Nak Souvenier best?

Showing posts with label obesiti. Show all posts
Showing posts with label obesiti. Show all posts

Siapa ada Ubat Kurus?


Kaedah utama untuk menjauhkan diri daripada masalah diabetes adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Bukan sahaja dengan mengawal makanan yang diambil bahkan bersenam sebagai kaedah pencegahan.
“Jika kita mengubah gaya hidup dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat sekarang, ini bermakna statistik obesiti dan penyakit diabetes di negara ini akan menurun dalam tempoh 20 tahun lagi.
“Memang payah untuk mengurangkan berat badan dan mengawal diabetes. Tetapi dengan kaunseling yang betul dan intervensi gaya hidup, hal ini boleh diatasi,” katanya.
Jelas Nor Azman lagi, ibu bapa seharusnya peka terhadap masalah obesiti dalam kalangan anak-anak kerana masalah obesiti di peringkat umur tersebut sukar dikawal kerana faktor perkembangan sel.
Berbeza pula seseorang yang mengalami kegemukan pada usia dewasa kerana ia kurang melibatkan penghasilan sel lemak baharu.
“Kegemukan pada usia kanak-kanak melibatkan penghasilan sel. Justeru adalah begitu sukar untuk mengurangkan berat badan mereka.
“Berbeza pula bagi golongan dewasa kerana kegemukan berlaku akibat pembesaran saiz sel tersebut dan lebih mudah untuk menurunkan berat badan,” tutur Nor Azmi.

Tips Tingkatkan IQ anak yang obes.


BIJAK dalam subjek Matematik menjadi salah satu kelebihan kanak-kanak yang aktif khususnya mereka yang mengalami obesiti.
Senaman biasa boleh menambah kemampuan kanak-kanak obes, yang biasanya hanya duduk diam, untuk berfikir, membuat pelbagai rancangan, bahkan bertambah baik dalam Matematik.
Demikian penemuan oleh pengkaji di Universiti Sains Kesihatan Georgia, Amerika Syarikat (AS).
Mengapa mata pelajaran Matematik? Tidak dijelaskan sebabnya, namun alasan utama kerana Matematik adalah subjek yang memiliki tahap kesukaran yang lebih tinggi berbanding mata pelajaran lain.
Para pengkaji juga berharap agar bukan kanak-kanak obes sahaja yang perlu bersenam setiap hari, bahkan mereka yang bertubuh normal. Penyelidikan tersebut didasarkan pada kajian ke atas 171 orang kanak-kanak terlebih berat badan berusia antara tujuh hingga 11 tahun di AS.
Setelah melakukan senaman setiap hari, terdapat perkembangan yang sangat signifikan dari segi kecergasan dan penguasaan mereka dalam matematik. Menurut laman web Pysch Central, selepas dilakukan imbasan MRI terhadap otak kanak-kanak tersebut, terdapat peningkatan aktiviti otak di korteks prefrontal iaitu kawasan yang digunakan untuk berfikir.-kosmo-

GEMUK? so WHAT?.. kaya tau!!!

NEW JERSEY, Amerika Syarikat - Seorang wanita yang mahu menjadi ibu yang paling gemuk di dunia, Donna Simpson memperoleh pendapatan sebanyak AS$90,000 (RM269,910) setahun daripada para peminat yang membuat bayaran di online untuk menyaksikan dia makan, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu itu, Donna Simpson, 44, yamg mempunyai dua anak kini memiliki berat 317.51 kilogram (kg) dan dia perlu menambah berat badan untuk menjadikan ibu paling gemuk di dunia. Donna perlu menambah berat badan sehingga 457.22kg untuk menjadi ibu paling berat di dunia.

Keuntungan daripada laman online yang menyiarkan imej dia makan membolehkannya menyimpan wang untuk membeli makanan yang dianggarkan AS$805.35 (RM2,415.24) seminggu.

Para peminatnya menyaksikan dia makan burger, piza, kek, kentang goreng, daging dan minuman berkarbonat di laman webnya dengan kadar bayaran AS$20 (RM60.14) untuk tempoh 30 hari.

