Nak Souvenier best?

Showing posts with label info medic. Show all posts
Showing posts with label info medic. Show all posts

Kegunaan Tanduk Rusa untuk Perubatan.

Kegunaan Tanduk Rusa untuk Perubatan.


Di Rusia misalnya, pakar-pakar kesihatan dan kecergasan negara itu mendedahkan bahawa atlet mereka mengalami peningkatan prestasi yang besar selepas mengambil bahan bukan toksik yang dihasilkan daripada tanduk muda rusa yang lebih dikenali sebagai tanduk baldu atau velvet antler.
Malah, menurut satu penyelidikan perubatan alternatif yang diketuai Pengerusi Persatuan Akupuntur Amerika dan Perubatan Biotenaga, Prof. Dr. Alex Duarte, di New Zealand, tanduk baldu digunakan sejak berabad lalu untuk mengawal tekanan darah, meningkatkan tahap hemoglobin serta menambah kecekapan fungsi paru-paru.
Menurut sejarah perubatan, tanduk baldu boleh mengubati 52 penyakit berbeza.
Antaranya, membantu pembinaan otot, meningkatkan fungsi kelenjar, menambahkan stamina, menajamkan kecerdasan mental, melegakan keradangan artritis, dan menyembuhkan ulser perut.

Gambar Doktor:

Gambar Doktor:

yang berjaya melakukan pemindahan rahim..

PASUKAN pakar perubatan yang terlibat dalam pemindahan rahim di Sweden . Dari kiri, Andreas G. Tzakis, Pernilla Dahm-Kähler, Mats Brannstrom, Michael Olausson dan Liza Johannesson.


Siapa ada sakit jantung patut miliki alat ini..


CETUSAN idea pakar kardiologi antarabangsa, Prof. Michael C.L. Lim dalam menghasilkan alat pemantau Elektrokardiogram (ECG) yang diintegrasi ke dalam telefon bimbit secara tidak langsung membuka lembaran baharu dalam sejarah perubatan penyakit jantung.
Ini kerana gajet yang dikenali sebagai EPI Life itu membolehkan sesiapa sahaja memeriksa dan merekod tahap ECG masing-masing ketika merasai simptom berkaitan masalah kardiologi.
Telefon mudah alih pertama di dunia yang memiliki sistem tersebut telah diperkenalkan oleh Heartronics Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat teknologi e-kesihatan yang memberi tumpuan kepada mempromosi dan memperkenalkan ciptaan teknologi terkini dalam bidang kepakaran tele-perubatan, pemantauan kesihatan jarak jauh dan peralatan diagnostik mudah alih.

Tip penanam ORKID.

Tip penanam ORKID.


SETIAP pagi selepas bangun daripada tidur, Misnan Kariyo, 72, akan keluar ke laman rumahnya untuk menyapa beratus-ratus jenis orkid yang ditanamnya kira-kira 40 tahun lalu.
Dia percaya perbuatan itu boleh menimbulkan kemesraan antara tanaman dan pemilik kerana katanya, tumbuhan juga ada ‘hati dan perasaan’ seperti manusia.
Menurutnya, situasi itu mungkin agak pelik tetapi itulah rutinnya setiap pagi

Allerdik pada gadjet komputer?

Allerdik pada gadjet komputer?



PHIL INKLEY, 36, terpaksa meninggalkan kehidupan moden dengan tinggal di dalam sebuah karavan di Hampshire, England dalam usahanya melarikan diri daripada terkena gelombang radiasi yang berlebihan.
Ironinya, dia sebenarnya seorang bekas juruteknik komputer dan audio yang persekitaran kerjayanya dikelilingi komputer dan gajet teknologi lain. Begitupun, semuanya berubah apabila teknologi komunikasi wayarles berkembang.
Phil menderita penyakit hipersensitiviti elektromagnetik. Keadaan itu tidak membenarkan dia terdedah kepada sebarang gelombang radiasi yang berpunca daripada perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar (WiFi), telefon bimbit, ketuhar gelombang mikro, komputer, televisyen dan juga bateri.
“Saya telah kehilangan kehidupan sosial, cinta dan kerjaya kerana saya selalu sakit. Kesakitan itu cuma boleh ditangani jika saya berada di kawasan pedalaman yang mempunyai kadar radiasi yang rendah.

Kegunaan lain Minyak Kelapa..

Kegunaan lain Minyak Kelapa..


