Nak Souvenier best?

Showing posts with label Fast food. Show all posts
Showing posts with label Fast food. Show all posts

Resepi Spageti Paling Simple untuk Lunch.

Resepi Spageti  Paling Simple untuk Lunch.


Tak percaya ada resepi spageti simple?..
Ada la..
Pernah tengok iklan yang ada Chef ridz tu?
Ala yang anak Chef Wan yang isterinya nama Ana Dahlia tu.

Ha.. itula resepinya..


  • Rebuskan Spageti dengan sedikit minyak masak.
  • Bila dah siap toskan.
  • Lepas tu bukalah sos spageti cap PREGO.
  • Tuangkan kat atas spageti yang baru masak tu.
  • Nah dah siap.
  • Enak di makan panas panas.



Dah boleh lunch.. jemput makan ye kawan-kawan.

Subway Sandwich


Ape cerita dengan SANDWICH SUBWAY ni ye
pernah makan tak
Mesti rasanya adalah sama saja dengan lain lain jenis SANDWICH
telahan sahaja
tiba tiba terasa nak mencuba
harganya macamana
kalau terlalu berharga
kita bikin SANDWICH SUBWAY sendiri aja la kat rumah
handmade punye
siapa sokong 

Apa Yang Nak Tau Pasal Barangan Sejuk Beku? Frozen.



Bolehkah sejuk beku memusnahkan bakteria dan parasit?
Mikrob seperti bakteria, yis dan kulat dalam makanan tidak aktif semasa disejuk beku, tetapi setelah dikeluarkan dari peti sejuk dan berada dalam keadaan yang sesuai, mikrob-mikrob ini boleh aktif semula malah membiak pada tahap yang membahayakan kesihatan. Makanan yang dinyah beku perlu dikendalikan dengan baik kerana dalam mikroorganisme yang terdapat di dalam makanan itu membiak pada kadar biasa.
Sesetengah parasit seperti Trichina boleh mati pada suhu bawah kosong, tetapi peti sejuk biasa di rumah mungkin tidak mencapai tahap itu. Sebab itu, apabila memasak, pastikan makanan masak sepenuhnya sehingga semua parasit musnah.
Masihkah berzat dan berkualiti?
Proses sejuk beku sahaja tidak memusnahkan nutrien yang terdapat dalam makanan. Bagi daging dan produk-produk ayam itik contohnya, perubahan dalam nilai nutrien sangat sedikit.

Menarik Tertarik Info FastFood..


- Penghasilan daging burger lembu adalah melalui proses Trimming,
iaitu mencampurkan bahagian daging yang tidak terjual kerana terlalu banyak lemak.


- Daging burger dan sosej akan mengunakan MRM (Mechanically Recovered Meat)
*Proses mencampurkan semua bahagian termasuk tulang ke dalam mesin untuk
dihancurkan hingga texture-nya sama seperti isi ayam dan daging sebenar.


- Bahan-bahan lain yang dicampurkan dalam proses MRM adalah seperti Protein Soya,
Pestured Vegetable Protein, MSG, Stok ayam/daging dan lain-lain bahan kimia

BACA DARI SINI:

Sarapan.


Tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik ialah mengambil sarapan, makan tengah hari dan malam secara tetap. Semua orang, termasuk kanak-kanak, juga tahu sarapan menjadi penyumbang pertama tenaga untuk memulakan aktiviti seharian dengan lebih baik.
Namun, pengetahuan saja tidak mencukupi jika ia tidak diamalkan. Memang tidak mudah untuk menerap amalan bersarapan, terutama di kala-ngan kanak-kanak, apatah lagi jika ibu bapa tidak menunjukkan teladan baik dan sering meninggalkan sajian penting itu atas pelbagai alasan.
Apabila ditanya kenapa anak tidak bersarapan, antara jawapan yang sering diterima ialah tiada selera, tidak cukup masa atau anak enggan mendengar arahan. Menyuruh anak makan saja bukan tindakan tepat kerana ia umpama menyuruh anak mandi. Tiga empat kali suruh pun belum tentu anak bergerak ke bilik mandi. Tindakan lebih bijak ialah ibu bapa duduk dan makan bersama.


OLEH ITU MARILE KITA BERSARAP...
APA TIPS KAWAN KAWAN NAK JADIKAN SARAPAN ITU SATU TABIAT?

