi ambil.. Terima kasih..
YOU ARE SO SWEET!!!

mati pucuk?.. disfungsi erektil 4

Bagi Mereka yang Mempunyai Pasangan Hidup

Bagi wanita, mati pucuk bukanlah sekadar masalah kepada pasangan anda. Ia menjadi masalah kepada anda juga. Walaupun rawatan banyak tertumpu kepada pasangan lelaki anda, rawatan akan menjadi lebih berkesan sekiranya anda turut melibatkan diri dalam proses rawatan dari peringkat awal lagi. Penglibatan bersama sebagai satu pasangan mampu mengurangkan stres dan kebimbangan, membantu anda berdua bercakap di antara satu sama lain. Bercakap dan berkomunikasi adalah sangat penting oleh kerana perasaan negatif yang disebabkan oleh keadaan mati pucuk sukar untuk dibincangkan. Anda berdua perlu banyak bersabar, memahami antara satu sama lain dan berhati-hati dalam usaha untuk menangani masalah ini demi mencapai hubungan yang baik dan intim. Berikut adalah beberapa nasihat yang boleh anda ikuti:

  • Apabila memulakan rawatan yang baru, anda dan pasangan anda mungkin merasa tertekan untuk memulakan hubungan kelamin kembali, lebih-lebih lagi jika sudah lama tidak bersama. Anda berdua perlu banyak bersabar dalam tempoh percubaan ini.
  • Wujudkan kembali suasana romantik dan intim dalam hidup anda sebagai pasangan. Luangkan lebih banyak masa bersama dengan melakukan aktiviti yang anda berdua gemari.
  • Banyakkan sentuhan, belaian dan ciuman semasa bercumbu-cumbuan oleh kerana ini boleh membangkitkan perasaan berahi untuk melakukan hubungan intim bersama.

Percayalah bahawa keadaan mati pucuk boleh dirawat. Ambil langkah pertama dengan membincangkan masalah ini bersama-sama dengan doktor anda. Bercakap mengenai mati pucuk bukannya mudah disebabkan perasaan segan dan malu, tetapi jangan biarkan perasaan ini menghalang anda dari menikmati hubungan intim dengan pasangan anda. Anda perlu bekerjasama rapat dengan doktor yang merawat diabetes anda untuk mengawal penyakit anda demi mengelakkan mati pucuk dan menghalang keadaan ini mengganggu hubungan intim dengan pasangan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...