Nak Souvenier best?

Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Cara menyahbeku makanan.

~Sumber~


 Makanan beku tidak digalakkan dinyahbeku pada suhu bilik kerana amalan ini dianggap tidak selamat. Makanan yang perlu dinyahbeku boleh melalui 3 cara pilihan seperti berikut:

i.              Makanan yang disejuk beku hendaklah dialihkan dahulu ke bahagian dalam peti sejuk selama 5 jam sebelum digunakan .
ii.             Makanan yang disejuk beku hendaklah dalam bungkusan yang kalis air dan diletakkan di bawah air paip yang mengalir.
iii.            Makanan yang disejuk beku hendaklah dicairkan menggunakan ketuhar gelombang dan diikuti dengan masak secara terus.

http://www.sinarharian.com.my/famili/pakar-ketahui-punca-keracunan-makanan-1.71594

Makan terus dari tin?..

~Yang paling glamer ialah tuna dan ikan sardin la kan..

Kita mungkin kekurangan bahan-bahan segar seperti ikan dan sayur-sayuran di rumah, tetapi adakala penyediaan makan malam menjadi tidak menarik apabila memikirkan perlunya untuk memotong, menghiris makanan serta membasuh pinggan-mangkuk yang kotor, sedangkan apa yang kita inginkan adalah untuk duduk di hadapan peti televisyen dan beristirahat.

Sebelum anda mengangkat telefon untuk memesan penghantaran makanan segera, cuba pertimbangkan makanan bertin sebagai pilihan yang lebih sihat, lebih mudah, lebih pantas dan juga lebih menyelerakan.

Mulakan dengan membaca label pada makanan bertin apabila anda membeli-belah dan bandingkan harga dengan makanan segar kerana adakala makanan bertin lebih murah dan tahan lebih lama daripada makanan segar.

Oleh kerana proses pengetinan melibatkan pemanasan makanan pada suhu yang tinggi, makanan bertin lebih cepat untuk dimasak dan ada juga yang boleh dimakan terus dari tin!

Tak Suka Makan Tempe?

TEMPE goreng lebih lazat jika dicicah dengan sambal hitam.

Resepi Spageti Paling Simple untuk Lunch.

Resepi Spageti  Paling Simple untuk Lunch.


Tak percaya ada resepi spageti simple?..
Ada la..
Pernah tengok iklan yang ada Chef ridz tu?
Ala yang anak Chef Wan yang isterinya nama Ana Dahlia tu.

Ha.. itula resepinya..


  • Rebuskan Spageti dengan sedikit minyak masak.
  • Bila dah siap toskan.
  • Lepas tu bukalah sos spageti cap PREGO.
  • Tuangkan kat atas spageti yang baru masak tu.
  • Nah dah siap.
  • Enak di makan panas panas.



Dah boleh lunch.. jemput makan ye kawan-kawan.

Lunch RM4.00. Menu Rakyat 1Malaysia.

~ Murahla tu kan lunch dengan harga $4.00. Ini adalah menu rakyat 1Malaysia. Bagus kerajaan kita ni nak menolong rakyatnya yang kurang berkemampuan. Duit lebih tu boleh simpan ye.. Simpan untuk beli emas atau pun melabur..
Berikut ni menu lunch dengan harga RM4.00.Maklumat lanjut tentang Menu Rakyat 1Malaysia niboleh didapati dengan melayari laman web Kementerian Perdagangan. Kat situ ada senarai nama dan lokasi restoren yang menyediakan Menu Rakyat 1Malaysia ni. Tapi, bukanlah semua restoren itu menyediakan menu yang sama. Mungkin bergantung pada pemilik restoren dan permintaan di kawasan tersebutla kot.

Ada ke yang pernah cuba menu ni?.. Silala kongsi pengalaman ye...


1) Nasi Ayam Goreng + Air Sirap / Oren
2) Nasi Ayam Steam + Air Sirap / Oren
3) Nasi Goreng Ikan Masin + Air Sirap / Oren
4) Nasi Goreng Kampung + Air Sirap / Oren
5) Nasi Goreng Cina + Air Sirap / Oren

Peminum Kopi Tegar...

Peminum Kopi Tegar...

Suka minum kopi?
eh.. Ketagih kopi?..
Kopi jenis apa yang diketagihkan?

Sekarang ni trend starbuck, gloria.. san franscisco..

Kopi 434 enak juga tau..

Kawan-kawan punye minat yang mana satu?
Jom mengopi di petang hari..

Tak Nikmat Kalau Tak Sedut,

Tak Nikmat Kalau Tak Sedut,

Tadi petang ada nonton channel rancangan travel travel dan makan makan tu,
Yang Anth0ny apatah yang h0stkan tu,
Kisahnya dia ada g travel kat satu tempat ni,
Tiba time makan makan tu adalah hidangan siput,


Biasa la,bila dah tengok orang makan, sure tergoda juge gak,
Nak nak pula yang dia makan tu siput sedut!!!


Malangnya dia guna pengcungkil gigi untuk menikmatinya,
Duhh, rasa macam tak best la pula kan,
Kalau sedut terus baru le namanya siput sedut,
Kalau camni letak nama siput cungkil je la,

Subway Sandwich


Ape cerita dengan SANDWICH SUBWAY ni ye
pernah makan tak
Mesti rasanya adalah sama saja dengan lain lain jenis SANDWICH
telahan sahaja
tiba tiba terasa nak mencuba
harganya macamana
kalau terlalu berharga
kita bikin SANDWICH SUBWAY sendiri aja la kat rumah
handmade punye
siapa sokong 

Makan Yogurt JOM.. LEPASKAN STRESS..