Nak makan banyak banyak.. Lunch ni..

Nak makan banyak banyak.. Lunch ni..

Sebab nanti da SAKIT TENAT dah tak boleh makan..
Boleh ke kalau camtu?



Samala konsep dengan makan banyak2 masa sebelum puasa ni.. 

SENARAI MAKANAN TINGGI KOLESTEROL.

~Untuk koleksi sendiri- peringatan sambil  berkongsi..

SENARAI MAKANAN TINGGI KOLESTEROL.

  1. otak haiwan cth: lembu, kambing,babi.
  2. organ dalaman haiwan (limpa, hati)
  3. kuning telur,
  4. telur itik,
  5. udang(bersama kepala)



Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.
Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.
Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik


~Malam ni nak buat apa ye?..

Koko Krunch memang sedap.. Sama ke dengan Krunchie?

1 comments:


Anisa Hang Tuah said...
koko krunch sedap :D

Idea Breakfast Simple.. (Annika pun komen juga..)




 Annika said...

breakfast is the important meal of the day..
parents shouldn't avoid their children needs.

~Mari fikirkan apakah jenis breakfast yang senang disediakan?.
Pada pendapat peribadi..
  • Sediakan bahan-bahan untuk dimasak dari malam sebelum itu,
  • Kalau tak sempat.. beli je lah kan..
  • Roti sapu jem pun sedap juga.. dan simple..
  • Lagi senang.. kokocrunch campur susu sahaja...


Kawan-kawan ada idea lain tak?.. Marilah berkongsi..

Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP) , Bahan Kimia Produk Makanan.

Bila baca berita kat bawah ni terus tergerak hati nak mencari apa itu DEHP.
Juga dikenali dioctyl phthalate atau DOP.
Sejenis bahan digunakan dalam pembuatan plastik.
Kenapa glamer sangat pula?
Kebelakangan ni kan heboh isu produk makanan yang dicemari BAHAN KIMIA ini.
Ia berisiko mengganggu kesihatan manusia. Ye la kan kalau dah tercemar, siapa nak makan.. Kalau ada yang nak berkongsi info lagi.. silakan..


KUALA LUMPUR: Sepuluh lagi produk makanan keluaran Taiwan disahkan tidak dicemari bahan kimia Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP) selepas dianalisis oleh Kementerian Kesihatan.
Produk itu ialah Premium White Milk Tea Drink dan Finest Quality Milk Tea Drink jenama Mine Shine; Tomato Drink jenama Red Gold Bank; Grape Seeds Drink; Multigrain Activate Tea; dan Vegetable & Fruit Drink jenama AGV; Spinach Noodle dan Tomoshiraga Somen jenama Wu-Mu; Oat Biscuits jenama I Mei dan Sweet Bean Sauce jenama Master.
Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Noraini Mohd Othman berkata orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan kawalan telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut.
"Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut dengan menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) kementerian di talian 03-88833652/03-88833653 atau melayari laman web http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin. - BERNAMA

Nasi Lemak Daun Pisang. Orang Puasa Jangan Baca..

Nanti terngidam- ngidam pula..
Susah tuan blog ALL IN ONE ni nanti.
Dua tiga hari ni bila buka blog pasti terjumpa entry tentang nas lemak.
Lepas tu tadi terbaca pula Banana Leaf restaurant. Tergoda dan peeut lantas terbayang NASI LEMAK beralaakan DAUN PISANG.
Apakah keistimewaannya?.. Tak istimewa? Tipula kalau kata NASI LEMAK DAUN PISANG tu tak istimewa.. Special la sebab dihidang atas daun pisang yang nenaikkan aromanya. Fulamak ai.. Berkeroncong , ghazal , qasidah bagai perut ni..

Mana nak cari menu sebegini.. Ada kat mana? Rata- rata takde daun pisang.. Yang ada NASI LEMAK POLISTERIN atau kertas pembalut yang warna brown tu..

Tak boleh tahannn!!!
Jom g makan dulu..
Pekena kopi O sekali..
Masyukk!!!

Ala-ala fast Food.

~Memasak di rumah pun kena pentingkan cara makanan itu dimasak secara sihat, kalau masak kat rumah tapi ala-ala fast food tak boleh la juge kan..