MINYAK kelapa ternyata tidak hanya boleh dimanfaatkan untuk memasak tetapi juga melindungi gigi. Bahan aktif dalam minyak kelapa mampu melawan bakteria penyebab gigi berlubang.
Gigi berlubang terjadi disebabkan beberapa faktor, iaitu pertumbuhan bakteria, gula dalam makanan dan permukaan gigi yang rosak.
Bakteria Streptokokus (bakteria yang menjadikan gula di dalam mulut sebagai makanannya) akan mengubah gula yang menempel menjadi asid.
Menurut Dr. Damien Brady dari Institut Teknologi Athlone di Ireland, minyak kelapa yang bercampur dengan enzim pencernaan akan menghasilkan pembunuh bakteria yang kuat.
"Penyelidik kini berusaha menghasilkan ubat gigi dan ubat kumur yang mengandungi minyak kelapa sebagai bahan aktifnya.
"Menggabungkan enzim minyak kelapa yang dimodifikasi menjadi produk rawatan gigi mampu menjadi alternatif kepada bahan kimia yang digunakan sekarang," katanya.

Wanita Berbulu.

Wanita Berbulu.

~sumber: kosmo


Menurut Konsultan Obstetrik dan Ginakologi, Hospital Pakar DEMC Shah Alam, Dr. J. Thaneemalai, PCOS ialah gangguan yang berpunca daripada tahap hormon tertentu yang tidak normal. Ia biasa dialami 20 peratus daripada wanita.
"Antara simptom PCOS ialah kitaran haid tidak teratur, sukar hamil, berat badan berlebihan, kulit berminyak serta berjerawat selain mengalami perubahan dari segi mood. Simptom yang ditunjukkan berbeza bagi setiap wanita.
"Wanita dengan PCOS sering mempunyai tanda-tanda yang berbeza. Gejala ini kadang-kadang datang dan pergi menyebabkan ia sukar untuk didiagnosis.
"Diagnosis biasanya dibuat apabila ada simptom seperti kitaran haid yang tidak teratur, sukar hamil dan pertumbuhan rambut yang berlebihan di muka atau badan," beritahu beliau.
Tambahnya, kaedah rawatan bagi PCOS bergantung kepada simptom yang dialami. Rawatan jangka panjang mungkin perlu jika seseorang itu mempunyai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, peningkatan gula dalam darah dan penyakit jantung.
"Yang penting, penghidap PCOS perlu menjalani gaya hidup sihat dan mengamalkan diet yang seimbang serta kerap bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, tiga kali seminggu," ujarnya. - NOOR 

Sinusitis.

Sinusitis.



LEBIHAN lendir menyempitkan rongga hidung seterusnya mengganggu kelancaran pernafasan dan penghasilan suara dengan sempurna.-kosmo

Sakit Lutut.. ouch..



Jawapan Prof Nizar:
Sakit lutut dalam kalangan orang berusia dinamakan osteoarthritis iaitu sejenis sakit sendi yang disebabkan oleh proses penuaan yang berlaku dalam sendi. Apa yang berlaku ialah permukaan rawan sendi menipis dan cecair sinovial (pelincir) dalam sendi juga berkurangan.Ruang sendi secara tidak langsung menjadi kecil di samping terdapat tulang baru yang tumbuh di kelilingnya.
Akibat semua perubahan ini pergerakan pada sendi akan menyebabkan geseran kasar dan menyakitkan.
Pada peringkat awal proses ini akan menimbulkan tindak balas inflamasi / keradangan, itu menjawab kenapa pada peringkat awal ubat than sakit seperti ponstan dan celebrex dapat melegakan sakit.

Tapi lama kelamaan proses artritis ini akan bertukar kepada proses degenerative iaitu satu bentuk proses penuaan. Maka tidak hairanlah ubat tahan sakit tidak lagi berkesan. Ubat yang sesuai pada peringkat ini ialah ubat yang bertindak terus pada pusat sensori saraf pusat (otak) seperti paracetamol, tramadol, ultracet dan oxycontin.
Semua sakit artritis cenderung untuk berbunyi ‘klik’ kerana geseran kasar sendi tadi dan juga daripada ligamen dan tendon otot yang mengalami beberapa perubahan degenerative pada masa sama.
Semua sakit sendi akan memberi gejala kaku / ketat sendi bila lama berehat seperti baru bangun tidur atau lama menonton TV. Jadi pantang larang untuk orang sakit sendi ialah jangan berehat lama.

Menangis boleh sihat?

~Jom menangis..