BERDASARKAN laporan ilmiah yang diterbitkan oleh Proceeding of the National Academy of Sciences, minuman susu fermentasi atau yogurt dikatakan mampu mengubati depresi.
Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik, atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.
Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotik Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah.
“Ini membuktikan bahawa probiotik dapat mempengaruhi kimia otak. Ia juga menunjukkan bakteria berperanan penting dalam komunikasi di antara usus dan otak,” ujar Profesor John Cryan dari Kolej Universiti Cork, Ireland.
Namun begitu, dia menegaskan bahawa orang yang mengalami kemurungan tidak boleh mengambil jalan mudah dengan membeli semua jenis yogurt di pasaran

Sarapan.


Tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik ialah mengambil sarapan, makan tengah hari dan malam secara tetap. Semua orang, termasuk kanak-kanak, juga tahu sarapan menjadi penyumbang pertama tenaga untuk memulakan aktiviti seharian dengan lebih baik.
Namun, pengetahuan saja tidak mencukupi jika ia tidak diamalkan. Memang tidak mudah untuk menerap amalan bersarapan, terutama di kala-ngan kanak-kanak, apatah lagi jika ibu bapa tidak menunjukkan teladan baik dan sering meninggalkan sajian penting itu atas pelbagai alasan.
Apabila ditanya kenapa anak tidak bersarapan, antara jawapan yang sering diterima ialah tiada selera, tidak cukup masa atau anak enggan mendengar arahan. Menyuruh anak makan saja bukan tindakan tepat kerana ia umpama menyuruh anak mandi. Tiga empat kali suruh pun belum tentu anak bergerak ke bilik mandi. Tindakan lebih bijak ialah ibu bapa duduk dan makan bersama.


OLEH ITU MARILE KITA BERSARAP...
APA TIPS KAWAN KAWAN NAK JADIKAN SARAPAN ITU SATU TABIAT?

Pernah Makan Kurma Goreng?..

HARRODS Cafe sememangnya terkenal dengan masakan Barat dan Asia Barat yang menjadi kegemaran ramai. Suntikan dekorasi yang memukau menambahkan lagi nilai eksklusif restoran yang terletak di tingkat satu, pusat beli-belah Suria KLCC itu.

Sama seperti restoran-restoran lain di seluruh negara, pada bulan puasa yang penuh keberkatan, restoran itu turut menghidangkan hidangan istimewa Ramadan untuk para pelanggan mereka.


TELUR dadar dengan isi ayam dan sayuran.

Kali ini, Chef Tony Cham yang bertanggungjawab menyediakan menu juadah yang berbeza setiap hari.

Daripada puluhan menu yang diketengahkan, apakah menu istimewa yang disediakan di kafe mewah itu? Jawapannya ialah kurma goreng.

"Kurma yang disalut tepung, kemudian digoreng sehingga garing merupakan hidangan eksklusif kami di sini. Santapan akan lebih sempurna sekiranya pelanggan memesan teh tarik Harrods. Rasanya sangat berbeza kerana daun teh di kafe ini diimport khas dari Harrods, London," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

BOLEHLA CUBA NANTI YE...

Nak makan banyak banyak.. Lunch ni..

Nak makan banyak banyak.. Lunch ni..

Sebab nanti da SAKIT TENAT dah tak boleh makan..
Boleh ke kalau camtu?



Samala konsep dengan makan banyak2 masa sebelum puasa ni.. 

ALAMAK.. MAKAN HATI BERULAM..

fieda said...

alamak...bru lepas mkn nasi dgn lauk hati lembu masak kicap......huhuhu....

SENARAI MAKANAN TINGGI KOLESTEROL.

~Untuk koleksi sendiri- peringatan sambil  berkongsi..

SENARAI MAKANAN TINGGI KOLESTEROL.

  1. otak haiwan cth: lembu, kambing,babi.
  2. organ dalaman haiwan (limpa, hati)
  3. kuning telur,
  4. telur itik,
  5. udang(bersama kepala)



Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.
Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.
Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik


~Malam ni nak buat apa ye?..

Kek Ubi Kayu?.. Sedap ke?

~Kena terai test ni baru le leh tau kan..


BUKIT MERTAJAM – Kebiasaannya kek yang dibakar akan dicampur dengan buah-buahan untuk menjadikannya lebih enak dan menyelerakan.
Namun bagi Faizal Baharom, 36, dia mempunyai caranya tersendiri untuk mempersembahkan kek ciptaannya pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 peringkat Zon Utara di pusat beli-belah Star Parade, Alor Setar, Kedah hari ini.
Dia yang bekerja sebagai pembantu doktor di sebuah klinik swasta di sini berkata, dia cuba mencari kelainan pada kek coklat ciptaannya dengan menggunakan ubi kayu sebagai bahan utama dan dicampur bersama adunan lain termasuk minyak jagung Daisy.
“Saya telah mencipta kek itu sejak sebulan lalu dan selepas beberapa kali mencubanya, barulah ia menepati kehendak yang saya inginkan.
“Jadi saya percaya kek ciptaan saya itu lain daripada yang lain dan mampu menarik minat juri pada hari pertandingan itu nanti,” katanya di sini semalam.

ROTI CHEESE dan SUSU SEGELAS.

Jom breakfast dengan IELA..

Iela Fazielah said...
betul...mcm ila yg malas ni..sekurang2nyer... mesti ada roti gardenia kat rmh.. so pepagi... samada syafiqah mkn roti sapu jem/roti peanut/roti chease..xpun kokocrunch.. kalau rajin roti telur...hehe... cukup sekadar alas perut dia.. dgn susu segelas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...