"Disiplin ketika makan dan memilih makanan perlu bermula dari rumah.
"Jauhkan makanan segera yang kurang berkhasiat kerana ia mengandungi bahan perasa, bahan pengawet dan perisa yang tidak asli dan boleh memudaratkan.
"Makanan ringan seperti snek dan makanan manis seperti ais krim, kek serta pencuci mulut juga harus dielak kerana ia boleh menyebabkan diabetes dan gigi sakit," katanya.
Senaman boleh membantu membakar lemak. Melalui aktiviti fizikal yang betul dan melebihkan pengambilan makanan berserat seperti sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan juga baik dapat mengawal berat badan.
Dari segi makanan, mengamalkan makan makanan yang dimasak di rumah kerana ia merupakan pilihan terbaik untuk anak-anak."

Kalau Macam Ni tak boleh la Nak Makan Fast Food SETIAP HARI.

KAJIAN Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selama lapan tahun di negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman dan United Kingdom mendapati negara-negara tersebut mencatatkan jumlah penduduk yang obes.
Paling atas dalam senarai ialah American Samoa yang mencatatkan hampir 94 peratus penduduknya termasuk dalam kategori obes.
Ia dikatakan akibat perubahan mendadak pada corak pemakanan mereka.
TABIAT makan dan kurang bersenam faktor yang menyebabkan kanak-kanak obes.


Penduduk di American Samoa dikatakan tidak lagi makan makanan tradisional mereka. Sebaliknya, mereka memilih makanan yang diproses dari Amerika dan Eropah.
Makanan diproses ini lebih murah dan mudah didapati.
Penduduk obes di Republik Kiribati, yang terletak di Lautan Pasifik berada pada tahap hampir 82 peratus jumlah penduduknya. Masalah obes ini juga disebabkan mereka lebih cenderung memilih makanan yang sudah diproses.
Antara makanan yang diklasifikasikan sebagai penyebab kegemukan melampau ialah makanan diproses, makanan segera, minuman keras seperti bir, makanan berlemak dan mengandungi pemanis seperti sirap jagung yang tinggi fruktosa.
Faktor lain ialah penduduk di negara-negara ini semakin tidak aktif dan hilang minat dalam melakukan aktiviti tradisional mereka.
Sebagai contoh, penduduk di New Zealand dan United Kingdom semakin dihantui fenomena gaya hidup tidak aktif dan kurang beriadah.
"Seingat saya, generasi datuk nenek kita halus-halus dan kecil molek orangnya. Susah nak jumpa orang kampung yang berisi atau gemuk dan besar.
"Tapi hari ini kita sudah terlalu biasa dengan makanan segera dan berlemak serta berkolesterol tinggi seperti rendang ayam," kata Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia, (PPIM), Tengku Azwil Tengku Tengku Abdul Razak.

McDonalds.

Sejarah McD ni: Syarikat ini dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik-beradikDick dan Mac McDonald, tetapi adalah pengenalan "Sistem Perkhidmatan Speedee" mereka pada tahun 1948 yang mengasaskan prinsip-prinsip restoran makanan segera ini. Bagaimanapun, McDonald's pada masa ini mengisytiharkan tarikh "penubuhannya" sebagai tarikh pembukaan restoran francais pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ray Kroc pada tahun1955. Sebenarnya, restoran Ray Kroc ini merupakan restoran yang kesembilan bagi McDonald's.

Kalau cakap tentang fast food atau makanan pantas, tidak sah tak bercakap tentang kandungan kalori.. Kamu tau ke kalori tu apa..? Ni dia maksudnya..


Kalori adalah sejenis unit tenaga. Perkataan ini berasal dari bahasa Perancis yang mengambil perkataan Latin calor (haba). Kalori telah digantikan dengan unit SI joule dalam kebanyakan bidang, namun ia masih selalu digunakan dalam konteks tenaga yang diperolehi daripadamakanan. Terdapat beberapa takrifan kalori pada abad ke-19 dan 20. Semunya terbahagi kepada dua kelas:
  • Kalori gram merupakan tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 g air sebanyak 1 °C. Tenaga ini sebanyak 4.184 J.
  • Kalori kilogram merupakan tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg air sebanyak 1 °C. Tenaga ini sebanyak 4.184 kJ, dan sama dengan 1000 kalori gram.
Dalam konteks sains, "kalori" biasanya merujuk kepada kalori gram, dan simbol unit ini ialah calAwalan SI boleh digunakan dengan unit ini.