BERHADAPAN perasaan sedih akibat pemergian mengejut orang tersayang, ditinggalkan kekasih mahupun tekanan di tempat kerja begitu menyakitkan untuk dihadapi.
Namun, perasaan itu sebenarnya dapat dilegakan dengan menangis. Banyak kajian saintifik membuktikan bahawa perbuatan mengeluarkan air mata itu menjadikan seseorang lebih sihat.
Menangis bukan sahaja disebabkan perasaan sedih, tetapi air mata yang keluar juga merupakan refleks kepada perasaan terlalu gembira, terharu dan takut.
Terdapat tiga jenis air mata yang keluar mengiringi tangisan iaitu tangisan basal iaitu air mata keluar bagi melindungi bebola mata agar sentiasa lembap, tangisan refleks apabila berlaku iritasi mata dan tangisan emosi kerana tindak balas terhadap tekanan dan kesedihan.
Air mata yang rasanya masin keluar menerusi dua kelenjar pada bahagian atas dan hujung mata iaitu kelenjar lakrimal. Air mata mengandungi protein, air, mukus dan minyak.
Menangis dikatakan mampu menghindari pelbagai penyakit yang dikaitkan dengan tekanan seperti penyakit jantung, darah tinggi, diabetes jenis dua dan obesiti.

Kena Malaria?

~tak pernah kena Malaria dan minta dijauhkan.. Kalau nak masuk hutan kena makan ni kan?


KUALA LUMPUR – Para pesakit malaria kini mempunyai pilihan ubat baharu bagi merawat penyakit tersebut dengan lebih berkesan dan cepat iaitu fixed-dose combination treatment of Artesunate-Mefloquine atau dikenali AS-MQ FDC.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ubat AS-MQ FDC diperkenalkan oleh sebuah institut penyelidikan bebas yang berpangkalan di Switzerland, Drugs for Neglected Diseases Initiatives (DNDi) dan ia mampu merawat penyakit tersebut dalam tempoh tiga hari berbanding tujuh hingga 14 hari sebelum ini.
Katanya, AS-MQ FDC adalah gabungan dua jenis dadah yang digunakan untuk merawat malaria iaitu Artesunate dan Mefloquine yang dahulunya dimakan secara berasingan tetapi kini didatangkan dalam satu pil sahaja.
“Pesakit hanya perlu makan pil itu sebiji sehari dan dimakan selama tiga hari. Hasilnya juga cepat dan memberangsangkan berbanding sebelum ini kerana pesakit mengambil masa yang lama iaitu sehingga 14 hari untuk sembuh.
“AS-MQ FDC dijual pada harga RM9 untuk tiga biji bagi dewasa dan RM4 hingga RM5 untuk kanak-kanak,” katanya pada sidang akhbar semalam.


Bijak manusia di akalnya..

~Canggih kan?.. Manusia ni memang bijak.. macam macam diorang boleh cipta..



Tips Untuk Yang Sukar Hamil.

Nur terbaca ni kat info sihat.gov.. dah pernah kongsi sebelum ni.. Jadi Nur terpanggil nak kongsi lagi . Tips  bagi yang sukar hamil ni khususnya buat ahli keluarga Nur yang masih belum ada rezeki. Sambil berikhtiar sambil berdoa..

Tips Untuk yang sukar hamil



  • Amalkan gaya hidup yang sihat. Berhenti merokok atau mena gih dadah. Lakukan senaman, kekalkan berat badan yang ideal. Cuba elakkan aktiviti yang memberikan tekanan dan kurangkan pengambilan alkohol. Elakkan dan lindungi diri daripada penyakit jangkitan seksual (STD)
  • Lakukan hubungan kelamin semasa waktu subur (hari ke 10-16) untuk meningkatkan peluang kehamilan
  • Dapatkan rawatan awal jika kitaran haid tidak teratur (bagi wanita)
  • Berkomunikasi, kongsi perasaan dan emosi dengan pasangan secara berterusan serta sentiasa menyokong antara satu sama lain
  • Bagi lelaki, elakkan daripada memakai pakaian seluar dalam yang ketat atau berendam dalam air panas ataupun pergi ke sauna.
  • Dapatkan rawatan dengan segera jika merasa sakit. Dapatkan juga rawatan bagi penyakit kronik seperti diabetes, hipertiroidisme dsb.
  • Siapa ada Ubat Kurus?