Donna yang menghidap diabetes, jantung dan tekanan darah tinggi kini menaiki skuter khas untuk bergerak selain memakai pakaian saiz XXXXXXXL. - Agensi

Obesiti vs Aneroksia. Mana Satu?


Menurut Perunding Psikologi Klinikal, Dr. Funke Baffour dari Waltham Cross, Malissa mungkin menerima gangguan psikologi apabila dia kini terpaksa berdepan dengan kesan pembedahan yang dijalaninya dahulu.
“Ia bukan sesuatu yang mengejutkan apabila dia cuba menyekat sebarang perhubungan dengan makanan.
“Kemungkinan Malissa takut untuk menjadi gemuk kembali, jadi dia mencuba untuk menjauhi dirinya dari menjamah makanan,” katanya.
Memiliki ketinggian 1.7 meter, Malissa kini hanya memiliki berat 50kg.
Terkini, doktor memberinya amaran untuk meningkatkan selera makan atau dia terpaksa berdepan dengan risiko maut dalam tempoh enam bulan.



MALISSA mampu bertahan hanya setahun selepas menjalani pembedahan pintasan gastrik. Kini dia sedang bertarung dengan anoreksia yang boleh membawa maut.

Ala-ala fast Food.

~Memasak di rumah pun kena pentingkan cara makanan itu dimasak secara sihat, kalau masak kat rumah tapi ala-ala fast food tak boleh la juge kan..


"Disiplin ketika makan dan memilih makanan perlu bermula dari rumah.
"Jauhkan makanan segera yang kurang berkhasiat kerana ia mengandungi bahan perasa, bahan pengawet dan perisa yang tidak asli dan boleh memudaratkan.
"Makanan ringan seperti snek dan makanan manis seperti ais krim, kek serta pencuci mulut juga harus dielak kerana ia boleh menyebabkan diabetes dan gigi sakit," katanya.
Senaman boleh membantu membakar lemak. Melalui aktiviti fizikal yang betul dan melebihkan pengambilan makanan berserat seperti sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan juga baik dapat mengawal berat badan.
Dari segi makanan, mengamalkan makan makanan yang dimasak di rumah kerana ia merupakan pilihan terbaik untuk anak-anak."

Usia sembilan tahun kini berisiko menghidap kencing manis.

~Marilah menjaga pemakanan seawal usia kanak-kanak lagi.. Kata orang makanan yang tidak sihat itu yang sedap tu..


Di sebalik isu penjualan nasi lemak yang hangat diperkatakan sebagai punca pelajar obes, Fatimah berpendapat penekanan terhadap pengambilan makanan semata-mata tidak cukup untuk menjamin kanak-kanak kekal sihat.
“Kanak-kanak cenderung untuk menjadi kurus atau gemuk. Rasa lapar dan selera memang merangsang kanak-kanak untuk makan lebih, lebih-lebih lagi apabila berada dalam persekitaran yang mengamalkan makan secara beramai-ramai seperti di taska.
“Sebagai ibu bapa, kita perlu kawal dan pantau pembesaran anak dengan memberi mereka makan makanan berkhasiat.
“Bagi kanak-kanak yang kurang berat badan, mereka perlu diberi makan dengan kerap dalam kuantiti yang sederhana.
“Bagi kanak-kanak yang lebih berat badan pula, mereka boleh diberi makan tiga kali sehari.
“Selain diberi makanan bernutrisi, mereka juga perlu bersenam untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
“Di sekolah, guru memainkan peranan penting untuk memberi ruang kepada pelajar bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu,” katanya.
Trend global yang menunjukkan peningkatan penyakit kronik dalam kalangan kanak-kanak berpunca daripada pengambilan makanan dan minuman yang tidak berkhasiat memang menjadi cabaran yang semakin sukar ditangani.
Ia menjadi sesuatu yang membimbangkan apabila statistik kesihatan mendedahkan kanak-kanak seawal usia sembilan tahun kini berisiko menghidap kencing manis atau diabetes jika tidak mengamalkan pemakanan seimbang.



Cakap Senang la kan.. Obesiti.

~Mari cegah obesiti... Cakap Senang la kan.. nak buatnya.. tak sesenang mana..