~Kalau perempuan lebih kurang 1800-1900 keperluan kalori seharian.. Lelaki pula bagaimana ye?..

Penting Ke Kombinasi Lauk Pauk?

Persoalan yang sering bermain diminda tatkala nak menghadapi waktu-waktu makan. Bukan sahaja di rumah, malah di kedai-kedai makan juga. Penting ke kombinasi lauk-pauk untuk menjadikan sesuatu hidangan tu menyelerakan?

Mestila penting kan?.. Yelah, kalau tak, pasti dah tak ada klasifikasi jenis masakan. Contohnya, masakan Kampung Style, Masakan Barat dan sebagainya... Kalau nak makan sesuatu jenis masakan, mesti dah tercongak kat minda ni nak g makan kat mana.. Bagi contoh.. nak makan Lunch Ala Kampung.. mestila pergi Gerai Pak Samad. Teringin nak cuba Halal Chinese Dinner, pilihla kedai Pak JACKIE CHAN Abdullah.. begitulah seterusnya. (nama hanya rekaan ye).

Kalau kombinasi lauk-pauk, ada ke yang jenis masak/ makan pakai campur je.. Makan nasi putih, ulam- ulaman.. Tetiba kuah Mushroom Soup.. Erk, tak sesuai lak kat tekak ni ye..

Apa pilihan hidangan kawan-kawan yang biasa ye?.. Peribadinya, kebiasaan lauk pilihan, kalau nasi putih: daging masak merah, kailan ikan masin dan telur dadar.. Air sejuk: Nikmatnya.. Lapar la pulak. Jom lunch sama-sama.

Akhirnya.. Inilah DONUTnya..


Inilah rupanya sebijik donut yang berjaya dihasilkan setelah DONUT PERCUBAAN PERTAMA tak menjadi. Kesedihan terubat jua walaupun tak perfect.. Boleh la dimakannya. Lembut juga di dalam. Ada la seketul dua yang hanget oke.. Mungkin tidak pandai bermain api.. Tapi, masih banyak yang boleh diperbetulkan.

Memang senang jugakla nak membikin donut ni.. kawan-kawan tahu tak APA ITU DONUT?.. Dan jutaan terima kasih kepada MEREKA yang memberi semangat berikutan donut yang tak menjadi tu.. Hadiahnya.. silala ambil donut yang tersebut. masih togel kerana baru siap digoreng..(Punyela lama kawan-kawan tu tunggu nak makan donut).

Dan berikut senarai resepi donut yang MENJADI!!!

Lepas ni agaknya nak buat apa ye?.. ROTI NAIK dari akak nora shahaira atau ROTI CANAI?

Lagi Resepi Donut: Khas Dari Emma.

DEAR EMMA...




Terima Kasih ye atas kesudian menuliskan RESEPI DONUT tu. Nampak menawan betul donut yang dibuat tu.. Insha Allah, akan dicoba dalam masa terdekat.. Emma guna 1 kg.. Jadi, mungkin untuk percubaan ni nak buat separuh kg dulu.. Maksudnya semua bahan-bahan tu kena separuhkan lah ye.

Kawan-kawan yang lain yang nak mencuba pun bolehla bertandang ke blog beliau.. Klik saja pada link di atas.. Selain dapat resepi, dapat juga la tambah kawan.. Kawan di alam maya : dunia tanpa sempadan ni.

Lagi sekali terima kasih..

(Resepinya dah banyak.. nak buatnya?.. Tungguuuuuuuuuuuuuu..)

Nak jadi comel macam ni tak?



LU HAO didukung oleh bapanya di wilayah Guandong, China baru-baru ini.

Nak jadi comel macam ni tak?..
Kalau terlebih berat, susah juga kan?.. Budak-budak yang cukup-cukup tembam memang la cute.. Chubby.. Kalau macam ni boleh dikategorikan cute ke?..

Petua nak jadi comel macam ni..
- Makan banyak-banyak yer..
-Makan fastfood?..
-Makan waktu malam..

Ada lagi tak petua?..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...