    Kaedah utama untuk menjauhkan diri daripada masalah diabetes adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
    Bukan sahaja dengan mengawal makanan yang diambil bahkan bersenam sebagai kaedah pencegahan.
    “Jika kita mengubah gaya hidup dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat sekarang, ini bermakna statistik obesiti dan penyakit diabetes di negara ini akan menurun dalam tempoh 20 tahun lagi.
    “Memang payah untuk mengurangkan berat badan dan mengawal diabetes. Tetapi dengan kaunseling yang betul dan intervensi gaya hidup, hal ini boleh diatasi,” katanya.
    Jelas Nor Azman lagi, ibu bapa seharusnya peka terhadap masalah obesiti dalam kalangan anak-anak kerana masalah obesiti di peringkat umur tersebut sukar dikawal kerana faktor perkembangan sel.
    Berbeza pula seseorang yang mengalami kegemukan pada usia dewasa kerana ia kurang melibatkan penghasilan sel lemak baharu.
    “Kegemukan pada usia kanak-kanak melibatkan penghasilan sel. Justeru adalah begitu sukar untuk mengurangkan berat badan mereka.
    “Berbeza pula bagi golongan dewasa kerana kegemukan berlaku akibat pembesaran saiz sel tersebut dan lebih mudah untuk menurunkan berat badan,” tutur Nor Azmi.

    Sebab perlu jarakkan kehamilan..


    Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.
    Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.
    Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
    “Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.
    Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.
    Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.
    “Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.
    Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.
    Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.

    Gastroenteritis...


    Selain daripada makan benda-benda yang berminyak, pedas dan berlemak, gastroenteritis boleh disebabkan oleh stres emosi atau masalah dalam sistem penghadaman seperti penyakit refluks gastroesophagus (GERD), batu dalam hempedu, keradangan pankreas, ulser atau kanser usus. "Kadangkala, tiada sebab yang boleh diperoleh,” kata beliau.
    Lim juga menasihati perubahan gaya hidup dalam menangani masalah sakit perut yang kerap.
    “Ambil makanan secara sedikit dan kunyah makanan dengan baik. Hindari tabiat merokok, ambil alkohol dan kafein serta minuman yang bergas,” katanya.
    Beliau juga menasihati agar mendapatkan rehat yang secukupnya selain mengurangkan tekanan dalam hidup.
    Bagaimana dengan merawat sendiri?
    “Walaupun ada kes sakit perut atau gastroenteritis boleh dirawat di rumah, anda perlu jumpa doktor jika berlaku kekerapan muntah, muntah darah atau ada darah dalam najis serta kesukaran dalam menelan makanan.
    “Anda perlu dapatkan rawatan jika ada kesakitan antara bahagian dada dan pusat. Jumpalah doktor jika sakitnya berlanjutan selama beberapa hari,” tambah beliau.

    Tahniah IJN..




    DINOBATKAN sebagai pemenang AIPM, IJN membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM1 juta.

    Transplan Rahim..



    kosmo
    STOCKHOLM - Sepasukan doktor di Sweden berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim daripada ibu kepada anak perempuan yang pertama di dunia, kata satu pasukan perubatan kelmarin.
    Universiti Gothenburg menyatakan, dua wanita tempatan berusia dalam lingkungan 30-an menerima rahim daripada ibu mereka dalam pembedahan di Hospital Sahlgrenska, barat Sweden pada hujung minggu lalu.
    Identiti mereka tidak didedahkan.
    "Lebih sepuluh orang doktor bedah yang berlatih bersama untuk prosedur tersebut selama beberapa tahun mengambil bahagian dalam pembedahan sukar ini," kata ketua pasukan pakar bedah berkenaan, Mats Brannstrom.
    Beliau merupakan seorang profesor Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Gothenburg.
    Menurutnya, rahim seorang wanita itu telah dibuang bertahun-tahun lalu akibat kanser servik. Sementara wanita kedua pula dilahirkan tanpa rahim.
    " Kedua-dua pesakit yang menerima rahim baharu berada dalam keadaan baik tetapi penat selepas menjalani pembedahan. Ibu mereka sudah boleh berjalan dan akan dibenarkan keluar dari hospital beberapa hari lagi," jelas Brannstrom.
    Pihak universiti berkenaan memberitahu, dianggarkan antara 2,000 hingga 3,000 wanita di Sweden tidak dapat mengandung kerana ketiadaan rahim.
    Pasukan perubatan tersebut memberitahu, kualiti rahim dikawal oleh ovari dan hormon di dalam badan manusia. Berdasarkan teori tersebut, mereka menjelaskan, rahim wanita yang sudah mengalami menopaus boleh menampung kehamilan.
    Seorang penerima rahim tersebut yang dikenali sebagai Anna berkata, dia memilih untuk menjalani pembedahan tersebut bagi memulihkan semula fungsi badannya seperti wanita lain.
    "Satu perasaan hebat kerana dapat merasai pengalaman ini (mempunyai rahim)," katanya dalam komen yang disiarkan di laman web Hospital Sahlgrenska.
    Menurutnya, tiada jaminan dia dan teman lelakinya akan dapat menimang cahaya mata selepas prosedur tersebut.
    "Namun, kami ada peluang yang baik. Jika saya hamil, ia adalah bonus buat kami," katanya.
    - Reuters

    Celup Tangan dalam minyak panas?