Ibu bapa Islam perlu mengajar anak-anak berhubung pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang seperti diajar agama kita. Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik untuk kita ikuti berkaitan cara dan adab makanan seperti makan sewaktu lapar dan berhenti sebelum kenyang, makanan seimbang dan sebagainya. Cara mengunyah makanan, menjilat jari selepas makan serta memastikan makanan dihabiskan keseluruhannya tanpa bersisa juga diberi penekanan.

Rasulullah juga menekankan aspek halal dari segi hakiki dan cara makanan diperoleh serta makanan yang bersih sebagaimana maksud hadisnya: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. Peri pentingnya kebersihan dan kesihatan itu, sehingga ia dihubungkan dengan keimanan. Dalam ayat 172 surah al-Baqarah Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Makanlah daripada benda yang baik (halal) yang telah kami kurniakan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar kamu hanya beribadat kepada-Nya.” Sememangnya saintis Barat juga mengakui haiwan yang disembelih mengikut cara Islam lebih sihat dan bersih untuk dimakan berbanding diproses dengan kaedah lain. Begitu juga orang Yahudi. Mereka mengambil berat soal penjagaan makanan kerana mementingkan kualiti masyarakat mereka, dan ia hanya mampu diperoleh sekiranya setiap anggota masyarakatnya menjaga pemakanan. Mereka sangat bersistem dalam soal makanan ini dan tidak merokok.

Dalam ayat di atas, dikaitkan juga makanan yang baik itu dengan syukur dan ibadat kepada Allah. Ini kerana sebagai hamba, manusia yang menerima nikmat makanan lazat, rumah tangga yang aman dan kesihatan yang baik, sepatutnya mengucapkan syukur kepada Allah yang mengurniakan segala-galanya. Nikmat kesihatan itu sebenarnya sangat besar kerana dengan tubuh badan yang sihat itulah kita mampu mencari rezeki, beribadat kepada-Nya dengan selesa dan sempurna serta melakukan pelbagai perkara.

Topik HOT: Diskriminasi Size XXL or XXXL.

Belum tidur..
Jangan tidur Lagi.. TV3 punye program ni mengajak kita supaya berjaga.

Oke la straight to the points.. Bila nonton program ni, dengan tetamu tetamu jemputan yang COMEL COMEL itu, terlintas tentang isu diskriminasi terhadap golongan yang bersaiz XXXL. Bukan hanya dalam industri seni saja, malahan di alam realiti kehidupan seharian pun tak terkecuali.

Memang kalau kita yang saiz XXXL ni berada di sesuatu tempat, pastila kita yang paling MENYERLAH sekali. Dah tak boleh nak watpe la kan sebab itu anugerahNYA. Namun, sebagai manusia biasa, tak kurang juga antara kita yang mengamalkan sikap DISKRIMINASI ini. Nak berkawan dengan size XXXL ni mesti terfikir dua tiga kali.. Sepatutnya perkara sebegini sudah tak ada dalam masyarakat.

Kenapa harus jadi begitu.
Kita seharusnya meletakkan diri kita seperti mereka.. Barula kita dapat menghayati andai ada sikap menyisihkan mereka yang 'size does matter" ni.

View Life in Positive ways..

Nak Elak Obesiti?




Ada tak antara kawan-kawan yang dah guna ni.? Kemajuan teknologi masakan yang menjadikan masakan lebih sihat. Alat ini digunakan untuk menggoreng tanpa minyak. 

Ada testimoni tak?.. Sedap tak kalau guna ni?.. (Berangan nak beli kononnye..)

Yang penting, pilihan untuk makan secara sihat memang berlambak di depan mata.. Antara nak dengan tak nak aje.. Apa kata anda.

Nak jadi comel macam ni tak?



LU HAO didukung oleh bapanya di wilayah Guandong, China baru-baru ini.

Nak jadi comel macam ni tak?..
Kalau terlebih berat, susah juga kan?.. Budak-budak yang cukup-cukup tembam memang la cute.. Chubby.. Kalau macam ni boleh dikategorikan cute ke?..

Petua nak jadi comel macam ni..
- Makan banyak-banyak yer..
-Makan fastfood?..
-Makan waktu malam..

Ada lagi tak petua?..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...