    Di Chiang Mai, Thailand, Kann Trichan, 50, selamba mencelupkan tangannya ke dalam minyak panas.
    Trichan ialah pemilik sebuah kedai makan yang menyediakan menu ayam goreng. Setiap kali menggoreng ayam, lelaki itu mencelupkan tangannya ke dalam kuali untuk mengambil ketulan ayam yang telah masak.
    Peliknya, tangan Trichan tidak pernah melecur. Kebolehan luar biasa itu menyebabkan ramai orang berkunjung ke kedainya.
    Otot
    Trichan menyedari kemampuan uniknya itu semasa berusia tujuh tahun ketika dia menjual makanan di bawah sebatang pohon mangga.
    Tanpa diduga, seekor tupai menjatuhkan sebiji mangga ke dalam kuali minyak panas hingga minyak itu terpercik mengenai sebahagian besar tubuh Trichan.
    “Saya fikir akan cedera parah tetapi tiada apa yang berlaku,” kenangnya.
    Kemampuan Trichan mendapat pengiktirafan Guiness Book of Records sebagai lelaki yang paling pantas mengambil ayam goreng dalam minyak bersuhu 480 Celcius dengan tangan iaitu sebanyak 20 ketul dalam tempoh seminit.
    Berdasarkan ilmu fizik, kemampuan Trichan disebabkan kesan Leidenfrost iaitu fenomena pembentukan lapisan tipis pada cairan (atau kulit) untuk mencegah pertukaran suhu.
    Tindak balas kimia ini terjadi secara spontan ketika cairan panas bersentuhan dengan kulit manusia walaupun pada suhu yang ekstrem.

    Hidap HIV.

    ~Khabarnya dah ada penawar HIV kan..

    Hidap HIV

    kosmo: 

    KUALA LUMPUR - Golongan belia berusia dari 18 hingga 40 tahun merupakan kelompok tertinggi menghidap HIV di negara ini.
    Pengarah Eksekutif Majlis AIDS Malaysia (MAM), Roswati Ghani berkata, lebih 76 peratus daripada keseluruhan kes HIV hingga akhir tahun 2010 membabitkan golongan itu dengan jumlah 69,747 orang.
    "Pada tahun 2011 pula bagi setiap empat kes baharu jangkitan HIV, satu dilaporkan daripada kalangan orang muda dan belia dalam lingkungan umur 13 hingga 29 tahun," katanya kepada pemberita pada Majlis Amal Rumah Terbuka MAM, di sini semalam.
    Beliau berkata, antara faktor penyumbang kepada angka itu ialah golongan belia merupakan kelompok majoriti penduduk negara dan banyak daripada mereka yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat.
    "Mereka juga dipengaruhi media sosial seperti Internet yang membolehkan kita berhubung sesiapa sahaja dalam masa yang pantas," katanya.
    Sehubungan itu, Roswati berkata, MAM mengambil inisiatif melancarkan Kelab Belia Riben Merah pada 6 September lalu untuk menangani penularan virus tersebut dalam kalangan belia negara ini.
    "Kita baru mulakan program untuk belia menerusi pelancaran kelab ini dan ia boleh menjadi satu wadah bagi mempromosikan gaya hidup sihat dan menyebarkan informasi yang tepat bagi mengenai HIV dan AIDS di kalangan belia," katanya.
    Katanya, MAM sedang giat menjalankan kempen mencari anggota menerusi pendaftaran dalam talian dan untuk keterangan lanjut orang ramai boleh melayari laman Facebook kelab itu.
    Roswati berkata, sebanyak 14 selebriti terbabit menjadi duta dalam kelab itu, antaranya penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan pelakon Aaron Aziz serta Fahrin Ahmad.
    "Kita merasakan penglibatan artis dalam kerja sukarela seperti ini mampu memberi kesan yang besar sebab ia sedikit sebanyak dapat mempengaruhi belia menerusi maklumat yang golongan artis sampaikan," katanya. - Bernama
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...